Aku sakit!

Kerana satu janji yang aku tak sengaja persetujui, aku terperangkap antara impian dan harapan. Di kala impian tinggi melangit mahu melangkah pergi dari Tingkatan 6, aku terjerat dalam sebuah janji yang menyakitkan jiwaku.

Kerana janji itu, aku terseksa.

Kerana janji itu, aku memaksa diri.

Kerana janji itu, aku menangis di kala sepi.

Kerana sebuah janji itu, aku harus menguatkan diri. Demi harapan yang tertinggalkan oleh mama. Mama menyimpan angan. Mahu menikmati hasil usahaku. Mama. Seandainya mama mampu bertahan lagi. Tak apalah. Penderitaan mama telah berakhir.

Demi mama, aku menguatkan jiwa.

Demi mama, aku mengutip kembali jiwaku yang hancur lebur.

Demi mama, aku mencari semula semangatku yang dahulu.

Demi mama juga, aku bertahan sehingga saat ini. Sakitnya yang aku rasakan. Saat sanak saudara kita memerhatikan aku, guru mula menyisih. Tidak perlu anak murid yang sering menemui kegagalan.

Mama, aku mengaku, biarpun aku nampak kuat, namun sebenarnya hatiku meronta. Sungguh mama, aku tak jumpa keikhlasan untuk bertahan di sini. Seperti mama, aku mahu menghentikan sakit ini.

Namun demi mama, aku tidak mahu berputus asa.

Demi mama, biarlah sejuta rotan mendatang, aku tahan sakitnya.

Demi mama juga, kejayaan akan ku raih biarpun aku harus menghadapi mati untuk mendapatkannya.

Mama, janji itu sedang menghiris lumat jiwaku. Tak layakkah aku untuk mendapatkan apa yang aku impikan? Mama, mampukah aku? Atau aku akan kandas di pinggir jalan?

Ku cari kekuatan yang tertinggal untukku. Saat mama menutup mata selamanya, ku harap masih ada secebis kekuatan yang mama tinggalkan buatku.

Mama, mengapa rakanku tak pernah menghargaiku? Saatku meluahkan kedukaanku terhadap mereka, mereka sempat tertawa. Mama, sukarnya mencari orang yang mampu menjadi pendengar setia. Saat aku menjumpai pendengar, ku dapati mereka tak setia.

Mama, situasi ini sungguh perit. Hati terasa sedang dihancurkan. Oleh manusia yang bermuka-muka. Mereka sedang bergembira. Melupakan aku. Aku tahu. Aku ini tiada makna buat mereka. Aku hanya peneman saat gembira. Namun tika aku berduka, aku sakit sendirian. Apa guna menceritakan segalanya buat mereka? Apa yang mereka katakan, sila bersabar. Tak pernah mahu memahami perkara sebenar. Mati aku! Sakit aku! Perit aku!

Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak