Kampung Girl

Akhirnya, impian nak balik kampung pun tercapai. Alhamdulillah. Ingatkan merancang aje, jadinya tidak. Rupanya, balik jugak aku. Hahah seronok giler. Tikam belakang moment awal pagi kecoh nak berkemas itu ini. Bapak kata, bawak sikit je baju. Hari isnin balik. Sebabnya kami balik Lawas mengejut ni bukan apa, sebab ada kenduri tahlil kat sini. Bukan ke mak aku pun termasuk dalam senarai arwah sekarang ni? So, lain pulak rasanya kalau tak balik.

Punyalah kecoh aku awal pagi Jumaat tu. Baru je nak elok lelap mata, tiba- tiba bapak aku kejutkan, "bangun! Kita balik kampung hari ni!". Geramnya aku. Kenapalah tak cakap awal-awal. Tak ingat langsung nak cuci muka, terus pecut cari beg. Packing terus. Kalau baju untuk bapak aku, tak kisah sangat. Bawak je 3 helai. Macam aku ni, perempuan kot. Mana nak bawak tudung lagi, t shirt, baju kecik, seluar kecik, track pants lagi. Nak sikitkan barang tu punya susah. Perempuan kan susah memilih hahah. Bawak jelah. Kalau tak cukup jugak, beli jelah kat mana-mana.

Dah kat bus station, barulah bapak aku sebut, dia akan balik hari Isnin. Aku pulak, ikut suka hati nak stay berapa lama kat Lawas. Hamboi. Kenapa tak cakap awal-awal. Geram pulak hati kita ni. Kami bertolak dari Bintulu pukul 1.45 tengah hari. Pergi ke Miri pakai bas je. Tiket pun murah. Gasaklah. Janji sampai. Pukul 5 petang baru sampai Miri. Aku tak merasa pun tidur dalam bas. Asyik melantun-lantun je bontot. Turun dari bas, aku rasa lemak dalam badan aku berkurangan hahah.

Nasib baik ada pak cik kat Miri. Tolong carikan hotel bajet. Strategik betul. Kat bawah tu ada KFC. Heheh aku suka. Tapi masalahnya, aku langsung takleh tidur kat hotel tu. Ekon tu takde rasa langsung. Terlelap kejap, pastu terbuka lagi mata. Halahhhh. Lepas tu, rasanya baru je aku nak lelap balik, penggera dah bunyi pukul 0430 pagi. Sakitnya hati. Bapak aku je elok berdengkur sepanjang malam. Aku langsung tak merasa nikmat tidur. Dahlah dalam bas pun aku tak tidur. Penat la. Lepas je mandi suma, bapak ajak turun. Breakfast kat KFC aje. Hahah. Pekena milo KFC. Sedap jugak tu hahah. Ngan wings KFC yang set 4 ketul tu. Sorang 2 ketul la. Masa kat KFC tu jugak la aku rasa punya banyak dosa aku buat. Sebab duk mengutuk kupu-kupu malam yang dok elok layan pelanggan dia. Cium-cium pipilah, lentok-lentok la. Berbulu mata. Nak elak dari tengok pun takleh. Dah diorang je yang ada masa tu. Sabo sabo.

Pukul 0530, gerak terus ke airport Miri. Cari tiket nak balik Lawas. Cari-cari yang Miri-Lawas, banyak lagi stand by passenger. Pesawat Miri-Lawas bukan yang hok Airbus tu. Twin Otter je. Paling kecik. Pekak dalam tu. FA pun takde dalam tu. Sebab malas nak tunggu, so cari yang Miri-Limbang je. Alhamdulillah ada. Tiket harga RM184 per passenger. Mahal pergh! Nasib baik rezeki lebih bulan ni. Dapat je tanggung tiket untuk 2 orang. Lepas tu, dah bersedia duduk dalam flight. Tinggal nak terbang je lagi. Tetiba pilot kata, kena tunggu 30 minit lagi. Cuaca kat Limbang tak berapa elok. Hujan dan tak nampak landasan. Aku rasa penumpang tunggu hampir sejam. Punya lama. Masa tu jugak aku nak kencing. Bapak aku pun rasa nak terkucil jugak. So naik balik. Tapi dah naik atas, tak tau pulak jamban kat celah mana. Turun jelah. Ngam-ngam turun tu, penumpang yang sama pesawat ngan kami dah bergerak ke pesawat. Eh, nasib baik tak teruskan jugak niat nak kencing tu. Kalau tak, mungkin aku ngan bapak dah ketinggalan pesawat. Alhamdulillah! Syukur!

Dalam pesawat, aku dok tenung abang pramugara. Hahah. Hensem tau. Masa nak berlepas tu, aku pelik la kenapa pesawat ni dok main u turn pulak dia. Oh, ada pesawat Air Asia pun bersedia nak terbang jugak. Okey, okey. Paham dah. Lama dah tak naik pesawat ni. Last naik pesawat masa 2010. Yang naik pesawat pekak tu. Tak nak aku naik pesawat tu lagi. Masa kat langit, rasa nak pegang je awan. Cantik sangat. Daratan pun nampak macam permainan je. Ala-ala replika perumahan tu. Aku nampak sungai pun cantik je dari atas. Memang aku kagum sangat dengan ciptaan Allah. Rasa nak nyanyi lagu Yuna je. Langit. I can see the sky~ Heheh. Kat Limbang nanti, ada pakcik belah mak datang ambik. Nasib baik bapak aku panjang akal nak bawak pasport. Kalau landing kat Limbang, nak gi Lawas guna jalan darat, pasport adalah wajib. Nak masuk ke Brunei lagi.

Kat dalam pesawat, abang FA bagi kekacang ngan air soya. Mekasih banyak-banyak. Nak nak kita yang tengah kehausan ni. Dok tengok wayang ciptaan Allah. Sambil-sambil tu tengok tv kat pesawat. Aku memang ketawa dalam pesawat tu sebab minah yang cerita pasal keselamatan dalam pesawat tu buat lawak pulak dalam serius dia. Antara yang aku rasa agak kelakar tu, "kami tahu anda sangat menyayangi telefon bimbit anda, namun untuk keselamatan, sila matikan." Lagi satu, kalau-kalau ada kecemasan, "jika anda memakai kasut tumit tinggi, sila tanggalkan walaupun ia mahal untuk keselamatan ketika menyelamatkan diri." Gelak aku dengar pasal tu. Abang FA pun senyum je tengok aku ngan bapak gelak pasal tu. Tapi sedih la, tempat duduk jauh dari tempat Abang FA2 duduk. Seat aku 11F. Kat belakang.

Masa berlepas tu, aku suka cara landing pilot. Takde bunyi "bum". Kalau dulu, ada. Itu yang buat tekanan darah aku tinggi. Neves I. Masa kat airport Limbang, aku terus cari tandas. Lama aku tahan kencing ni. Dari Miri kehkeh. Kat airport, duduk jap. Pak cik pun belum datang lagi. 0830 rasanya jam masa tu. Pukul 0900 dah kat kawasan Temburong, Brunei. Dok queue nak cop pasport. Orang Brunei pun ramai masa tu. Kan hari Jumaat rakyat Brunei cuti. So, orang Brunei pun shopping la kat Malaysia. Duit dia RB100, tukar ke duit kita, dah RM300++. Untung diorang. Sebab tu sekarang ni fesyen tudung Brunei pun macam orang Malaysia. Yang tudung ala-ala mak cik tu. Main masuk je. Tak yah dok lipat tepi lagi. Sonang je.

Pukul 1100 rasanya, baru sampai rumah nenek kat Merapok ni. Penatnya. Pak cik bawak kereta macam pelesit. Dahlah jalan tak rata. Lagilah lemak aku turun banyak. Kalau hari-hari macam ni, boleh slim aku. Hahah. Seronoknya dapat hidu udara segar kat kampung yang masih lagi demgan kehijauan. Kenduri tahlil pukul 1600 petang. Mula-mula ingat nak tolong mak cik-mak cik kat dapur. Tapi diorang suruh aku berehat. Aku pun akur. Tidur. Pukul 1400 tengah hari baru aku bangun. Seronoknya tidur masyaAllah! Segar betul. Dapat refill balik tidur yang tak cukup tu. Pukul 1600 petang, stat la event. Akak sedara fresh dari KK pun datang. Dengar aku datang, dia pun balik. Pandai akak ni. Elok le. Ada kawan. Baru ingat nak ganggu kucing nenek sedara kat seberang rumah hahah. Si hitam bulu kembang tu. Sepupu yang senasib dengan aku ngan akak sorang ni, hampir tiap hari dia ada kat sini. Dia kat Brunei sana tu. Sama-sama anak tunggal. Kalau kita 3 orang keluar sama-sama, orang ingat adik beradik. Tapi konfem orang akan anggap aku yang sulung sebab aku yang paling nampak tua. Pakaian aku kan selamba je. Lain la ngan akak tu. Dia kemain lagi melawa. Hahah. Yang bongsu, lelaki. Umur 12 tahun. Tapi badan macam darjah 4. Kecik dan kurus. Tapi manja. Asyik mengekor aku je. Ajak main game lah, lawan sapa paling tinggi markah. Saja kau nak seksa akak kau ni kan? Hahah.

Minggu depan insyaAllah, aku ke KK. Wheeee! Seronoknya! Lagi-lagi sekarang ni, dah sah yang Form 6 SMK Bandar dah pakai baju formal next year. Pemakaian jubah dibenarkan. Muslimah boleh pakai seluar dan baju lengan panjang. Yang ala-ala kemeja tu. Aku dah rancang nak borong tudung ngan jubah. Tapi bapak aku pesan tadi sebelum dia balik Bintulu, "jimat duit!". Wah, amaran keras tu. Sabar jelah. Okey bapak, I hope I dont boros berbelanja.

Maka, sekianlah post panjang ni. Aku nak layan akak aku ni hah. Sibuk sangat suruh aku install Clash Of Clans. Dulu dah main la COC ni. Tapi aku uninstall. Sebab masa tu aku sibuk sangat ngan kerja rumah dan jugak nak update Hay Day. So aku pilih untuk buang COC. Kehkeh. Ok nanti, ada cerita aku letak kat sini. Bai. Mekasih sebab sudi layan post panjang ni.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian