Guwa kena rotan lagi!

Guwa rasa nak meraung. Lagi sekali guwa kena rotan. Masuk ni, dah pat kali guwa kena rotan. Nasib baik bukan yang ke 13 kali. Sebabnya, cikgu janji kalau gagal ekonomi untuk exam ni, 10 rotan konfem dapat. Nasibla dia tak kotakan janji nak rotan 10 kali. Guwa dah nangis bagai nak rak semalam sebab stress guwa dah overlimit. Jadi guwa oerlu buat sesuatu untuk kurangkan stress guwa. Jadi guwa nangisla. Bazir air mata guwa je. Penat guwa meroyan kat kawan-kawan.

Tapi guwa bangga jugaklah, banyak peningkatan dari yang dulu. Yang dulu tu guwa rasa konfem hampeh sehampeh hampehnya. Memandangkan masa cuti yang dulu tu cikgu ada buat kelas tambahan ekonomi, jadi guwa dapat 10 markah bonus. Markah sebenar guwa cuma 29%. Jadi guwa dapat la markah 39 akhirnya. Masalahnya, 1 markah je lagi nak lulus. Kalaulah guwa dapat 30% untuk usaha sebenar guwa, konfem kalau tambah 10 tu jadila 40 markah. Jadi takde la guwa kena rotan. Akit angan wa.

Guwa kesian jugak dengan cikgu guwa tu. Mak dia leukimia, masa cuti skolah hari tu dia nak balik semenanjung. Tapi tak boleh sebab perasaan dia nak bantu student dia yang boleh dikatakan lemah tahap gaban dalam subjek ekonomi ni. Akhirnya hari ni keluar pulak cerita yang mak cikgu cuma ada tempoh dalam 3 bulan je lagi untuk hidup. Masa tu guwa dah panas hati. Kenapa la cikgu cepat sangat nak kata mak dia dah nak mati? Bagi guwa, selagi ada harapan untuk teruskan hidup, jangan pasrah dulu. Bikin wa panas je.

Guwa janji cikgu, pasni guwa kasi triple usaha guwa. Guwa dah usaha nak kasi lulus. Tapi nampaknya rezeki belum menyebelahi guwa. Tapi exam kali ni guwa tengok, adala dalam 10 orang yang lulus. Nampak sedikit peningkatan. Tapi guwa tetap sedih, kenapa bukan guwa yang termasuk dalam list pelajar lulus? Sedih guwa tau. Guwa nak lulus jugak. Ingat guwa suka ke kena rotan? Sakit tau. Perasaan guwa sangat stress sepanjang sebelum exam dan selepas exam. K dah,

Bai

-guwatakstresslagidah-

Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak