Posts

Showing posts from September, 2014

Ketika Ibu Memanggilmu...

Aku sedikit terkilan sebenarnya. Sikap muda mudi sekarang. Tak pernah mahu menyahut panggilan ibu bapa. Susah sangatkah nak menjawab panggilan ibu bapa? Dalam usia sebegini, ramai antara kita dah pun melanjutkan pelajaran. Bersepah di sana sini. Ramai yang study jauh dari keluarga. Ada yang study dekat-dekat dengan mak ayah. Alhamdulillah. Tercapai harapan ibu bapa nak tengok kita sambung study.

Yang buat aku rasa marah dan betul-betul bengang ialah apabila ada anak yang tak mahu menerima pelawaan ibu bapa. Ada si fulan bin polan ni, dia study di negeri X. Mak ayah dia pun bekerja di negeri X. Tinggal sana. Si fulan ni study di Universiti Y di negeri X. Hujung minggu tak ada buat apa-apa. Study pun rasa macam malas. Nak rehat sikit. Si fulan ni luahkan pada rakan-rakan di media sosial W. Tak tahu nak buat apa. So rakan-rakan si fulan ni cadangkan buat itu, buat ini. Semua dia balas, malas. Malas. Malas. Nasib baik aku masih dalam kategori sabar. Kalau tak, memang aku cadangkan, "…

Usahalah betul-betul

Umum tahu mama aku baru je meninggal. Sebagai seorang ibu, walau siapapun dia, apa jua latar belakangnya, semua ibu bertarung nyawa melahirkan seorang manusia. Tapi sekarang ni, walaupun para ibu dahulu cuba melahirkan manusia, rupanya perangai langsung tak nampak macam manusia.

Seperti ibu-ibu yang lain, arwah mama pun mengharapkan aku berjaya dalam hidup. Sayangnya mama telah dijemput pulang lebih awal tanpa sempat melihat aku menjejakkan kaki ke universiti. Begitu banyak harapan yang mama sandarkan pada aku. Salah satu harapan terakhirnya untuk aku ialah, mahu tengok aku belajar jauh-jauh. Jauh dari dia. Supaya komitmen aku untuk belajar lebih kuat. Tak perlu risaukan dia. Aku hampir saja keraskan hati untuk ke politeknik hari tu. Cuma ada halangan dari pihak tertentu so aku just stay form 6 sekarang ni.

Tujuan post kali ni bukan nak tulis biografi pasal keluarga aku. Tapi lebih kepada nasihat kepada adik-adik tak kira sedang belajar di sekolah rendah atau sekolah menengah. Perhati…

Separuh kekosongan dalam jiwaku

Setiap manusia pasti merasai mati. Bila-bila masa saja. Tanpa mengira waktu dan ketika. Kun faya kun. Jadilah! Maka jadilah ia. Setiap hari, saat pulang dari sekolah, jiwa terasa pedih. Mengenang dia yang telah tiada. Terasa ada kosongnya ruang dalam jiwa. Ruang yang kosong dan tak akan terganti oleh apa-apapun. Sedih mencengkam hati. Saat mata terbuka, dia yang menjadi ingatanku. Saat mata mahu melabuhkan penat, dia juga yang terbayang di ingatanku. Tak mudah untuk harungi hidup tanpa dia. Duhai permataku yang telah pergi, benar kami dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Namun seperti kataku tadi, ada suatu ruang kosong yang hanya lengkap jika dirimu ada disisi. Walau pelbagai keceriaan datang bertandang, tetap nampak tak sempurna kerana dirimu tiada di sini.Wahai ratu hatiku yang tercinta, harap tika sebelum kepergianmu itu, dirimu sempat memaafkan aku. Maaf kerana tak pernah mengucapkan rasa cinta dan sayangku padamu. Maaf kerana sering terlupa untuk pohon keampunanmu. Maaf kerana s…

Aku sakit!

Kerana satu janji yang aku tak sengaja persetujui, aku terperangkap antara impian dan harapan. Di kala impian tinggi melangit mahu melangkah pergi dari Tingkatan 6, aku terjerat dalam sebuah janji yang menyakitkan jiwaku.

Kerana janji itu, aku terseksa.

Kerana janji itu, aku memaksa diri.

Kerana janji itu, aku menangis di kala sepi.

Kerana sebuah janji itu, aku harus menguatkan diri. Demi harapan yang tertinggalkan oleh mama. Mama menyimpan angan. Mahu menikmati hasil usahaku. Mama. Seandainya mama mampu bertahan lagi. Tak apalah. Penderitaan mama telah berakhir.

Demi mama, aku menguatkan jiwa.

Demi mama, aku mengutip kembali jiwaku yang hancur lebur.

Demi mama, aku mencari semula semangatku yang dahulu.

Demi mama juga, aku bertahan sehingga saat ini. Sakitnya yang aku rasakan. Saat sanak saudara kita memerhatikan aku, guru mula menyisih. Tidak perlu anak murid yang sering menemui kegagalan.

Mama, aku mengaku, biarpun aku nampak kuat, namun sebenarnya hatiku meronta. Sungguh mama, aku…