UPSR hari ini

Adek-adek darjah 6 hari ni dengar khabar dah dapat result korang ye. Takpelah, akak hari ni hati ada sikit punya baik nak kasi nasihat yang tak seberapa. Akak nak trobek kisah akak ambik UPSR dulu. Akak dulu, mak punyalah push akak supaya jadi the best tapi akak tak mampu. UPSR pun akak dapat 2A3B je. Mak akak masa tu, tak marah tapi sindiran pedas doh untuk level budak umur 12 tahun. Koman-koman pun, akak dapat jugak proceed skolah. Toksah meraung kalau tak dapat stret A's.

Takyah tunjuk mata merah tu. Awak berjaya ke, tak berjaya ke, sama je. Hidup perlu diteruskan. Tak kisah la masuk asrama penuh ke, skolah biasa ke, sukatan pelajaran sama je.

Yang mak ayah mana anak dapat keputusan bagus, ni saya sebagai muda belia nak cakap sikit walaupun suara anak muda belia ni selalunya bak angin sepoi sepoi bahasa je. Anak tuan puan yang dapat 5A tu, takyah puji sangat. Cukup ucap congrats. Takyah offer Mini Cooper ke apa kat dia. Benda tu masa lain boleh beli. Cuma kasi nasihat kat anak, UPSR ni level budak je. Ada banyak lagi yang kena ditempuh suatu masa nanti. Kalau kantoi SPM pun tak guna jugak. Tok sah nak bagi anak tu naik lemak. Ajar dia soal hidup. Jangan nak kasi manja sangat.

Ni aku tengok mak ayah sekarang, anak dapat 5A terus pandang rendah anak orang yang tak dapat stret A. Anak orang tu dah usaha, cuma rezeki dia dapat itu aje. Kalau anak awak tu tak usaha, tak jugak dia dapat 5A. Mak ayah yang mana anak tak dapat stret A, jangan kasi dia down. Cakap kat dia, nanti exam PT3 ngan SPM buat lagi baik dari ni. Kasi dia semangat untuk kekal berusaha. Kalau usaha baik, hasil pun baik.

Adek-adek, akak ni bukan nak kasi korang patah semangat ke apa. Akak paham semua tu dan akak dahpun laluinya 7 tahun yang lalu. Akak tak dapat stret A jugak. Usaha dah ada. Rezeki tak menyebelahi kat sana. Tapi Tuhan kurniakan akak mak bapak yang tak pernah nak kasi anak down semangat. Diorang tetap jugak sekolahkan akak walaupun akak tak dapat keputusan bagus. Rezeki tu kat mana-mana je. Antara kita sedar dengan tak je.

So adek, toksah sedih takleh skor A dalam BM. Kau tak pernah dengar lagikan orang bersyair masa tengah dalam pembentangan? Tak skor A lam English pun takpe. Koman-koman kau lagi terer dari Mat Mat saleh belah France sana tu. Math tak A apa kisah? Kalkulator bersepah tau. Pakai je. So nampak tak? Tak dapat yang baik pun, takpe. Alternatif kan ada?  

So adek-adek, enjoy je cuti korang. Sebulan je lagi cuti ni. Akak pun paham sebab akak ni pun budak skolah jugak.

P/s : tapi kalau bagi peluang aku ulang semula UPSR ni, aku kasi cantekla result tu. Lagipun aku dah tau banyak so, semua tu celah gigi je. Hahah

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian