Bosan

Panas giler kot cuaca hari ni. Bukak peti sejuk, stok ais krim abes dah. Panas dah ni. Nak minum air sejuk-sejuk, ada air kosong je. Kering tekak aku. Sudahnya, nilah yanga ku buat. Blogging. Aman sikit kot. At least ada benda nak express my feelings. Tengok luar tingkap konon nak hayati alam, oren semacam je mata aku. Panas pulak. Kucing pulak tengah sedap-sedap terbongkang tidur kat luar tu. Malas nak kacau. Sian lak aku.

Nak kacau mak cik sorang yang kat matrik kuching tu, tak sampai hati jugak. Orang tengah belajar. Buat apanakkacau. Sambil menaip ni juak la aku terfikir nak inaikan kuku. Buang boring sket. Tak jumpa pulak inai yang aku selalu pakaikan kat kuku mak dulu. Masa ni pulak nak ilang.

Terfikir jugak nak lepak kat library. Tapi masa aku tengah mengantuk ni bahaya pulak kalau aku collapse tetiba kat sana. Elok aku datang sana nak baca buku, tetiba kena halau keluar library pulak. Bapak pulak kerja. Nak spend masa kat mall? Boleh je. Tapi kalau kat mall aku suka menapak ke kedai buku. Nanti rasa nak beli itu ini. Tak boleh pulak. Bapak tak bagi lagi elaun bulan ni. Kalau dapat pun 50 hinggit je. Aku simpan hati nak beli Lawak Kampus yang besar gedabak tu. Nanti kalau cukup n dapat elaun, beli jelah. Nak rawat hati kala bosan gittew hahah.

Lifeless pulak aku rasa. Aku tak pernah jumpa keadaan hidup aku yang sangat kosong ni. Ingat dulu, tolong urus-urus mak boleh menyebabkan kebosanan. Rupanya tak. Dulu tu masa ada terisi jugak. Ganggu ketenteraman mak. Usik-usik. Berbual macam-macam dengan mak. Bosan doh sekarang. So at the end of the day, aku cuma termangu sorang-sorang depan tv tanpa paham cerita yang sebenar. Bosan aku. Get into Rooftop Rant je lah aku ni. Bai

Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak