Cerita Saya

First of all, jika ada bau-bau yang kurang menyenangkan dan menusuk hidung anda, anda harus maklum bahawa post ini ditulis ketika pemilik blog sedang bertapa di dalam jamban. Sekian terima kaseh.

---------

Aku adalah seorang penuntut Pra Universiti (manis sikit namanya daripada aku dok mention aku ni budak Form 6). Berusia hampir 18 tahun. 17 November iaitu 2 hari yang lepas, aku menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan tamat pada hari ini (19/11/2014). 4 subjek yang diambil telah diharungi dengan jayanya. Syukur. Oleh itu seperti kebiasaannya, aku suka share moment sewaktu sedang menjalani peperiksaan. Perangai suka nak bercerita memang sukar dibuang. Mesti nak cerita jugak. Kalau tak, takleh buang Encik Tahi dengan senang hati. Ok, fakta kotor di situ.

----------

Hari pertama (17 November 2014)

Kertas : Pengajian Am
Masa : 0800 - 1000
Tempoh : 2 jam

Pengajian Am. Seingat akulah, kalau dalam kelas Pengajian Am, aku antara manusia yang paling tak fokus masa cikgu menerang kat depan. Dah terbiasa belajar sendiri katanya. Walaupun hampeh nak belajar sendiri. Homework pun bertahun-tahun untuk aku siapkan. Maka sewaktu berada dalam dewan, ketika menjawab subjek ini, aku tidaklah mengalami masalah yang maha hebat pun. Cuma ada la soalan yang takleh jawab espeysiali, Bahagian B iaitu subjektif. Doktrin Pengasingan Kuasa yang selama ni aku agung-agungkan sebab part tu je paling aku hafal pun aku tak boleh nak jawab dengan sempurna masa STPM. Objektif takda masalah sangat, rasanyalah. Bahagian C yakni esei tersayang, memang betul-tak ikut standard cara jawab esei P.Am. Sesi membantai fakta memang berlaku ketika itu. Esei pertama aku jawab lengkap dengan 5 isi manakala esei kedua aku mampu tulis 4 isi je sebab aku tengok masa tinggal 5 minit. Kalau nak bantai lagi 1 isi, alamatnya aku tak sempat nak tulis penutup dan ikat segala kertas jawapan yang bersepah di atas meja. Aku lupa sebenarnya soalan yang aku pilih. Sebab dari dulu-dulu lagi aku mengamalkan prinsip "lepasabespapertakyahkenanglagisoalan2tu". Kahkahkah.

Jap. Ondewe nak cebok. Aku sambung jap gi.

--------

Kertas : Geografi
Masa : 1100 - 1300
Tempoh : 2 jam

Masa awal-awal diberitahu yang kertas Geo combine ngan Pengajian Am dalam masa sehari, aku rasa tak puas hati. Tapi akhirnya, aku mengakui, lagi elok budak berdua ni combine. Cuba ekonomi combine ngan Pengajian Am, tak ke gila dibuatnya? Aku tak rasa student fokus untuk belajar Pengajian Am sebab student lebih fikir untuk study Ekonomi. Pada hari tersebut, aku tengok kertas Geo takdalah susah sangat. Macam tak percaya je student sebelum ni gagal teruk dalam paper Geo. Mungkin sebab diorang ambik mudah kot. Geo kot? Kan dah jumpa masa PMR dulu. Memandai aku je mengulas. Soalan yang keluar dalam paper ari tu sebenarnya langsung tak sama dengan firasat aku. Firasat aku ni payah sket, kalau tak percaya, betul pulak dia. Kang dah percaya, tak pulak jadi realiti. Vangang. Aku asyik terfikir untuk revise Kejadian 4 musim. Tengok paper, aik takda! Yang ada musuh ketat aku. Part hanyutan benua. Haram aku tak tau apa-apa pasal hanyutan benua, plat tektonik segala ni. Dah tu, dia tanya pulak pasal maksud sistem. Aku tak revise pun pasal tu. Bab 1 kot. Sapa nak ingat. Haih. Tetapi yang masih menjadi tanda tanya, soalan 6(a). Soalan pasal isu perumahan di Malaysia. Sejak bila pulak Pengajian Am diserap masuk dalam Geo ni? Apabila orang lain sibuk mention pasal harga rumah mahal, aku gunakan term geo dengan menerangkan ramainya penduduk di sesebuah tempat dek kerana tarikan kerja. Senang citer, guna logik akal dalam bahasa Geografi. Memang berharap lulus prinsipal dalam geo ni. Tak larat den nak repeat Geo.

Hari kedua (18 November 2014)

Kertas : Bahasa Melayu
Masa : 1100 - 1300
Tempoh : 2 jam

Soalan 1 objektif dah buat aku pening kepala. Manalah aku hafal pasal Austronesia bagai tu. Nak nak pulak nama tempat. Siap ada arah mata angin lagi. Tak kelako. Lepas tu bila masuk soalan kaitan fonologi, aku rasa semua student terkumat-kamit nak uji lelangit lembut naik ke, udara disekat ke, dan macam-macam lagi bentuk bunyi yang tercipta daripada ayat-ayat. Pengawas pun pelik tengok. Mesti dalam hati fikir, "sian budak-budak ni. Dah gila agaknya mulut kumat-kamit masa menjawab". Untuk soalan petikan rasanya takdalah masalah besar sangat. Kecil-kecilan je. Cuma soalan yang nombor 24 ke kalau tak silap. Memang dari awal-awal lagi aku tak reti sangat nak jawab soalan tu. Hentam jelah. Lebih dari 150 patah perkataan agaknya yang aku tulis masa tu sebab aku nampak agak panjang. Lantak ke dia lah. Soalan terakhir... jeng jeng jeng. Esei sekali lagi! Tengok yang 1st, pasal batik. Tak nak lah. Yang 2nd, pasal subjek Sejarah. Dalam vision, aku nampak isi-isi yang relevan tapi aku tak reti nak menghurai. Dan yang 3rd, pasal perkhidmatan dan produk kecantikan. Terus datang satu visi, Datuk Terlajaaak Lariss! Mulalah menulis pasal kebaikan keburukan ni semua. Bila dah habis tulis, rasa bangga pulak ngan diri sebab jadi duta free kat pemeriksa supaya lariskan segala perkhidmatan rawatan kecantikan dan produk-produk kecantikan ni. Pasni nak mintak komisen ngan diorang sebab aku dah promo produk diorang dalam karangan aku.

Hari ketiga (19 November 2014)

Kertas : Ekonomi
Masa : 0800 -1000
Tempoh : 2 jam

Malam sebelumnya, aku mengaku aku lebih banyak main tenet daripada revise subjek ni. Aku dah hilang fokus hohoh. Asek ingat nak cuti je. Dalam kepala dah fikir nak ajak bapak gi melantak steamboat. Nak baca novel kat library la. Macam-macam yang aku fikir sampaikan aku tak ingat nak baca ekonomi. So bila dah sedar dan ingat realiti sket, aku set jam pukul 4 pagi. Masa tu nak revise part kuantitatif. Takut bab 1 tak masuk. Yang ada bab 2, bab 3+4 dan bab 5 je. Tapi rupanya, jangankan pukul 4, alarm yang selama ni aku set pukul 5.30 pagi pun tak bunyi. Aku tidur mati! Nasib baiklah ada bunyi ringtone henpon bapak aku. Kalau tak, memang tak sedar langsung la aku ni. Masa pengawas exam beritahu boleh belek muka surat, aku terjumpa satu soalan yang agak mirip dengan satu soalan yang pernah aku mintak tunjuk ajar cikgu ekonomi bagaimana nak jawab. Sebijik sama. Harga kopi dan harga teh. Keanjalan permintaan silang. Seronok! Lepas tu aku tengok soalan esei lak. Nak meraung sebab aku memang blank. Then belek ke kuantitatif, sengih lebar nyah! Bab 1 ngan Bab 2! Best friend tu. Gembiranya hati yang telah walang ini. So, aku selesaikan dulu part objektif ngan kuantitatif. Rawat hati dulu. Selesaikan yang mudah-mudah. Tak disangka-sangka, betapa senangnya objektif yang selama ni aku cuma mampu skor 8 daripada 20 soalan. Apa lagi, jawab la dengan senang hati! Then proceed ngan kuantitatif. Okey la. Berbalik ke soalan esei. Serta merta down. Takpa, kita tengok dulu soalan. Eh takdalah susah sangat. Lagipun, awal pagi tu ada jugak berbual pasal soalan macam ni. Tak sangka pulak keluar. Mula-mula aku nak jawab 21, 22, 24 dan 25. Lepas tu aku tengok yang 26 lagi senang dari 25. Sebab yang soalan 25 tu aku tak ingat langsung pasal macam mana nak detect firma perlu tutup operasi. Diagram pun ingat lupa lupa je. Yang nombor 26 mudah giler. Sebab kebetulan ketika sedang berjalan menuju ke dewan, sempat la dengar akak kueh koci share pasal macam mana firma pasaran persaingan bermonopoli mempelbagaikan keluaran. Ngam ngam aku ingat pasal tu. Apa lagi, seronok la! Rasa nak loncat-loncat plak kat situ heheh.

Syukurlah dah berjaya harungi semua subjek yang nampak sikit tetapi mampu mensewelkan aku. Perasan tak masa untuk jawab semua paper tu cuma 2 jam je? Alhamdulillah aku berjaya memperuntukkan masa dengan baik untuk jawab soalan. Cuma adalah certain part yang memang rasa nak tambah lagi setengah jam. Masalah sakit perut yang mengganggu sepanjang peperiksaan tak teruk sangat. Aku nasihat perut aku yang comel ni supaya bersabar. Kalau ya pun nak buang sisa toksik, tunggu aku sampai ke rumah dulu. Jamban sekolah tak best. Air kedekut siot. Lagipun malulah pengawas exam ikut kita gi jamban. Kang mana tau masa ondewe nak gi jamban tu, terkentut pulak + mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, tak ke malu dibuatnya bahahahahahah!

Penat aku menahan diri untuk tak nak ke jamban sepanjang exam sebab masa yang ada untuk berjalan ke jamban tu sebenarnya boleh menampung setengah perenggan karangan tau. Rugilah orang-orang yang gi jamban masa exam. Ketika exam jugak, aku cuma mintak paper pada seorang pengawas perempuan yang aku sifatkan orangnya cukup baik hati dan kelakar. Macam cikgu Audrena. Badan pun macam cikgu Audrena. Yang pengawas lain, muka ketat. Takut aku nak mintak. Cuma ada satu ketika tu, masa tengah busy tulis esei geografi, sorang pengawas exam tanya aku, "senang?" Aku cuma mampu sengih. Bila aku share pasal ni dengan kawan-kawan, diorang cakap, mungkin tu cikgu geo. Sebab tu dia tanya. Mungkin jugak.

Apa-apapun memang betul-betul lega sebab dah tamat dah semester 1. Mudahan semua dapat pointer bagus dan tak perlu susahkan diri untuk repeat paper. Harga satu subjek adalah RM50. Sayang duit bapak aku. Kalau bawak beli makanan, kenyang tu. Beli novel, boleh dapat 2 buah.

Sekian cerita aku yang panjang ni.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian