Ketika Ibu Memanggilmu...

Aku sedikit terkilan sebenarnya. Sikap muda mudi sekarang. Tak pernah mahu menyahut panggilan ibu bapa. Susah sangatkah nak menjawab panggilan ibu bapa? Dalam usia sebegini, ramai antara kita dah pun melanjutkan pelajaran. Bersepah di sana sini. Ramai yang study jauh dari keluarga. Ada yang study dekat-dekat dengan mak ayah. Alhamdulillah. Tercapai harapan ibu bapa nak tengok kita sambung study.

Yang buat aku rasa marah dan betul-betul bengang ialah apabila ada anak yang tak mahu menerima pelawaan ibu bapa. Ada si fulan bin polan ni, dia study di negeri X. Mak ayah dia pun bekerja di negeri X. Tinggal sana. Si fulan ni study di Universiti Y di negeri X. Hujung minggu tak ada buat apa-apa. Study pun rasa macam malas. Nak rehat sikit. Si fulan ni luahkan pada rakan-rakan di media sosial W. Tak tahu nak buat apa. So rakan-rakan si fulan ni cadangkan buat itu, buat ini. Semua dia balas, malas. Malas. Malas. Nasib baik aku masih dalam kategori sabar. Kalau tak, memang aku cadangkan, "mati, malas tak?" Mak si fulan ni ajak dia keluar makan. Di sebuah shopping mall. Dia tak nak. Lepas tu aku cadangkan, "apa kata kau balik ke rumah hujung minggu macam ni?" Dia jawab, malas nak balik rumah. Aku memang rasa tengah menggelegak. Sakit hati bila ada kawan perangai nauzubillah macam ni. Terus aku tutup tab dan tengok tv. Lagi seronok tengok si Lofa dari layan jiwa dengan manusia macam tu.

Seriously, bagi aku, masa mak masih mengajak adalah satu perkara yang sangat berharga. Memanglah, si fulan tu masih ada mak. Sihat walafiat. Jarang jumpa pun tak apa. Nanti-nanti jumpalah. Dia belum rasa macam mana kehilangan mak. Tolonglah sedar. Mak cuma ada satu aje dalam dunia. Jahat macam manapun dia, walau macam manapun dia tinggalkan kita di pangkuan orang lain, dia tetap mak. Tak akan pernah berganti keredhaan mak sebenar kepada mak lain. Jangan ambik sikap tak peduli terhadap mak. Mak call, tolong angkat. Mak mintak tolong, tolonglah dia. Mak membebel, ambil kata-kata dia. Simpan sebagai amanat. Silapnya aku dulu, masa mak membebel, aku pun membebel jugak dalam hati. Memang tune mak membebel bukan satu tune yang menyedapkan telinga. Tapi dalam setiap satu patah perkataan dalam bebelan mak, tersimpan beribu-ribu nasihat. Kita je yang tak paham.

Mak ada satu je. Mak sedara, mak angkat tu semua tak sama macam mak kandung. Walau macam mana baik pun mak orang terhadap kita, mak orang tetap mak orang. Bukan mak kita. Bukan dia yang lahirkan kita. Tanggung sakit 9 bulan semata-mata nak tengok kita lahir ke dunia. Mak orang tak ada waktu kita lahir. Walaupun mak orang lain yang jaga kita sekarang, tetap ada mak sebenar yang lahirkan kita. Cuma kemungkinannya ada 2 sahaja, masih hidupkah atau sudah tiadakah?

Ajal manusia ni kita tak tahu. Seperti mama aku. Tak sedar yang hari raya hari tu, mama dah dalam tempoh untuk dijemput pergi. Tak ramai yang jangka. Mama memang sakit. Tapi dia berjaya menyembunyikan sakitnya dengan setiap gurauan dan tawanya. Mama aku seorang yang ceria. Sakit macam mana pun dia, depan orang lain dia pamerkan senyuman. Macam tak ada apa yang dia lalui. Rasanya, ramai yang terkejut. Baru hari raya hari tu jumpa, tak lama kemudian dapat berita rupanya dah meninggal. Terutamanya best friend mama sejak kecil lagi. Berpuluh tahun tak jumpa. Dah masing-masing umur 40 an baru jumpa. Lepas tu, mama dah tak ada. Aku rasa kesedihan pak cik tu. Masa kami balik kampung hari tu, pak cik tu tenung muka aku. Katanya memang betul-betul iras mama masa kecil. Dah anak beranak. Nak buat macam mana.

Tolonglah, hargai mak anda. Tak kiralah apapun panggilan kita terhadap dia. Jangan ingat mak ni tempoh hidupnya sampai bila-bila. Cukup masa, dia dijemput kembali. Jangan bangga sangat dengan boyfriend/girlfriend. Tu semua sementara. Kasih mak adalah yang kekal sampai bila-bila. Sampai syurga.

Take note!

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak