Fahami aku, plis?

Aku rasa masuk hari ni, dah 3 minggu aku tak jejak kedai. Takde orang paham yang aku ni bosan terperap dalam umah. Kalau aku mintak nak dibawak ke mana-mana, mesti dengar hembusan nafas yang kasar. Nak mintak gi library pun nampak macam sudi tak sudi je nak anta. Last weekend, tu bukan nama diajak keluar. Orang just bawak ke walimah je kot. Yang mana kawasan tu crowded dengan muka manusia yang cuma datang makan dan takda niat lain selain dari tu. Can't people understands my feelings? What I've been for? What did I feel whenever I'm alone? Did anyone realize that? I feel lonely over the things I've done.

He thought, he supply me with both of the tabs, it can loose my boredom. Hell no. I tried many things to kill my loneliness. No can do. Rasa sunyi tetap ada. Tak mampu disingkirkan. Ada makcik, asyik dok pot pet pot pet tanya itu ini. Sebab tu kalau dia ajak makan sama, aku lebih rela berlapar dengar kelentang kelentung bunyi pinggan dari duduk semeja sebab aku tau nanti dia akan tanya benda-benda yang remeh. "Kenapa tak makan sayur?" "Kenapa itu kenapa ni?" Satu pendirian yang aku pegang teguh selama aku hidup ni. Jangan sesekali tanya aku macam-macam soalan. Aku paling tak suka spesis manusia yang asyik bagi banyak tanda soal pada aku. Aku mudah untuk  benci orang.

Kalau aku yang dulu, memang dah berbakul-bakul sumpahan aku bagi. Cuma sekarang aku lebih positif dan tak keluarkan perkataan-perkataan yang boleh tambah beban kat bahu kiri aku. Certain time je boleh jadi macam tu. Kalau aku betul-betul takleh tahan. Aku dalam keadaan yang tersangat marah. Baru perkara negatif tu berlaku.

Saat aku merasa penat dalam hidup suatu ketika dahulu, aku kenang wajah mak. Aku hidup untuk bagi semangat pada mak. Sekarang, aku penat sangat. Tapi tak siapa paham. Mereka bunuh perasaan aku. Aku sunyi. Aku tak perlukan bahu untuk aku mencurah tangisan. Aku tak perlukan telinga untuk aku luahkan semua. Cuma, berikan aku kaki, yang boleh membawa aku keluar. Serahkan tangan kepada aku. Yang boleh menarik aku dari kesepian. Aku tak perlukan mulut untuk bagi aku nasihat.

Tak perlu desak aku. Aku tak suka. Biarkan aku memilih. Selagi itu adalah yang baik untuk aku. Aku hidup untuk diri sendiri. Orang lain tak payah masuk campur dalam hal yang boleh aku selesaikan sendiri. Mereka tak paham apa yang aku lalui untuk dapatkan apa yang aku nak dalam hidup. Cuma aku tak beritahu yang aku bosan ikut telunjuk orang. Sabarkan hati untuk terima je apa yang orang dah aturkan untuk aku.

Jangan fikir aku diam, aku bahagia dengan apa yang aku ada. Aku tak minta apa-apa yang boleh menyebabkan orang keluar duit. Cuma sesekali, fahami aku. Bawa aku bersiar-siar. Ke tempat yang luar dari halaman rumah. Semakin lama aku ditahan dalam rumah ni, aku akan jadi gila. Jangan fikir aku kat rumah ni, aku bahagia. Aku sunyi. Hidup aku bukan macam dulu. Memang aku relaks. Tapi aku penat.

Tolong fahami aku. Aku penat

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak