Guwa assistant!

Since good listener guwa dah lama tak on whatsapp, guwa pun sunyi takda tempat nak menceceh.  Hari Jumaat yang lalu, guwa telah dilantik sebagai penolong ketua kelas since yang lama dah quit form 6. Sebab utama dia quit ialah rules sekolah yang mengarut dan sistem guru yang tak nak dengar dulu penjelasan student. Katanya dah lama dah dia nak quit tapi tentangan hebat dari keluarga menyebabkan dia tangguhkan dulu niatnya. Sekarang ni, memang dah keras sangat hati dia. Akhirnya Lily Ting Siong Lee pun quit.

Nak dijadikan cerita, majoriti pelajar perempuan dalam kelas guwa semuanya pengawas dan librarian. Tinggal 3 orang je yang tak pegang apa-apa tugas. Salah seorangnya adalah guwa. Mula-mula, cikgu nak Mag. Tapi Mag tak nak sebab nak quit ke poli jugak. Just tunggu tawaran datang dan lepas tu, dia nak quit. Kebetulan, guwa duduk depan Mag. Dan akhirnya, tanpa sengaja guwa setuju. Rasmilah guwa sebagai assistant baru. Tak pernah-pernah guwa jadi penolong ketua kelas. Dulu ada jugak angan-angan nak jadi ketua kelas, tapi tak ada orang pilih. So angan-angan guwa terkubur di lautan sepi. Lepas 11 tahun jadi budak sekolah, baru sekarang guwa kena lantik. Penantian berbaloi. Cehhhh. Hahah

Ketua kelas memang hampeh. Kaki buli dan .... pervert. Stress pulak guwa. Kalau ada penumbuk guwa sampai ke muka dia, memang pahamla apa puncanya. Pagi-pagi, guwa kena berkejar-kejar ambik buku kedatangan. Jarak kelas dan pejabat am bukannya dekat. 4 kali turun tangga, 2 kali naik tangga, belok kiri. Harap guwa boleh kurus. Kehkehkeh. Guwa jugak menjadi kaunter pertanyaan, stor barang dan sebagainya. Boleh berat beg guwa macam ni. Nanti yang kena tengking, guwa jugak. Sesuailah guwa ni. Hati kering.

Guwa pun samseng boleh tahan jugak. Samseng jalan kengkang. Kaki pukul pun guwa jugak. Kaki sakat pun guwa jugak. Kaki gelak terbahak-bahak pun guwa. Kaki sorok barang pun guwa. Gila nakal betul guwa ni hahah. Kalau guwa stress masa macam ni, tak bestlah. Selagi guwa boleh berkawan, guwa sakatlah sebaik mungkin. Best apa macam ni hahah. Lagi best dari kawan masa sekolah menengah dulu. 1 Malaysia katanya. Dapat jugak guwa tengok perpekstif dari kawan-kawan non Muslim. Sampai guwa pun dah boleh faham bahasa Iban. Majoriti kelasmet guwa berbangsa Iban. Tak ada pulak yang racist.

Bosan pulak guwa, sebab guwa tak ada good listener tu. Ntah mana dia hilang aku pun tak tau. Budak bertuah. Bai.

P/s : Maaf atas penggunaan kata ganti nama diri "guwa". Guwa stress ni hahah

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian