Tips Akak

Haih bosan pulak aku cuti ni. Nampak cam lifeless pulak. Waktu bosan bosan gini pulak aku teringatkan pasal exam hari tu. Memang berharap betul tak perlu repeat.

Alang-alang aku ada idea pasal nak bagik tips ni, aku nak share pasal tips sebelum peperiksaan.

Bagi korang-korang yang macam aku ni, yang suka sangat study last minit, jangan risau. Ada cara supaya korang tak rasa macam masa semakin mencemburui.

1) Tumpukan pada satu bahan bagi setiap subjek. Maksudnya, walaupun korang beli 5 guni buku latihan/rujukan bagi setiap subjek, pilih yang paling jimat masa untuk baca. Yang paling tak banyak explanation. Selalunya nota dari cikgu la yang simple-simple tu. Sesetengah orang, macam aku, mula-mula semangat nak baca buku-buku yang ada expalanation banyak sebab nanti boleh bagi jawapan terbaik masa menjawab nanti. Percayalah, tak sampai 10 minit, korang yang seperti aku konfem campak je buku tu nanti sebab bikin stress ja. Kalau nak baca yang panjang-panjang macam tu boleh, tapi pastikan baca pada waktu pagi. Kira-kira sebelum waktu Subuh la. Dalam pukul 4 pagi gitu. Masa tu otak fresh lagi. Suci murni.

2) Banyakkan latihan. Cuba kaji dulu mana bahagian dalam paper yang korang rasa boleh skor cantek punya. Kalau objektif, tumpukan pada objektof. Kalau yang terer esei, tererkan yang esei dulu. Macam aku, yang pakar menembak ni, memang aku cari yang esei dululah. Masa menjawab pun, aku belek yang esei dulu. Kalau ada macam key point utama yang melintas, aku catat dulu. Tapi aku buat nanti,sebab esei ni makan masa. Buat mana yang boleh. Latihan ni takleh buat macam melepaskan batuk aje. Malas nak buat, kau pegi tiru je jawapan belakang. Takpun, campak tepi lepas tu pegi main tenet.

3) Kurangkan main social media ketika musim exam. Ni penyakit orang sekarang. Semua nak inform kat social media. Done study. Done reading. Done watever. Sebenarnya tak done lagi tu. Mengada je lebih. Kalau rasa dah abis study pun, cuba refleks diri. Mana tau kot kot yang kata done study pa kejadah suma tu, ada yang tertinggal. Yang kaki social media ni, musim exam tutup mobile data. Wifi kat umah jangan menggatal pegi on. Jangan bagi alasan, blaja ngan kawan-kawan kat Facebook la, grup wechat la, twitter la konon-konon tukar-tukar soalan jawapan. Percayalah. Memang ada yang menyimpang dari niat asal. Macam aku, sanggup aku leave grup ngan kengkawan zaman form 5 dulu sebab aku tau, kalau aku join diorang tu berborak, alamatnya kosong la kertas jawapan aku. Kalau yang ada stok mak ayah garang tahap petala, bagi diorang gajet-gajet tu suma. Macam aku, aku tak bagi bapak aku. Cuma aku tak bawak je tab masuk bilik. So aku fokus je ngan study walaupun kadang-kala aku terjumpa pelbagai khazanah menarik kat bilik aku wahahahahah.

4) Jangan tidur petang masa musim exam. Mudah je. Kalau ngko tido petang, konfem malam takleh tido. Esoknya, masuk dewan dok menguap aje. Mengantuk tahap petala. Sapa suruh kau tido petang. Walau macam mana penat pun lepas abis paper, jangan tidur. Malam ada lagi kot kalau kau nak tidur puas-puas.

5) Toksah tido lewat. Ni lagi satu poblem, dah tau diri tu blaja last minit, mula la tido lewat-lewat. Pukul 12 tengah malam baru tido. Kadang tak tido langsung. Tidur tu penting. Kalau tak abis baca pun, takpa. Sambung esok pagi je. Sebab biasanya yang slalu study last minit ni jenis yang otak sponge. Paham tak otak sponge? Ala yang dengar je suma explanation cikgu. Tapi kat umah dia tak buat revision. Dia buat benda lain. Fokus homework ke, dok layan tenet sepanjang malam ke. Dah nak exam, baru kecoh nak blaja. Ni lah salah satu kelebihan aku yang terburuk. Suka sangat pakai tips otak sponge ni. Dengar je apa cikgu cakap. Tapi kat umah, watlek watpis je. Elok je kangkang dok depan teevee. Musim exam baru la stres kononnya.

6) Jangan meluah perasaan kat kawan-kawan sebelum masuk dewan. Tau tak, korang dok cakap, "I tak ready lagi", "I tak abes baca lagi", dan watsoever luahan waktu pagi korang, itu sebenarnya membunuh azam korang untuk buat the best dalam exam. Just diam je. Cakap bila perlu. Tanya bila tak tau. Pagi tu, mana yang rasa tak complete lagi or firasat kata macam-macam, fokus je tu semua. Kalau boleh, elakkan tempat yang bingit. Lagi-lagi dengan kawan-kawan yang kaki berbual ntah apa apa tu.

7) Jangan makan benda-benda yang tak pernah korang makan masa musim exam. Kalau sebelum ni tak reti makan sambal pedas, toksah mengada mengidam konon nak makan masa musim-musim exam. Dibuatnya sakit perut memulas-mulas. Padan muka. Jangan makan ekot sesuka hati. Semua nak cuba lepas tu sakit perut mengamuk tak tentu pasal watdehelisdis. Bangang sendiri tanggung ler.

8) Paling penting, jangan lupa doa. Harap lulus dengan warna terbilang (flying colors).

Tu je. Tips dari akak yang marhaen.

Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak