"Keyboard Warrior"Kah Aku?

Aku tak taulah kenapa sekarang ni aku minat betul letak komen dekat page. Dulu, aku komen dekat page yang racist pasal rakyat Sabah Sarawak. Masa tu bengang jugaklah. Sebab tu aku dengan rendah hatinya meletakkan komen yang boleh dikatakan sesiapa yang terasa memang terbakar dengan ayat aku. Tapi percayalah, aku langsung tak guna kata-kata kesat. Aku bagi perkataan yang manis bunyinya tapi pedas maksudnya. Lagipun aku dah tak pandai nak guna kata-kata kesat. Rasanya dah lama lidah aku tak guna semua tu. Since Form 4 kalau tak silap.

Sekarang ni, cer tengok TV3. Yang selalu pukul 7 malam tu. Alah, Bila Hati Berbicara. Aku percaya cerita tu tak mendapat sambutan hangat. Kalaulah cerita tu trending, memang aku tak paham celah mana cerita tu best sangat. Cerita tu, satu level je lagi nak sama ngan cita indon. MJATS lagi best. Aku langsung tak berkenan dengan BHB. Heroin kaku, watak antagonis ntah apa-apa, sudut islamik boleh dikatakan tak nampak. Mengapa cerita macam tu dijadikan drama? Kalau dah drama bosan macam tu, konfem la novel pun tak berapa...

Satu lagi, Suamiku Encik Sotong. Yang ni Sharnaaz Ahmad yang jadi sotongnya. Aku minat ngan Sharnaaz. Tapi inilah kali pertama aku tak tonton lakonan beliau. Sebabnya aku dah baca novel dia. Tapi itu bukan alasan utama. Sebelum ni, aku tau je jalan cerita The Wedding Breaker. Tapi elok pulak aku tercongok depan tv nak tengok Ariana Rose. Persoalannya di sini, mengapa aku tak nak tonton drama?

Ok, aku jelaskan. Dalam novel, jalan cerita sangat berat. Penat aku nak habiskan. Membosankan. Bila baca dedikasi penulis, dia sendiri cakap untuk siapkan cerita ni, dia ambik masa yang agak lama. Cerita ni pun dah lama terperam dalam laptop dia. Aku memang agak paham kalau cerita yang jadi pekasam dalam laptop ni. Maksudnya, dia sendiri pun tak ada idea nak teruskan cerita ni. So, bila cerita ni siap, jalan cerita gagal digarap dengan sempurna. Mengecewakan sangat!

Seterusnya, aku memang tak suka heroin. Bukan gandingan sempurna. Amyra Rosli gagal tunjukkan watak Erica Sofea. Sedih giler aku. Sharnaaz dah okey. Amar pun dah okey. Thats why aku tak nak tonton. Lagipun, masa tayangan lewat sangat. Pukul 9 malam la cun. Ni pukul 10 nak buat apa. Orang nak tido. Apalah sangat nak cerita pasal Che Ta nak beranak.

Seriously, aku agak menyesal beli novel SES. Memang tak paham, kenapa kualiti penerbitan Buku Prima sekarang ni sangat mengecewakan. Kalau dulu, memang aku adore sangat buku-buku yang diterbitkan oleh Buku Prima. Sekarang ni lebih baik aku beli buku-buku yang diterbitkan oleh Kaki Novel, Penulisan2u, Jemari Seni. Mungkin yang diorang keluarkan agak cliche, but at least, diorang berjaya jadikan jalan cerita tu berjaya dan meresap dalam hati pembaca.

Kalau boleh, aku nak komplen kat suma sutradara yang ada kat Malaysia ni. Jangan sekali-kali adaptasi buku-buku terbitan Buku Prima jadi filem, drama dan yang sewaktu dengannya. Waste of money! Banyak lagi novel lain yang lebih baik dan sesuai untuk penonton. Kalau setakat nak tayangkan drama-drama sampah macam BHB, baik letak kat indon je. Drama macam tu layak ditayangkan di Indon sebab taraf cerita sama je. Baik TV3 ambik drama Cinta Ibadah kat Astro Prima tu. Lagi berfaedah.

Geram aku ni, mana ada menjerit kat blog je. Aku dah kasi kaw kaw kat page Buku Prima. Dia nak feedback, kita bagi feedback. Aku tengok komen yang ada, ramai tak puas hati ngan BHB. Aku pun, bahasakan la Buku Prima tu. Biar lepas ni diorang lebih pandai dalam memilih mana satu karya terbaik untuk diterbitkan.

Sekian terima kasih

Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak