Posts

Showing posts from January, 2015

Anak

Duhai anak
Saat kau lahir ke dunia
Aku sebagai ayahmu mohon pada Tuhan
"Anak ini akan aku bela,
Benarkan aku mendidiknya
Sehingga aku puas hati
Sehingga aku merasakan anak ini
Sudah benar bersedia
Untuk aku tinggalkan dia
Menjejak impiannya sendirian".Bertahun lama
Aku sebagai ayahmu
Bersama sang ibu yang penat melahirkanmu
Berusaha untuk memastikan kau gapai impian dan citamu
Namun sayangnya
Sang ibu terlebih dahulu meninggalkanmu.Duhai anak
Kau mahu memijak awan
Biar aku sebagai ayahmu
Menyambut saat kau tersungkur dari lantai awan.Kau mahu terbang di langit biru
Biar aku sebagai ayahmu
Menjahit sayap besar untuk kau terbang.Duhai anak
Aku sebagai ayahmu
Meletakkan sejuta harapan
Untuk kau hidup
Untuk kau teruskan perjuangan
Untuk kau berjaya dalam hidup
Agar nasibmu terbela sepenuhnya
Saat aku sebagai ayahmu
Pergi meninggalkan dirimu suatu hari nanti. Duhai anak
Impian kami sebagai orang tuamu
Sungguh besar kerana
Kau satu-satunya cahaya kami
Yang kami harapkan untuk me…

Susah aku nak kata!

Rajin pulak aku menge'post' sampai 3 hari ni. Kali ni aku nak serius sikit. Asyik nak main-main je. Aku teringatkan sorang insan ni. Masih hidup lagi. Dia ni kadang-kala susah nak percaya kebenaran kata-kata yang terlontar keluar dari mulut. Suka sangat cakap ikut sedap mulut sampai aku pun naik risau. Tak penat ke asyik jaja cerita itu ini? Dia tak umpat orang. Cuma dia suka reka cerita tentang dirinya yang langsung tak wujud pun sebenarnya. Macam durian tunjuk pangsa. Lebih kurang macam itulah. 
Depan mak ayahnya, elok je bertudung lilit sana sini. Aku tengok pun manis je. Tapi, disebabkan dia jauh dari keluarga, keluar tembelang sebenar. Keluar rumah dengan dress takat paha je. Seksi meksi bagai. Tak semua laki boleh tahan benda tu. Even Haikal si deskmate aku pun tak tahan bila tengok sorang klasmet perempuan pakai seluar yang ketat kat bahagian bontot. "Ya Rabbi, ketat juak!" Aku takleh kata apa-apa.
Paham tak apa yang aku cuba nak sampaikan? Okey macam ni. Aku …

Test jap!

Akhirnya, punat dua kat laptop ni dah boleh digunakan. Caranya, tekan selama yang boleh dan sekuat yang boleh sampai keluar nombor dua. Word dua je aku pakai. Penat nak tekan-tekan bagai. Kalau dulu pakai yang besar, untuk sementara ni , pakai je si kecik dulu. Tunggu yang besar dihantar gi kedai. Yang kecik ni takleh harap sangat. Jangan risau ek. Post ni tak panjang. Saja nak test sikit. Nak update sikit. Nak buang list lagu. Takyah le letak lagu lagi. Tak minat dah dengan lagu tu hahah.

Sekian post kali ini. Bai.

"Kenapa cikgu baru tu buang sampah?"

Cikgu Jusnita memang buat aku tergelak pasal ni. Masa first day hari tu, macam sesi suai kenal je dengan dia. Since kami dah lama tak jumpa dia, so dia lupa kebanyakan dari nama kami semua. Dia baru je lepas beranak. Nasib baik dia hafal nama aku hahah. Disebabkan tahun ni dah mula dengan baju formal, memang kebanyakan dari kami mengejutkan cikgu-cikgu sebab tetiba "cikgu baru" tetiba datang dengan begitu banyak. Macam tak logik pulak hahah. Lagi-lagi bila diorang nampak "cikgu baru" pegi buang sampah kat tempat kumpul sampah. Siapala yang tak terkejut. Biasa student yang buat tu semua. Pagi-pagi dok pakat dua orang sama-sama angkat tong sampah. Lepas tu baru cikgu-cikgu ingat, tu budak form 6 yang sekarang dah pakai baju formal. Aku pun kena jugak hal macam tu. Disangka guru. Masa tu aku tengah beratur nak beli buku sekolah. Cikgu koperasi tu cakap, "saya ingat awak ni cikgu," sambil tergelak. Masa tu pulak aku pakai luar dari biasa. Tu yang disangka cik…

Baju formal itu osem

Hari ni dah hari kedua persekolahan. Alhamdulillah takde sebarang masalah. Tambah pulak sekarang Form 6 kat sekolah aku dah boleh pakai baju formal. Wheee~ seronoknya. Semalam masa datang sekolah, awkward giler siot! Budak-budak lain suma pakai uniform sekolah. Masa turun dari kereta, budak-budak ramai tengok. Malu akak, dik. Jangan duk tenung akak camtu ahah. Semalam yang perempuan suma elok pakai baju kurung. Almaklumla hari pertama. Hari ni, kluar dah taring sebenar. Ada yang pakai kemeja dengan seluar slack. Ada yang pakai maksi labuh, ada yang pakai blaus ngan skirt. Aku pun sama ngehngehngeh. Masuk je kelas, ada sorakan yang buat aku naik segan. Nyesal lak pakai tadi hahah. Kalau tau, baik aku pakai baju kurung je hahah. Deskmate aku, si Haikal pun terwow bagai. Nak kena mamat tu.Kadang-kadang, sekali imbas kami macam cikgu baru yang posting kat sekolah tu. Esok, aku pun ada imej cikgu praktikal jugak. Name tag aku dah siap tadi. Hahah osem gitu. Walaupun ramai yang dah pakai ba…

Nak sambung cuti lagi, boleh?

Cuti dah ditambah seminggu. Tapi aku rasa nak mintak ditambah lagi seminggu heheh. Malas lak rasa nak turun ni. Dah dimanja dengan cuti terlebih seminggu ni. Kehkehkeh. Lagipun nampak macam tahun baru ni aku rajin pulak nak selak buku masakan, masak untuk makan tengah hari. Satu hal yang aku pelik bab memasak ni, tepung jagung tu lah rasanya aku dah isytiharkan sebagai musuh utama. Letak sikit, nampak macam masakan aku tak pekat. Kang tambah lagi sukatan, terlebih pekat lak dia. Rasanya dah lari tajuk ni ahah..Seronok wei cuti ni. Diorang kena banjir, negeri-negeri yang tak banjir pun budak-budak dapat cuti free. Aku oun rasa untung sebab kawan-kawan lain yang kat matrik, universiti, Poli, kolej apa semua tu tak dapat cuti. Tapi tak silap aku UiTM pun sambung cuti gak kan? Walau apapun jadi seronok cuti ni. Semangat nak pakai baju formal tu pun dah pudar hahah. Buat penat aku je dok rancang nanti 5 Januari nak pakai baju kaler apa, sama ada nak pakai blaus atau baju kurung ataupun jub…