Kehilangan

Mati itu bila-bila. Mati itu pasti. 70 kali sehari malaikat maut melawat kita. Tapi ada ke yang sedar akan hakikat tersebut? Tiap hari kita just go on dengan rutin harian. Gelak macam orang gila. Buat kerja sampai tangguhkan solat. Siapa sedar malaikat maut melawat? Unless malaikat maut menunjukkan dirinya dalam rupa lembaga hitam. Well, aku faham erti rupa lembaga hitam tu. Arwah mak pernah perincikan rupanya beberapa hari sebelum dia pergi.

Rakan-rakan aku yang lain masih lagi bersedih. Pemergian salah seorang sahabat kami cukup meninggalkan kesan. Macam tak percaya, usia 18 tahun pun dah diambil pergi. Membuktikan bahawa kuasa Tuhan tu amazing dan almost impossible untuk kita percaya. Tapi tak boleh nak salahkan Dia. Sebab itu semua di bawah perancanganNya. Siapa kita nak persoalkan ketentuan tu? Masih ingat tragedi MH17. Salah seorang daripada rakyat Malaysia yang terbunuh akibat nahas tersebut juga merupakan seorang kenalan. Cuma aku hanya tahu dia sekadar di Facebook saja. Arwah Afiif Tambi. Aku kenal sekadar gitu-gitu sahaja. Ada jugak la ex classmates aku yang kenal arwah. So diorang dah alami 2 kehilangan pada tahun ni.

Sedangkan aku? Aku hilang 3 orang tahun ni. Around March or April, abang saudara aku meninggal. Tapi dia seorang OKU. Lepas seminggu warded kat hospital sebab deman tak kebah-kebah, his parent bawak dia ke hospital. Bulan August, my precious one, my mom pulak tinggalkan aku. Without any last word. She closed her eyes forever lepas 5 hours bertarung dengan penyakit. Then bulan November ni, my most mysterious friend of all pulak meninggal.

Sakit menghadapi kehilangan. Penat menasihati diri supaya kekal kuat. Menghadapi kehilangan dan kematian tu perkara biasa sebenarnya. Cuma mental yang kena kuat. Redha. Cuba go on dengan life. Jalani hidup seperti biasa.

There's no need to post everyday kat social media. Just to share your sadness. Sekali dua cukuplah. Kalau selalu sangat buat, menunjukkan yang diri langsung tak redha dengan  kehilangan tu. Buat apa yang kita biasa buat. Tapi jangan sekali-kali lupa untuk doakan orang-orang yang telah pergi. Itu saja.

Tak payah nak tiap hari post gambar lama dengan arwah. Boleh jadi tu boleh menyumbangkan dosa kepada arwah. Kata nak dia aman di sana. Sekali je cukuplah. Tak payah nak copy paste dosa untuk dia. Dia dah selamat di pangkuan Tuhan.

Cuak betul dengan insan-insan yang terlalu meratapi pemergian orang. Berpada-pada sikit boleh tak? Aku tak kisah kalau ada yang nak bash aku sebab post ni. Siapa makan cili, kepedasanlah. Huh

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian