Moneyh moneyh!

Akhirnya, aku diberi kepercayaan untuk ada ATM card yang selama ni aku acah-acah je letak dalam purse walaupun sebenonya bukan aku yang punya wakakakakak! Bukan main lagi ATM Bank Muamalat, Maybank ngan BSN dalam purse aku. Tu bapak aku saja nak tumpang letak kad sebab aku pakai purse yang panjang. Selamat sikit katanya. Kalau dulu, mak aku yang simpan. Sekarang ni, mandat tu turun kat aku. Pandai.

Beberapa minggu yang lepas, datang satu envelope besar. Urusan Seri Paduka Baginda pampang beso kat depan. Aku pun pelik la. Bila masa aku ada berbakti kepada bangsa sampai boleh dapat envelope ni? Ok tak kelakar. Bukak je envelope, la PTPTN. Masa baca benda yang tertulis kat surat tu, satu benda pun aku tak paham. Dia pakai bahasa dewasa sangat. Aku ni budak lagi (uhuk). Aku suruh bapak aku je yang baca. Satu benda je aku paham masa tu. Dia bagi sekeping cek yang beramaun RM1500. Itu je. Hahah.

So hari ni, niat nak letak la duit free yang boleh dikatakan turun dari langit kat bank CIMB. Kebetulan pulak, aku ada akaun dalam tu yang aku kongsi dengan mak aku dulu. Sebaik je aku ni dah cecah 18 tahun, akaun tu kena aku sendiri yang pegang. Kena tukar buku dan ntah apa-apa lagi yang aku tarak paham langsung. Tak boleh pulak nak letak dalam akaun tu. Prosedur yang diperlukan agak lama. So, uncle tu kata, baik bukak buku kat bank lain. Kat sini dah ramai sangat user sampai proses makin lama. Kebetulan, uncle tu sebenarnya kira sedara aku jugak hahah. Bagus-bagus so takdelah isu main pas pas kat pegawai lain.

Jadi, sekarang ni, alhamdulillah rezeki Allah nak bagi sebelum bukak sekolah ni. Boleh la beli peralatan yang perlu. Aku rasa, tak adalah yang nak dibeli sangat. Setakat pen, stok pemadam apa semua, stokin 2 3 pasang. Kasut lama ada lagi. Elok je belum aku koyakkan hahah. Baju je isu sekarang ni. Uniform ke baju formal. Nak aku tendang jugak pihak pentadbiran ni. Lambat sangat nak buat keputusannya.

Lepas beli peralatan sekolah tu, ada lebih lagi kan duit. Meh kita bak beli laptop sendiri kalau bapak tak belikan. Hahah. Dah jumpa yang murah. Hahah. Kena bincang ngan yang bayar letrik tiap bulan dulu. Pastu baru leh decide. Penting laptop tu untuk next semester. Boleh la support untuk beberapa tahun akan datang.

Okey bai

Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak