Baju formal itu osem

Hari ni dah hari kedua persekolahan. Alhamdulillah takde sebarang masalah. Tambah pulak sekarang Form 6 kat sekolah aku dah boleh pakai baju formal. Wheee~ seronoknya. Semalam masa datang sekolah, awkward giler siot! Budak-budak lain suma pakai uniform sekolah. Masa turun dari kereta, budak-budak ramai tengok. Malu akak, dik. Jangan duk tenung akak camtu ahah.

Semalam yang perempuan suma elok pakai baju kurung. Almaklumla hari pertama. Hari ni, kluar dah taring sebenar. Ada yang pakai kemeja dengan seluar slack. Ada yang pakai maksi labuh, ada yang pakai blaus ngan skirt. Aku pun sama ngehngehngeh. Masuk je kelas, ada sorakan yang buat aku naik segan. Nyesal lak pakai tadi hahah. Kalau tau, baik aku pakai baju kurung je hahah. Deskmate aku, si Haikal pun terwow bagai. Nak kena mamat tu.

Kadang-kadang, sekali imbas kami macam cikgu baru yang posting kat sekolah tu. Esok, aku pun ada imej cikgu praktikal jugak. Name tag aku dah siap tadi. Hahah osem gitu. Walaupun ramai yang dah pakai baju formal, ada jugak yang still pakai baju sekolah. Biar le. Budak lelaki yang ramai tak pakai baju semat diorang tu.

Baju budak perempuan senang je. Blaus ada, kemeja ada, jubah ada, baju kurung ada. Pilihan nak pakai skirt atau seluar, sendiri punya suka ler. Yang asalkan kasut mesti tertutup. Kaler pun jangan yang attracting sangat kaler dia. Paling elok hitam le. Yang budak laki haru sikit. Dengan sibuk nak cari kemeja diorang, seluar slack lagi, kasut hitam bukannya murah. Kesian diorang merungut itu ini. Yang perempuan takde banyak songeh. Rilek jer. Itu yang kitorang suka sebenarnya heheh. Kalaulah dari dulu gini, senang hidup takyah sibuk nak buat uniform skolah bagai.

Hm selain dari tu, aku malas nak komplen-komplen pasal retis Kpop peluk perempuan berhijab. Ada jugak baca yang sebenarnya budak-budak B1A4 tu tanya betul-betul kat fans diorang tu, betul ke benarkan diorang peluk apa semua? Even MC pun tanya, diorang tu betul-betul ke izinkan diri dipeluk dicium bagai. Ntah ler. Tu diorang punya kesanggupan. Aku tanak komen bebanyak. Bukan kerana tak concern hal ni, tapi aku ada benda yang lebih penting untuk difikirkan. So, hal ni aku kena tolak tepi.

Konklusinya, baju formal tu sangat osem. Heheh

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian