Nak pergi jugak ke?

Merokok. Betul ke merokok boleh buat hilang stress atau dalam bahasa mudahnya, sesuai untuk release tension? Kenapalah orang sekarang ni suka sangat cari maut sendiri. Pegi ambik benda yang pelik-pelik. Macam tengah perhambakan diri pada dunia. Sanggup mati semata-mata untuk benda macam tu.

Aku risau sebenarnya. Bapa aku dah mula ketagih semula dengan rokok. Rasanya dulu, sebelum mak tak ada, tak pulah ketagih macam ni. Mungkin ada kot merokok, tapi tanpa pengetahuan kami. Takut kena ceramah panjang la tu. Sekarang ni, galaknya dia merokok. Tak. Dia tak merokok depan aku. Tapi aku dah ternampak dia merokok. Macam tadi. masih panjang lagi rokok tu. Dia suruh aku pegi beli sarung surat. Aku pegi beli. Tanpa syak apa-apa. Dia tunggu kat bawah je.

Bila dah dapat apa yang perlu, aku turun. Pergi ke kereta. Terang terangan depan mata aku. Elok je rokok tu kat mulut dia. Bila sedar aku dah nak masuk, terus dia campak keluar. Taulah dapat rokok free dari kapal yang keluar masuk pelabuhan tu.

Aku selalu terfikir untuk tengking bapa aku. Tapi bila fikir serasional yang boleh, dia tu bapa aku. Orang yang membesarkan aku dari kecik sampai sekarang. Serius aku betul-betul nak ajak dia bincang pasal ni. Tapi aku rasa macam tak mampu nak luahkan. Banyak yang aku nak cakap dengan dia tapi aku tak mampu. Betul-betul tak mampu.

Rasa nak ajak seseorang untuk bersubahat dengan aku. Mak cik tu. Mungkin mak cik tu adalah target yang sesuai. Bagi link blog dengan dia. Pastu suruh mak cik tu forward kat bapa. Then bila bapa buka blog aku ni, sure dia terjumpa. Tapi macam mana nak kamceng ngan mak cik tu.

Ataupun, masa otw ke sekolah, bentangkan permasalahan ni. Kasi ayat yang paling makan dalam punya. Yang betul-betul boleh tinggalkan kesan yang mendalam. Menusuk jantung tepat pada tempatnya. Tapi, boleh ke? Ntah-ntah dia tak ambik port pun. Buat derk tak kisah. Tapi belum try belum tau kan?

Aku ada gak terpikir beberapa ayat makan dalam ni. Mungkin sesuai.

"Bapak ni nak mati cepat ke? Asek merokok je." <-- macam kasar.

"Ada plan nak tinggalkan aku kat dunia ni? Suruh aku survive sorang-sorang?" <-- macam tak berapa nak jalan.

"Bapak rasa, saudara mara kita tu sanggup tak jaga aku sampai bila-bila? Sebab nampaknya bapak plan nak mati cepat," <-- macam yang pertama tadi.

------

Ataupun. Yang ni mungkin boleh jalan.

"Kalau aku tau gini jadinya lepas mak tak de, baik aku ikut menimbuskan diri dalam tanah sama-sama dengan mak dulu. Ada bapak, bukan pernah nak pikir pasal kebaikan. Asyik dengan asap kepul-kepul. Lepas tu buat-buat macam orang tak merokok depan anak. Walhal belakang anak, asap rokok dah macam serombong kapal. Ingat anak nak anggap bapa tu malaikat ke? Malaikat baik. Tak menipu. Bapak bukan malaikat. Memang dalam hal lain bapak ni baik. Tapi, kalau bab nak jaga kesihatan sendiri ni, bapak yang paling teruk. Dah tau diri sendiri tu pernah strok, nak juga pi main asap kepul-kepul. Nasib baik strok tu boleh ubat. Kalau angin ahmar? Bukan nak doa yang jahat-jahat. Tapi ni semua demi kebaikan dan kesihatan bapak sendiri. Mak dah mati, bapak pun nak join jugak? Abis tu, sapa nak teman aku masa hari jubah bila aku dah graduate nanti? Aku nak ambik gambar dengan sape? Bilanya masa aku boleh belanja orang tau sendiri kalau bapa pun nak tinggalkan aku? Suka sangat nak suruh orang lain jaga aku. Ingat kalau aku temui kegagalan nanti, orang akan tanggung aku? Haram dia cakap dia nak. Kalau dah tak sayang aku, cakap terang-terang. Aku akan pergi. Orang dah tak nak, buat apa nak hegeh hegeh menyendeng kat sebelah."

Tak sangka aku ni boleh jadi scriptwriter. Nanti aku pi bubuh ayat ni. Mesti jalan benda ni. Mudah mudahan.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian