Posts

Showing posts from October, 2014

Guwa kena rotan lagi!

Guwa rasa nak meraung. Lagi sekali guwa kena rotan. Masuk ni, dah pat kali guwa kena rotan. Nasib baik bukan yang ke 13 kali. Sebabnya, cikgu janji kalau gagal ekonomi untuk exam ni, 10 rotan konfem dapat. Nasibla dia tak kotakan janji nak rotan 10 kali. Guwa dah nangis bagai nak rak semalam sebab stress guwa dah overlimit. Jadi guwa oerlu buat sesuatu untuk kurangkan stress guwa. Jadi guwa nangisla. Bazir air mata guwa je. Penat guwa meroyan kat kawan-kawan. Tapi guwa bangga jugaklah, banyak peningkatan dari yang dulu. Yang dulu tu guwa rasa konfem hampeh sehampeh hampehnya. Memandangkan masa cuti yang dulu tu cikgu ada buat kelas tambahan ekonomi, jadi guwa dapat 10 markah bonus. Markah sebenar guwa cuma 29%. Jadi guwa dapat la markah 39 akhirnya. Masalahnya, 1 markah je lagi nak lulus. Kalaulah guwa dapat 30% untuk usaha sebenar guwa, konfem kalau tambah 10 tu jadila 40 markah. Jadi takde la guwa kena rotan. Akit angan wa. Guwa kesian jugak dengan cikgu guwa tu. Mak dia leukimia, m…

Guwa assistant!

Since good listener guwa dah lama tak on whatsapp, guwa pun sunyi takda tempat nak menceceh.  Hari Jumaat yang lalu, guwa telah dilantik sebagai penolong ketua kelas since yang lama dah quit form 6. Sebab utama dia quit ialah rules sekolah yang mengarut dan sistem guru yang tak nak dengar dulu penjelasan student. Katanya dah lama dah dia nak quit tapi tentangan hebat dari keluarga menyebabkan dia tangguhkan dulu niatnya. Sekarang ni, memang dah keras sangat hati dia. Akhirnya Lily Ting Siong Lee pun quit. Nak dijadikan cerita, majoriti pelajar perempuan dalam kelas guwa semuanya pengawas dan librarian. Tinggal 3 orang je yang tak pegang apa-apa tugas. Salah seorangnya adalah guwa. Mula-mula, cikgu nak Mag. Tapi Mag tak nak sebab nak quit ke poli jugak. Just tunggu tawaran datang dan lepas tu, dia nak quit. Kebetulan, guwa duduk depan Mag. Dan akhirnya, tanpa sengaja guwa setuju. Rasmilah guwa sebagai assistant baru. Tak pernah-pernah guwa jadi penolong ketua kelas. Dulu ada jugak anga…

Jom praktis!

Berakhir sudah percubaan semester 1. Takde word lain yang boleh describe exam tu. Die. Aku dah buntu nak cari perkataan yang lebih sopan dan ayu. Itu jelah yang sesuai untuk mengeertikan segalanya. BM yang boleh dijadikan antara sandaran utama untuk lulus mungkin hancur lebur macam tu je. Serius tak paham kehendak soalan. Jangankan aku, even budak paling pandai dalam kelas pun blur apa maksud sebenar soalan. BM memang mencabar ketahanan diri aku. Kehadiran MUET Reading dan Listening yang aku anggap penyibuk tu pun dah cukup menghuru-harakan hidup aku. Belum masuk Pengajian Am yang aku rasa karangan tu memang penuh auta dan menyimpang jauh dari fakta sebenar. Geografi pulak, MasyaAllah. Soalan pertama, ada satu diagram. Aku anggap diagram tu struktur otak. Mag dah anggap benda tu daun salad. Jerrold anggap benda tu jalan raya. Walhal yang sebenarnya, sungai. Sebentar tadi, Ekonomi. Pembunuh bersiri. Sandaran utama Ekonomi hanyalah pada esei. Kalau objektif memang guna peluru terhebat, …