Life Seorang Mimi

Mimi. Nama sebenar beliau ialah Nurul Amalina. Sebab dia lahir bulan Mei, sebab tu nama dia Mimi. Hahah. Mimi atau aku panggil dia sebagai Kaka Mimi ni berusia 21 tahun. Sekarang belajar sambil kerja di Kota Kinabalu. Boleh dikatakan kerja dia ni tukang fix line tenet seluruh KK tu. Ntah ler, I pun tak paham hahah.

Sepanjang 3 hari aku kat KK dan dia boleh dikatakan sebagai babysitter buat aku. Sepanjang tempoh tu jugaklah aku mengenal gaya hidup dia sepanjang jauh dari mak ayah dia. Mula-mula dari masa naik bas dari Sipitang ke KK, dia online segala social media dulu. Dah kat kawasan Kimanis, wah berdengkur dah akak aku yang sorang ni. Nak gelak pun tak sampai hati. Hahah.

Dah sampai kat Pusat Bandar KK, kami kena naik bas berhenti-henti. Akak aku ni sebenarnya lagi suka naik City Bus yang ada ekon. Tapi takde pulak yang dia nak tu. Kebetulan pulak kat situ, van je yang ada. Abam-abam yang kata akak aku banyak datang dari Tawau dan Sandakan suka sangat mengusik. Bukan akulah yang kena. Sebab akak aku ni boleh tahan lawanya. "Eh tu cewek mau pigi mana tu? Naik ni van bah cewek!" Antara percakapan diorang yang aku ingat. Lagi satu, "Ke mana ka kita? Ke dalam hati ku..." pastu dia gelak yang kedengaran sangat menjengkelkan dalam bagi aku.

Akhirnya, kami naik van aje. Tambang RM2 je sorang. Walaupun jauhnya tu boleh tahan. Aku dok depan sebelah driver van, akak dok blakang. Punyalah seronok aku tengok Teluk Likas yang airnya nampak kebiru-biruan. Lawa gila beb!!!! Pastu kalau kira-kira aku nak redah je air tu, belum lemas lagi. Walaupun dah kira kat tengah-tengah tu. Dah boleh kira paras pinggang pun boleh rilek je jalan. Kalau kat Tanjung Batu tu, dah lama parent buat kenduri tahlil keh keh keh.

Dengan gaya backpacker, sibuk bawak beg penuh ngan baju terus ke 1Borneo. Aku tak letih lagi tu walaupun perjalanan dari Sipitang ke KK boleh dikatakan lama, tapi aku langsung tak rasa once aku masuk ke 1Borneo hahah. Macam-macam kedai kami masuk. Tapi belum beli lagi la sebab akak janji nanti pukul 5 petang turun lagi. Just survey je mana-mana yang rasa nak beli. Kedai first masuk of course nak makan dulu. Masuk Chicken Rice Shop. Selalu tengok iklan, lepas rasa dia punya nasi ayam, masyaAllah! Sedap giler uollsss.

Pastu kami jalan-jalan sekeliling 1Borneo. Banyak kedai yang menarik perhatian aku. Kedai Kaison merupakan salah satunya. Masa masuk kat kedai tu, mata aku dah tertangkap pada macam-macam barang. Comel-comel je barang dalam kedai tu. Aku rembat buku nota kecik, tag untuk letak kat bag skolah, sepit comel-comel untuk letak nota ngan fancy tape. Syukur la aku bukan pencinta teddy bear. Kalau tak, agaknya aku dah bawak balik 5 teddy bear yang paling comel pernah aku tengok hahah! Banyak barang yang cantik dan comel dalam kedai tu. Tapi sayangnya, aku menetap di Bintulu dan bukan di Kota Kinabalu. Takleh nak angkut banyak sangat barang. Nanti excess luggage hahah.

Satu lagi kedai yang boleh buat mata aku terbeliak besar. Daiso. Barangan dalam kedai ni datang dari Jepun dan Korea. Tapi bukan tu yang boleh membuat aku kagum. Aku sangat-sangat kagum bila tau barang kat kedai tu semua berharga RM5 sahaja! Wowowowo! Gilalah camni. Dari sekecik-kecik barang ke sebesar-besar barang, semua cuma RM5 je! Banyak yang comel-comel dan cantik-cantik. MasyaAllah tak tergambar dek kata-katalah.

Sebenarnya banyak kedai yang aku lalu dalam 1B tu. Cuma tak larat nak masuk setiap satu. Seminggu pun tak abis tau pusing satu 1B. Setiap tingkat ada 3 penjuru. Belum aku cita pasal Suria Sabah lagi. Yang tu lagi banyak hahah. Suria Sabah sumbat dalam post lain key?

Kami balik pada pukul 3.30 petang. Betul kata akak, tak rasa dah lama dalam 1B. Mana taknya, aktiviti lagha je dalam tu. Gelak-gelak, usik-usik, gedebak gedebuk dah petang. Sekali lagi, naik van. Ke UA. Bukan. Bukan UAI Ustaz Azhar Idrus. UA tu University Apartment. Satu kawasan apartment yang tak semua student je duduk. Ada je orang bekerja tinggal kat situ. Rumah akak kat blok W. Jauh. Penat jalan. Masa tengah jalan nak balik ke rumah jugak ler hujan. Nasib baik tak demam. Tapi yang bangangnya, dah tau hujan masih jugak jalan slow. Masa tu barulah aku rasa sakit kaki. Mana taknya, asyik gunakan kaki je. Jalan sana-sini. Masa eksaited memang la tak rasa apa-apa. Nasiblah rumah akak kat bawah je. Kalau tak, maunya aku meleleh kat tangga tu jugak ngeh ngeh.

Masuk rumah akak kat UA, just nice untuk bujang-bujang. Diorang serumah tu ada 8 orang kalau tak silap. Ntah aku pun lupa dah. Ada yang study, ada yang dah kerja. Tapi diorang saling tak ambik kisah pasal masing-masing. Akak pun rilek je aku tengok.

Sepanjang 3 hari aku kat KK, aku seronok. Cuma adala hajat yang tak kesampaian. Nak tengok filem Manisnya Cinta di Cappadocia! Huhuhu~ Takpelah, aku tunggu je disc. Sepanjang 3 hari kat sana jugak, aku kenal Kaka Mimi dari sudut yang lain. Nampak dua-dua side. Positif dan negatif. Takyah la aku letak kat sini. Rahsia. Syyyhhh. Hahah. Post kali ni aku letak sikit je. Nanti aku tulis dengan lebih detail pengalaman aku kat sana. Bai!


Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak