Posts

Showing posts from December, 2014

Life Seorang Mimi

Mimi. Nama sebenar beliau ialah Nurul Amalina. Sebab dia lahir bulan Mei, sebab tu nama dia Mimi. Hahah. Mimi atau aku panggil dia sebagai Kaka Mimi ni berusia 21 tahun. Sekarang belajar sambil kerja di Kota Kinabalu. Boleh dikatakan kerja dia ni tukang fix line tenet seluruh KK tu. Ntah ler, I pun tak paham hahah.Sepanjang 3 hari aku kat KK dan dia boleh dikatakan sebagai babysitter buat aku. Sepanjang tempoh tu jugaklah aku mengenal gaya hidup dia sepanjang jauh dari mak ayah dia. Mula-mula dari masa naik bas dari Sipitang ke KK, dia online segala social media dulu. Dah kat kawasan Kimanis, wah berdengkur dah akak aku yang sorang ni. Nak gelak pun tak sampai hati. Hahah. Dah sampai kat Pusat Bandar KK, kami kena naik bas berhenti-henti. Akak aku ni sebenarnya lagi suka naik City Bus yang ada ekon. Tapi takde pulak yang dia nak tu. Kebetulan pulak kat situ, van je yang ada. Abam-abam yang kata akak aku banyak datang dari Tawau dan Sandakan suka sangat mengusik. Bukan akulah yang kena…

Kampung Girl

Akhirnya, impian nak balik kampung pun tercapai. Alhamdulillah. Ingatkan merancang aje, jadinya tidak. Rupanya, balik jugak aku. Hahah seronok giler. Tikam belakang moment awal pagi kecoh nak berkemas itu ini. Bapak kata, bawak sikit je baju. Hari isnin balik. Sebabnya kami balik Lawas mengejut ni bukan apa, sebab ada kenduri tahlil kat sini. Bukan ke mak aku pun termasuk dalam senarai arwah sekarang ni? So, lain pulak rasanya kalau tak balik. Punyalah kecoh aku awal pagi Jumaat tu. Baru je nak elok lelap mata, tiba- tiba bapak aku kejutkan, "bangun! Kita balik kampung hari ni!". Geramnya aku. Kenapalah tak cakap awal-awal. Tak ingat langsung nak cuci muka, terus pecut cari beg. Packing terus. Kalau baju untuk bapak aku, tak kisah sangat. Bawak je 3 helai. Macam aku ni, perempuan kot. Mana nak bawak tudung lagi, t shirt, baju kecik, seluar kecik, track pants lagi. Nak sikitkan barang tu punya susah. Perempuan kan susah memilih hahah. Bawak jelah. Kalau tak cukup jugak, beli …

Moneyh moneyh!

Akhirnya, aku diberi kepercayaan untuk ada ATM card yang selama ni aku acah-acah je letak dalam purse walaupun sebenonya bukan aku yang punya wakakakakak! Bukan main lagi ATM Bank Muamalat, Maybank ngan BSN dalam purse aku. Tu bapak aku saja nak tumpang letak kad sebab aku pakai purse yang panjang. Selamat sikit katanya. Kalau dulu, mak aku yang simpan. Sekarang ni, mandat tu turun kat aku. Pandai. Beberapa minggu yang lepas, datang satu envelope besar. Urusan Seri Paduka Baginda pampang beso kat depan. Aku pun pelik la. Bila masa aku ada berbakti kepada bangsa sampai boleh dapat envelope ni? Ok tak kelakar. Bukak je envelope, la PTPTN. Masa baca benda yang tertulis kat surat tu, satu benda pun aku tak paham. Dia pakai bahasa dewasa sangat. Aku ni budak lagi (uhuk). Aku suruh bapak aku je yang baca. Satu benda je aku paham masa tu. Dia bagi sekeping cek yang beramaun RM1500. Itu je. Hahah.So hari ni, niat nak letak la duit free yang boleh dikatakan turun dari langit kat bank CIMB. Keb…

Would like to prepare something, but...

Inilah kali pertama dalam hidup aku langsung tak tau apa benda nak prepare sebelum buka sekolah. Sama ada pegi beli kain uniform sekolah atau tengok-tengok kain untuk buat baju kurung. Tunggu pengumuman kat page sekolah kat FB punyalah lama. Hari tu masa perjumpaan nak bagi slip tempat duduk, cikgu Doraemon yang selia Form 6 tu cakap, mungkin next year form 6 dah boleh pakai baju formal. Masa tu, ramai yang lega sebab tak payah pakai uniform skolah. Sekarang ni, banyak dah spekulasi. Lepas Majlis Perwakilan Pelajar, baru tentukan nak pakai baju formal ke tak. Proses MPP tu ingat nak makan masa sehari dua je? Mana nak pergi cari calon, tempoh berkempen lagi dan apa-apa ntah lagi proses MPP yang aku rasa lagi rumit dari PRU. Spekulasi yang lain pulak kata, bulan pertama pakai uniform skolah, lepas tu  barulah pakai baju formal. Heyyy! Tolonglah. Siapapun akan marah tau. Ingat aku tak da bapak yang risau pasal anak nak skolah taun depan? Pihak pentadbiran ambik ringan pasal hal ni. Kalau…

"Keyboard Warrior"Kah Aku?

Aku tak taulah kenapa sekarang ni aku minat betul letak komen dekat page. Dulu, aku komen dekat page yang racist pasal rakyat Sabah Sarawak. Masa tu bengang jugaklah. Sebab tu aku dengan rendah hatinya meletakkan komen yang boleh dikatakan sesiapa yang terasa memang terbakar dengan ayat aku. Tapi percayalah, aku langsung tak guna kata-kata kesat. Aku bagi perkataan yang manis bunyinya tapi pedas maksudnya. Lagipun aku dah tak pandai nak guna kata-kata kesat. Rasanya dah lama lidah aku tak guna semua tu. Since Form 4 kalau tak silap. Sekarang ni, cer tengok TV3. Yang selalu pukul 7 malam tu. Alah, Bila Hati Berbicara. Aku percaya cerita tu tak mendapat sambutan hangat. Kalaulah cerita tu trending, memang aku tak paham celah mana cerita tu best sangat. Cerita tu, satu level je lagi nak sama ngan cita indon. MJATS lagi best. Aku langsung tak berkenan dengan BHB. Heroin kaku, watak antagonis ntah apa-apa, sudut islamik boleh dikatakan tak nampak. Mengapa cerita macam tu dijadikan drama? K…