Posts

Showing posts from 2015

Balik kampung #part1

Image
Yo! Lama tak duduk depan laptop ni. 17 hari aku tinggalkan laptop berwarna maroon ni terdampar atas meja bersendirian tak berteman. Mana-mana yang memang dah jadi pembaca tegar kat sini, mohon maaf sebab dah lama tak update. Post HARITU kan dah bagitau. Maka, hari ni 27 haribulan dan aku telah pun selamat kembali ke rumah ni dengan keadaan sedikit masih pening-pening lalat sebab jet lag tetapi demi blog yang kelihatan agak berhabuk seperti laptopnya, update hajelah. 
PERINGATAN! Kat post ni nanti, bakal ada banyak gambar. Kot....
Seperti yang anda tahu, aku telahpun terbang ke Kota Kinabalu pada 11 Disember 2015 yang lalu dari Bintulu pada pukul 0810. Sebelum aku ceritakan dengan lebih lanjut, tolong pastikan anda bukan dalam keadaan yang serius sebab ada certain part akan buat anda rasa aku ni bangang dan bakal menjengkelkan korang. 
Pada pagi yang sejuk boleh boleh ngam badan aku yang berlemak berketul ni, aku bangun awal. Actually, malam sebelum tu aku tak dapat nak tidur sangat pu…

0007 hrs

Post ni ditulis pada jam 12:07 a.m..  Yeah, nanti pukul 8 pagi aku nak terbang, aku jadi burung hantu rindukan bulan. Walaupun aku takde tengok bulan pun hari ni. 
Ada sedikit pesanan I nak tinggalkan kat uols. Mula dari esok sampailah 27 Disember nanti, blog ni akan terbiar sepi tanpa berpenghuni. Means, akak tak post apa-apa tau. Jadi, janganla sibuk whatsapp wechat akak mintak update blog ni sebab akak malas nak angkut sekali laptop kesayangan ni. Mana nak cekau wifi, line data pun slow nak mampus kat sana nanti. Akak bukan stay kat Kota Kinabalu tau. Kat Lawas ni sebab dia masih lagi belum berapa dimajukan, so bab-bab tenet ni memang masalah sikit. Doakanlah ada kemajuan nanti k? Duit berbilion tu kalau simpan je tak guna. Baik majukan kawasan-kawasan yang belum maju ni ha. Eh politik pulak. 
Pada malam yang indah hening dan permai ini, aku nak bagitau samting. Mulai dari hari ni, kot ye pun nak stalk blog ni, janganlah susahkan orang lain. Means, kalau aku ada post nama seseoran…

Tamatlah perjuangan

Image
Maka dengan ini, aku dengan bangganya nak bagitau, aku dah tamat semua kertas termasuklah yang ulangan. Punya lama aku tunggu saat ini lebih-lebih lagi dengan perangai aku yang lebih suka terbongkang kat rumah sementara menunggu paper seterusnya walaupun sepatutnya aku study hoho. 
Paper ulangan ekonomi semester 2 tadi berjaya merawat luka yang berdarah di hati sejak aku menjawab paper ulangan ekonomi semester 1. Lepas paper ulangan ekonomi 1 haritu, memang hati aku sungguh sakit dan kecewa sangat-sangat. But I didnt cry for it. Kecewa yang sangat mendalam sampai takda rasa nak nangis pun. Rasa masa tu aku dah kecewakan bapak yang sudi sponsor RM100 semata-mata untuk aku repeat paper ekonomi dan geografi. Macam dah tau je apa result tu nanti. Betapa masa tu aku mengharap sangat-sangat untuk aku berjaya menjawab paper ekonomi sebab aku tak rasa geografi nanti akan jadi cantik. Aku tak tahu apa yang terjadi pada aku masa paper geografi tu. Macam aku langsung tak dapat apa-apa input sep…

Jumaat ni fly!

Okeh mungkin dah terlalu lewat untuk aku post pasal usia aku yang dah sampai part terakhir usia pangkal 1. Tahun depan dah naik pangkal 2,. Sobs.. 5 Disember haritu dah birthday aku tapi nampaknya masa tu aku terlalu malas nak bukak laptop dan biarkan je idea berkulat dalam otak. Happy bithday to me yay!
Okeh bersempena dengan tajuk tu, mudahan paham la ye. Iaitu Jumaat ni bersamaan dengan 11 Disember 2015, aku bakal terbang ke Kota Kinabalu. Bukan melancong biasa-biasa, nak balik kampung nih. Taksabar giler aku nak cari gaduh dengan budak-budak kecik merangkap sepupu dan anak-anak buah aku wuuu! Sekarang ni rasa macam kaki tak jejak lantai sebab eksaited sangat. Aku dah siap pack baju sumbat dalam luggage. Walhal Jumaat baru pergi sana. Hari ni baru Rabu. Rasa macam lambat sangat nak Khamis ni. Aku dah cukup reput kat rumah ni. Tiap pagi keluar bilik pukul 9.30 pagi. Ooppss, jangan tuduh aku lewat bangun tau. Aku dah bangun awal pun cuma malas nak hadapi hari lebih awal. Biarlah aku…

I see fire

Sebelum aku mula meluahkan kat sini, aku nak minta maaf kepada mana-mana individu yang pm aku semalam. Aku sengaja taknak balas mana-mana mesej. Tapi aku memang ada respon pada group but no for any private chats. Sorry sangat-sangat. Emosi semalam memang berada pada tahap yang membimbangkan. 
Semua sebab kertas ulangan Ekonomi semester 1. Aku sangat berharap pada paper ekonomi ulangan ni sebab haritu untuk subjek geografi, nampak macam tak menjanjikan apa-apa yang manis. Aku berusaha betul-betul cuba hadamkan semua formula, cara menjawab, cara mengira. Pendek cerita, I gave my all to this paper. Besar harapan aku untuk pastikan aku boleh menjawab semua soalan.
Aku memang betul-betul berazam untuk pastikan paper ekonomi ni tak kecundang macam paper geografi haritu so malam before exam, aku sempat togok kopi secawan untuk pastikan aku tak mengantuk sepanjang buat revision. Tapi aku lupa, kopi dah berkesan sepenuhnya dengan aku. Kalau dulu, minumlah sampai 3 cawan sekalipun, tetap menga…

STPM 2015

Akhirnya, tamat sudah peperangan terakhir (kalau yang tak repeat la). Masalahnya bagi aku belum lagi tamat sebab ada lagi 3 kertas menunggu. As usual, post yang paling dinantikan (yeke?) iaitu moment yang berlaku sepanjang peperiksaan berjalan. Enjoy tau sebab aku dah susah payah cari port baek punya semata-mata nak up post ni. Teehee!
3 November 2015
Pengajian Am 3 Ada dua paper pada hari tersebut. Pengajian Am dan Geografi. Memang dari semester 1 lagi aku dah berbulu dengan kawan baik ni. Perlu ke dia letak sehari sama-sama? Kita mula dengan paper P.Am dulu. As usual, mana-mana exam kena mula dengan Bismillah. Masa paper ni haritu, memang diakui, aku masuk dewan peperiksaan dengan ilmu yang tak berapa nak banyak since emosi belum nak betul lagi. Aku cuma bergantung dengan latihan objektif yang aku buat kat library je. Tu pun 2 hari sebelum exam aku cuba untuk kuasai Kumpulan D-8, OIC, ASEAN, dan lain-lain pertubuhan yang disertai oleh Malaysia sama ada peringkat antarabangsa mahupun …

Sayonara U6A1 STPM 2014/2015

Image
Usia perkenalan setiap kami adalah berlainan. Tapi, dalam tempoh 1 tahun setengah ni, kami berjaya menjalinkan satu hubungan yang erat sesama kami. Dan aku rasa, itu adalah pencapaian terbaru. Sebelum ni, aku boleh dikatakan kurang bergaul dengan orang atas beberapa faktor. Tapi bila dah rapat, aku rasa orang meluat pulak dengan perangai aku yang banyak mulut dan kuat menyakat ni. 
Kelas U6A1 ni ada satu kelainan yang tersendiri. Susah aku nak jumpa kat tempat lain. Bagaimana mungkin, sebuah kelas yang ada pelbagai bangsa, tapi boleh satu kepala dalam hal-hal mendajalkan diri masing-masing? Perkara ini diakui sendiri oleh bapak aku yang tengok suasana kami ketika BBQ haritu. Rare katanya. Selamba, simple, tapi heboh dan penuh keriuhan. 
U6A1. Cikgu semua bising-bising sebab kami ni riuh sangat. Bising. Kelas yang begitu tinggi, di tingkat 3, Blok Daisi SMK Bandar, blok paling hujung, adalah satu tempat di mana kami menjadi pemerintah. Susah nak senyap. Bukan takda kelas lain, cuma ka…

Riuh yang bakal dirindui

Image
Akhirnya, selepas 14 tahun bergelar pelajar sekolah, telah datang satu hari di mana aku akan meninggalkan zaman persekolahan. Mati-mati aku ingat tahun 2013 tu la tahun terakhir aku sebagai student. Rupanya, tu cumalah tahun terakhir di SMK Baru dan aku menyambung pengembaraan ilmu ke SMK Bandar selama 1 tahun setengah. Memang tahap maximum dah umur aku sebagai student sekolah. Mungkin aku terlalu muda untuk proceed ke diploma tetapi dah maksimum untuk jadi budak sekolah. 
Sebelum aku letakkan speech kat post ni, baik aku letak semua gambar yang aku ambik tadi. Sanggup merisikokan diri bawak tablet pergi sekolah. Biasa handphone je aku seludup. Dan, aku dah terjangkit dengan wabak selfie so harap bertahan dengan cuteness level aku yang infinity ni. Hoho!


Ni Cikgu Lily. Guru kelas U6A1 yang sungguh sporting dan baik hati. Support system kitorang ni.  *cikgu lagi nakal dari aku. Aku peace je, dia boleh buat muka sun shine lagi*


Yang hensem ni, cikgu Sidi. Ajar BM. Aku baru tau rupanya …