Ini yang terbaik, agaknya....

Yeah. Finally. Kali ni tak salah apply lagi. Hari tu silap apply. Menyesal tak sudah. Kalau tak silap apply dulu, tak perlu la aku rekod hatrik 3 kali berturut-turut kena rotan. Sakit tau. Lagipun aku dah rasa kepenatan hidup sebagai pelajar Form 6. Sejujurnya, Form 6 akan menjadi lebih indah sekiranya Ekonomi tu tak wujud dalam silibus.


Seriously, aku terkejut apabila satu mesej datang memberitahu bahawa aku ditawarkan untuk menyambung pengajian ke Politeknik. Dalam mesej tu, aku diminta untuk melayari laman web Internet untuk melihat jurusan apa yang aku dapat. Bila review balik masa aku apply rayuan Politeknik Fasa 1, aku apply ikut suka hati aku je. Pilihan 1 aku letak Diploma Pengurusan Hotel dan Katering di Politeknik KK. Second choice aku letak Diploma Sains Kesetiusahaan di Politeknik Mukah. Lepas je tarikh  tutup permohonan tu, aku mula berharap agar aku tak dapat pilihan 1. Either aku dapat Pilihan 2 atau tak payah dapat langsung! Sampai macam tu sekali harapan aku. Dan sekarang, alhamdulillah. Biarpun Mukah ni cuma daerah yang kecik dan boleh dikatakan kurang hiburan, biarlah. Bukan tak ada kawan pun kat sana. Ada 3 orang study kat sana so tak risaulah.

Perkara yang menjadi kerisauan aku sekarang ini ialah, pengesahan persetujuan aku untuk menerima atau tak tawaran tersebut. 
Kalau ikut hati, aku tekan je yang biru tu. Tapi dalam masa yang sama, aku perlu minta pendapat dari parent terlebih dahulu. Takut nanti aku tak dibenarkan pergi. Kan susah kalau tiba-tiba cancel. Tempoh untuk bagi jawapan ialah 2 minggu sahaja. Aku betul-betul harap aku boleh pergi! Tak mahu hidup dalam kesengsaraan Form 6 lagi. 

Harap je aku dibenarkan pergi. Aku nak sangat keluar dari Form 6 ni. Aku dah rasai sendiri kesengsaraan Form 6 ni. Kalau tak cukup study, jangan harap nak dapat result yang cantik-cantik. Lebih-lebih lagi dalam keadaan mak aku sekarang, fokus aku terbahagi kepada dua. Kebanyakan masa aku adalah untuk mak. Sekarang aku kena membelakangkan kepentingan orang lain. Aku mesti dahulukan diri sendiri. Kalau tak, aku tak akan dapat peluang untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi. 

So, pesanan buat adik-adik yang nak duduk SPM tahun ni dan tahun-tahun yang mendatang, berusahalah untuk dapatkan keputusan yang baik kalau anda rasa anda sukar untuk menghadap buku sepanjang masa sebaik sahaja anda memasuki Form 6. Percayalah, Form 6 bukan seperti Form 5. Sekarang aku terasa, tak mudah untuk survive. Kalau yang anda study ciput, maka result pun ciput. 

Ok tu je. Bai.

p/s : harap maaf sebab dah lama tak update. Sangat sibuk dan idea sangat kurang. Baru hari ni dapat curi masa dan idea datang tiba-tiba. Alhamdulillah :)

Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak