Jom praktis!

Berakhir sudah percubaan semester 1. Takde word lain yang boleh describe exam tu. Die. Aku dah buntu nak cari perkataan yang lebih sopan dan ayu. Itu jelah yang sesuai untuk mengeertikan segalanya. BM yang boleh dijadikan antara sandaran utama untuk lulus mungkin hancur lebur macam tu je. Serius tak paham kehendak soalan. Jangankan aku, even budak paling pandai dalam kelas pun blur apa maksud sebenar soalan. BM memang mencabar ketahanan diri aku. Kehadiran MUET Reading dan Listening yang aku anggap penyibuk tu pun dah cukup menghuru-harakan hidup aku. Belum masuk Pengajian Am yang aku rasa karangan tu memang penuh auta dan menyimpang jauh dari fakta sebenar. Geografi pulak, MasyaAllah. Soalan pertama, ada satu diagram. Aku anggap diagram tu struktur otak. Mag dah anggap benda tu daun salad. Jerrold anggap benda tu jalan raya. Walhal yang sebenarnya, sungai. Sebentar tadi, Ekonomi. Pembunuh bersiri. Sandaran utama Ekonomi hanyalah pada esei. Kalau objektif memang guna peluru terhebat, kuantitatif a.k.a kira-kira buat tak sampai setengah jalan pun.

Paper pertama pada hari pertama ialah Pengajian Am dan Bahasa Melayu. Jujur, aku tak habis cover pun P.Am tu. Paling aku hafal dalam P.Am hanyalah Doktrin Pengasingan Kuasa. Tolonglah, jangan tanya aku pasal Pilihan Raya, Mahkamah n so on. Memang seriusli, blank giler! Sepanjang beberapa minggu before trial, banyak fokus ke karangan sebab cikgu risau tengok cara kami buat karangan. Karangan P.Am tak boleh banyak bersimpang siur macam BM. Even untuk  buat karangan P.Am ada rules yang tersendiri. Ayat pertama, isi utama. Ayat kedua, huraian ringkas. Ayat ketiga, statistik. Ayat keempat, penegasan a.k.a penutup. Just in case nak tambah huraian, boleh tambah 1 yang penting berkait rapat serapat rapatnya dengan isi utama. Kalau just nak cantikkan ayat, tak payah. Free free kena cop buat cerita dongeng. Kalau orang macam aku yang rajin cipta ayat terlebih seri, memang kosong terus.

For BM, rasa sombong sangat kan, belek belek je. Tak sedar yang diri belum pass lagi bab Fonologi. Fonologi adalah masalah terbesar aku dalam BM. Belum masuk lagi yang lama-lama tu. Sejarah Bahasa Melayu Kuno, Klasik, Moden. Tambah lagi unsur asing dalam BM. Lama-lama macam ni, rambut aku boleh bertukar rupa jadi langsuir. Jumpa pulak soalan yang entah tersesat masuk gaung agaknya. Suruh bagi contoh berdasarkan ayat di atas. Ayat mana satu? Petikan tu. Part tang yang mana tah ayat yang dia suruh bagi contoh tu. Tak kan sampai macam ni soalan KEBAT? Bagila hint sikit. Rupanya, pembuat soalan BM ialah, cikgu BM kelas aku sendiri. Memang tersesat betullah. Even dalam kelas pun ramai student yang tumbang ke meja kalau dia dah mula menerang. Bincang satu soalan yang punyalah mudah pun dia ambik masa sampai 20 minit. Siapalah yang tak rasa nak meraung? Sudahlah cikgu sendiri pun tak ada jawapan untuk setiap handout yang dia sendiri fotostat, dia sendiri yang bagi. Lepas tu, tanya student. Student dah jawab. Bersusah payah cari jawapan, dia kata salah. Walhal nota yang student dapat jawapan tu, dia sendiri yang bagi. Haish! Kalau dia jugak yang jadi cikgu BM masa upper 6 nanti, tak jumpa kejayaan la aku ni.

Hari kedua. Geografi dan MUET Reading. Geografi ni memang kelakar. Diagram saliran sungai boleh dianggap struktur otaklah, daun saladlah, jalan raya pun ada. Jalan raya tu mungkin berkait gakla dengan Geografi. Yang daun salad dengan struktur otak tu memang tak leh blah. Macam Biologi pulak. Kelakar pulak bila kenang balik. Lain yang aku baca, lain pulak yang keluar. Aku baca gunung berapi, sungai pulak yang keluar. Aku baca batuan, luluhawa pulak yang keluar. Nasib baik ada bab demografi. Ada baca. Tapi sikitla. Bersyukur sebab soalan kira-kira tak keluar. Logarithm tu memang menyusahkan aku. Tak adanya aku pass logarithm tu dari hari pertama aku study log masa SPM dulu.

MUET ni memang cari masalah betul dengan aku. Nak pulak dia menyibuk sekali. Reading pulak tu. Teks bla bla bla. 2 teks pertama, mata masih okey. Masuk teks ketiga, mata aku macam nampak setiap perkataan dalam teks tu double. Teks keempat tak yah sebut la. Aku dah tumbang. Curi masa. Tidur jap hahah! Lepas tu setiap jawapan aku dah malas nak rujuk teks semula. So aku jawab ikut sesuka hati aku je. Siap. K dah kita letak kepala atas meja.

Hari ketiga. Yang paling menyeramkan. Paling merunsingkan. Kalau gagal kena rotan 10 kali. *terasa singkat nafas ni* Ekonomi dan MUET Writing. Pada awalnya, aku sangka kertas ekonomi dulu baru MUET. Terbalik rupanya. Nasib baik MUET dulu. Kisah malam sebelum paper maut ni, aku terganggu dek tablet yang memanggil-manggil lepas 3 hari aku ignore tab. Tak nak reload. Sanggup puasa tak mau sentuh  konon nak fokus. Terkenang pulak Cikgu Pat pesan cari maklumat pasal pro and cons PLKN. Mintak reloadkan tab konon nak carik maklumat. Tak yah la aku nak menipu kat sini. Memang maklumat tu aku langsung tak cari. Yang bangangnya, firasat aku kuat mengatakan konfem MUET soalan 2 tu nanti pasal PLKN. Tak kan cikgu saja-saja nak suruh cari then simpan buat pekasam? Dan yang membuat aku rasa aku ni memang memerlukan rawatan jiwa ialah, aku tak kisah pun nak cari. I should have believe my instinct! Kalau cari malam semalam, memang tak adanya aku bagi isi ntah apa-apa tu. Dahla sempat tertidur. Fuhhhh

Ekonomi. Nilah dia. Pembunuh bersiri. Tapi thank you so much cikgu. Sanggup bagi jawapan untuk esei. Just perlu hafal dan pandai-pandai sendiri twist jawapan ikut kesesuaian soalan. Really appreciate that. Masalah utama hanyalah objektif dan kuantitatif. Esei okey sebab?  Jawapan free. Ni lagi satu masalah jiwa aku. Konon bangun pukul  3 pagi. Suruh ayah kejutkan. Kebetulan ayah nak turun kerja pukul  3 pagi. Lepas tu boleh pulak extend sejam. Pukul 4 pagi baru celik. Dudukla kat ruang tamulah kononnya kat bilik banyak godaan dari bantal, selimut dan katil. Hujan pulak tu. Tak ke rugi tinggalkan katil? Haish! Mula-mula duduk tegak kat sofa. Sambil mata tekun tengok nota. Bersandar pulak. Tak selesa. Sudahnya baring. Dan akhirnya, ayah balik pukul 5.30 pagi. Kertas dah kat muka. Buku nota dah tercampak ke bawah. Kaki dah elok terkangkang. Tidur la tu. Sia-sia je aku tinggalkan katil. Kan lagi best aku bergulung je dalam selimut. Dahla tidur pukul 10 malam. Bangun semula pukul 2. Tidur balik pukul 2.30. Ayah kejut pukul 3. Bangun pukul 4. Konon nak study lagi. Sudahnya, datang sekolah mata kembang. Syukurla tak jadi panda. Kalau tak, mesti aku nampak comel 5 kali ganda.

Dalam semua subjek ni, cuma ekonomi saja aku langsung tak tumbang atas meja. Betul-betul punya jawab tu. Dahla cikgu yang jaga kelas waktu terakhir adalah cikgu ekonomi sendiri. Sebelum dia menapak masuk ke kelas, aku dah pastikan aku selesai jawab semua esei yang aku dah elok hafal. Sebabnya kalau aku nampak dia, konfem aku blank terus. Sebab tu kuantitatif tak dapat jawab. Dia dah elok kat depan mata. Neves terkenangkan rotan 10 kali. Huwaaaaa~ apa ke sedih sangat hidup aku kat fom 6 ni? Mag pulak memang dah fikir nak quit form 6. Poli menunggu dia agaknya. Aku pun rasa nak join ke poli jugak. Tapi ayah awal-awal dah sebarkan kepada umum yang aku akan habiskan form 6. Suka tau nak seksa aku.

Serius sebenarnya, except ekonomi, kertas-kertas lain aku buat derk je. 1 minit fokus tengok soalan. Lagi 19 minit termenung. Wahahahahah!

Ekonomi oh ekonomi.... Kau cantik tapi kau serial killer. Lepas ni, semua orang akan praktis merotan tangan sendiri 10 kali. Guna tenaga dan kekuatan yang sama macam cikgu Ekonomi. Lasak gila....

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian