Posts

Showing posts from November, 2014

UPSR hari ini

Adek-adek darjah 6 hari ni dengar khabar dah dapat result korang ye. Takpelah, akak hari ni hati ada sikit punya baik nak kasi nasihat yang tak seberapa. Akak nak trobek kisah akak ambik UPSR dulu. Akak dulu, mak punyalah push akak supaya jadi the best tapi akak tak mampu. UPSR pun akak dapat 2A3B je. Mak akak masa tu, tak marah tapi sindiran pedas doh untuk level budak umur 12 tahun. Koman-koman pun, akak dapat jugak proceed skolah. Toksah meraung kalau tak dapat stret A's. Takyah tunjuk mata merah tu. Awak berjaya ke, tak berjaya ke, sama je. Hidup perlu diteruskan. Tak kisah la masuk asrama penuh ke, skolah biasa ke, sukatan pelajaran sama je. Yang mak ayah mana anak dapat keputusan bagus, ni saya sebagai muda belia nak cakap sikit walaupun suara anak muda belia ni selalunya bak angin sepoi sepoi bahasa je. Anak tuan puan yang dapat 5A tu, takyah puji sangat. Cukup ucap congrats. Takyah offer Mini Cooper ke apa kat dia. Benda tu masa lain boleh beli. Cuma kasi nasihat kat anak,…

Fahami aku, plis?

Aku rasa masuk hari ni, dah 3 minggu aku tak jejak kedai. Takde orang paham yang aku ni bosan terperap dalam umah. Kalau aku mintak nak dibawak ke mana-mana, mesti dengar hembusan nafas yang kasar. Nak mintak gi library pun nampak macam sudi tak sudi je nak anta. Last weekend, tu bukan nama diajak keluar. Orang just bawak ke walimah je kot. Yang mana kawasan tu crowded dengan muka manusia yang cuma datang makan dan takda niat lain selain dari tu. Can't people understands my feelings? What I've been for? What did I feel whenever I'm alone? Did anyone realize that? I feel lonely over the things I've done. He thought, he supply me with both of the tabs, it can loose my boredom. Hell no. I tried many things to kill my loneliness. No can do. Rasa sunyi tetap ada. Tak mampu disingkirkan. Ada makcik, asyik dok pot pet pot pet tanya itu ini. Sebab tu kalau dia ajak makan sama, aku lebih rela berlapar dengar kelentang kelentung bunyi pinggan dari duduk semeja sebab aku tau nant…

Bosan

Panas giler kot cuaca hari ni. Bukak peti sejuk, stok ais krim abes dah. Panas dah ni. Nak minum air sejuk-sejuk, ada air kosong je. Kering tekak aku. Sudahnya, nilah yanga ku buat. Blogging. Aman sikit kot. At least ada benda nak express my feelings. Tengok luar tingkap konon nak hayati alam, oren semacam je mata aku. Panas pulak. Kucing pulak tengah sedap-sedap terbongkang tidur kat luar tu. Malas nak kacau. Sian lak aku. Nak kacau mak cik sorang yang kat matrik kuching tu, tak sampai hati jugak. Orang tengah belajar. Buat apanakkacau. Sambil menaip ni juak la aku terfikir nak inaikan kuku. Buang boring sket. Tak jumpa pulak inai yang aku selalu pakaikan kat kuku mak dulu. Masa ni pulak nak ilang. Terfikir jugak nak lepak kat library. Tapi masa aku tengah mengantuk ni bahaya pulak kalau aku collapse tetiba kat sana. Elok aku datang sana nak baca buku, tetiba kena halau keluar library pulak. Bapak pulak kerja. Nak spend masa kat mall? Boleh je. Tapi kalau kat mall aku suka menapak k…

Tips Akak

Haih bosan pulak aku cuti ni. Nampak cam lifeless pulak. Waktu bosan bosan gini pulak aku teringatkan pasal exam hari tu. Memang berharap betul tak perlu repeat. Alang-alang aku ada idea pasal nak bagik tips ni, aku nak share pasal tips sebelum peperiksaan. Bagi korang-korang yang macam aku ni, yang suka sangat study last minit, jangan risau. Ada cara supaya korang tak rasa macam masa semakin mencemburui. 1) Tumpukan pada satu bahan bagi setiap subjek. Maksudnya, walaupun korang beli 5 guni buku latihan/rujukan bagi setiap subjek, pilih yang paling jimat masa untuk baca. Yang paling tak banyak explanation. Selalunya nota dari cikgu la yang simple-simple tu. Sesetengah orang, macam aku, mula-mula semangat nak baca buku-buku yang ada expalanation banyak sebab nanti boleh bagi jawapan terbaik masa menjawab nanti. Percayalah, tak sampai 10 minit, korang yang seperti aku konfem campak je buku tu nanti sebab bikin stress ja. Kalau nak baca yang panjang-panjang macam tu boleh, tapi pastikan …

Cerita Saya

First of all, jika ada bau-bau yang kurang menyenangkan dan menusuk hidung anda, anda harus maklum bahawa post ini ditulis ketika pemilik blog sedang bertapa di dalam jamban. Sekian terima kaseh.---------Aku adalah seorang penuntut Pra Universiti (manis sikit namanya daripada aku dok mention aku ni budak Form 6). Berusia hampir 18 tahun. 17 November iaitu 2 hari yang lepas, aku menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan tamat pada hari ini (19/11/2014). 4 subjek yang diambil telah diharungi dengan jayanya. Syukur. Oleh itu seperti kebiasaannya, aku suka share moment sewaktu sedang menjalani peperiksaan. Perangai suka nak bercerita memang sukar dibuang. Mesti nak cerita jugak. Kalau tak, takleh buang Encik Tahi dengan senang hati. Ok, fakta kotor di situ.----------Hari pertama (17 November 2014)Kertas : Pengajian Am
Masa : 0800 - 1000
Tempoh : 2 jamPengajian Am. Seingat akulah, kalau dalam kelas Pengajian Am, aku antara manusia yang paling tak fokus masa cikgu menerang k…

Nak pergi jugak ke?

Merokok. Betul ke merokok boleh buat hilang stress atau dalam bahasa mudahnya, sesuai untuk release tension? Kenapalah orang sekarang ni suka sangat cari maut sendiri. Pegi ambik benda yang pelik-pelik. Macam tengah perhambakan diri pada dunia. Sanggup mati semata-mata untuk benda macam tu. Aku risau sebenarnya. Bapa aku dah mula ketagih semula dengan rokok. Rasanya dulu, sebelum mak tak ada, tak pulah ketagih macam ni. Mungkin ada kot merokok, tapi tanpa pengetahuan kami. Takut kena ceramah panjang la tu. Sekarang ni, galaknya dia merokok. Tak. Dia tak merokok depan aku. Tapi aku dah ternampak dia merokok. Macam tadi. masih panjang lagi rokok tu. Dia suruh aku pegi beli sarung surat. Aku pegi beli. Tanpa syak apa-apa. Dia tunggu kat bawah je. Bila dah dapat apa yang perlu, aku turun. Pergi ke kereta. Terang terangan depan mata aku. Elok je rokok tu kat mulut dia. Bila sedar aku dah nak masuk, terus dia campak keluar. Taulah dapat rokok free dari kapal yang keluar masuk pelabuhan tu. …

Kehilangan

Mati itu bila-bila. Mati itu pasti. 70 kali sehari malaikat maut melawat kita. Tapi ada ke yang sedar akan hakikat tersebut? Tiap hari kita just go on dengan rutin harian. Gelak macam orang gila. Buat kerja sampai tangguhkan solat. Siapa sedar malaikat maut melawat? Unless malaikat maut menunjukkan dirinya dalam rupa lembaga hitam. Well, aku faham erti rupa lembaga hitam tu. Arwah mak pernah perincikan rupanya beberapa hari sebelum dia pergi. Rakan-rakan aku yang lain masih lagi bersedih. Pemergian salah seorang sahabat kami cukup meninggalkan kesan. Macam tak percaya, usia 18 tahun pun dah diambil pergi. Membuktikan bahawa kuasa Tuhan tu amazing dan almost impossible untuk kita percaya. Tapi tak boleh nak salahkan Dia. Sebab itu semua di bawah perancanganNya. Siapa kita nak persoalkan ketentuan tu? Masih ingat tragedi MH17. Salah seorang daripada rakyat Malaysia yang terbunuh akibat nahas tersebut juga merupakan seorang kenalan. Cuma aku hanya tahu dia sekadar di Facebook saja. Arwah…