Would like to prepare something, but...

Inilah kali pertama dalam hidup aku langsung tak tau apa benda nak prepare sebelum buka sekolah. Sama ada pegi beli kain uniform sekolah atau tengok-tengok kain untuk buat baju kurung. Tunggu pengumuman kat page sekolah kat FB punyalah lama. Hari tu masa perjumpaan nak bagi slip tempat duduk, cikgu Doraemon yang selia Form 6 tu cakap, mungkin next year form 6 dah boleh pakai baju formal. Masa tu, ramai yang lega sebab tak payah pakai uniform skolah.

Sekarang ni, banyak dah spekulasi. Lepas Majlis Perwakilan Pelajar, baru tentukan nak pakai baju formal ke tak. Proses MPP tu ingat nak makan masa sehari dua je? Mana nak pergi cari calon, tempoh berkempen lagi dan apa-apa ntah lagi proses MPP yang aku rasa lagi rumit dari PRU. Spekulasi yang lain pulak kata, bulan pertama pakai uniform skolah, lepas tu  barulah pakai baju formal.

Heyyy! Tolonglah. Siapapun akan marah tau. Ingat aku tak da bapak yang risau pasal anak nak skolah taun depan? Pihak pentadbiran ambik ringan pasal hal ni. Kalau betul nak buat, tunaikanlah! Kalau rasa nak kekalkan je form 6 dengan uniform skolah, then tak payah nak war-warkan pasal hal ni. Jangan bagi harapan! Nilah masalahnya slalu. Tak fikir pasal orang lain.

Apa yang lambat sangat nak buat keputusan ni? Sekarang ni dah masuk tengah bulan 12 tau. Sekejap je lagi skolah nak bukak. Aku nak prepare semuanya. I dont have a mother anymore to take care about my preparations.
Blah ah dengan suma ni. Aku dah penat tau. Hergh!

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian