Anak

Duhai anak
Saat kau lahir ke dunia
Aku sebagai ayahmu mohon pada Tuhan
"Anak ini akan aku bela,
Benarkan aku mendidiknya
Sehingga aku puas hati
Sehingga aku merasakan anak ini
Sudah benar bersedia
Untuk aku tinggalkan dia
Menjejak impiannya sendirian".

Bertahun lama
Aku sebagai ayahmu
Bersama sang ibu yang penat melahirkanmu
Berusaha untuk memastikan kau gapai impian dan citamu
Namun sayangnya
Sang ibu terlebih dahulu meninggalkanmu.

Duhai anak
Kau mahu memijak awan
Biar aku sebagai ayahmu
Menyambut saat kau tersungkur dari lantai awan.

Kau mahu terbang di langit biru
Biar aku sebagai ayahmu
Menjahit sayap besar untuk kau terbang.

Duhai anak
Aku sebagai ayahmu
Meletakkan sejuta harapan
Untuk kau hidup
Untuk kau teruskan perjuangan
Untuk kau berjaya dalam hidup
Agar nasibmu terbela sepenuhnya
Saat aku sebagai ayahmu
Pergi meninggalkan dirimu suatu hari nanti.

Duhai anak
Impian kami sebagai orang tuamu
Sungguh besar kerana
Kau satu-satunya cahaya kami
Yang kami harapkan untuk membela kami
Saat kami meniti hari tua.

Duhai anak
Teruskan mencipta harapan
Kejar kejayaan
Gapai impian .

Andai tersungkur di perjalanan
Aku sebagai ayahmu akan memapahmu bangun
Dan biarkan kau sambung berlari
Demi impian dan citamu.

Duhai anak
Kau harapanku
Sampaikan cita-cita kami orang tuamu
Sesungguhnya kau anak yang ku kasihi
Yang tidak mungkin aku tinggal pergi.

Duhai anak
Ingatlah
Kami tak akan selalu ada saat kau rebah
Jangan pernah terlupa
Saat kau rebah
Bangunlah demi impianmu
Dan terbanglah jauh ke awab biru
Untuk kau sampaikan cita-citamu.

Puisi terinspirasi dari perbualan aku dan bapa.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian