"Kenapa cikgu baru tu buang sampah?"

Cikgu Jusnita memang buat aku tergelak pasal ni. Masa first day hari tu, macam sesi suai kenal je dengan dia. Since kami dah lama tak jumpa dia, so dia lupa kebanyakan dari nama kami semua. Dia baru je lepas beranak. Nasib baik dia hafal nama aku hahah.

Disebabkan tahun ni dah mula dengan baju formal, memang kebanyakan dari kami mengejutkan cikgu-cikgu sebab tetiba "cikgu baru" tetiba datang dengan begitu banyak. Macam tak logik pulak hahah. Lagi-lagi bila diorang nampak "cikgu baru" pegi buang sampah kat tempat kumpul sampah. Siapala yang tak terkejut. Biasa student yang buat tu semua. Pagi-pagi dok pakat dua orang sama-sama angkat tong sampah. Lepas tu baru cikgu-cikgu ingat, tu budak form 6 yang sekarang dah pakai baju formal.

Aku pun kena jugak hal macam tu. Disangka guru. Masa tu aku tengah beratur nak beli buku sekolah. Cikgu koperasi tu cakap, "saya ingat awak ni cikgu," sambil tergelak. Masa tu pulak aku pakai luar dari biasa. Tu yang disangka cikgu.

Awkward jugak rasanya bila jalan sorang-sorang dikelilingi dengan student lain yang pakai uniform biasa. Kadang-kadang aku buat muka kerek. Nampak macam cikgu disiplin tengah meronda. Hahah kelakar pulak kadang-kadang. Siap student lain bagi laluan lagi kalau aku nak lalu. Tu pun sebab first day. Diorang tak kenal aku siapa lebih-lebih lagi budak Form 4. Last year diorang sesi petang. Second day, diorang tak kesah dah hahah.

Sekarang dah takleh tolak-tolak orang kat kantin since aku dah lain dari yang lain. Kalau dulu, aku guna je teknik membatukan diri so orang akan bagi laluan kat aku dulu baru diorang blah dari situ. Kang kalau aku main tolak-tolak, melantun pulak hahah. Sekarang, abang kantin hensem pun ragu-ragu, nampak sangat kat muka dia, "ni cikgu ke student?" Tapi dia sebut jugak, "apa dik?" Muka aku ni paling familiar kat kantin tiap pagi sebab aku selalu beli popia. Kalau beli singgit tak cukup sebab popia tu kurus sangat. Belasah la beli 2 inggit. Nak sarapan katanya. Karipap pusing je aku belum jumpa lagi kat kantin tu. Aku ni dah le hantu karipap pusing. Cuma kengkawan selalu tuduh aku sentiasa lapar. Salah tu, aku cuma tak reti kenyang je. Mana sama!

Dan hari ni jugak, last day pengetua. Next week datang pengetua baru. Hari ni pun dah ada Penolong Kanan 1. Nampak macam banyak songeh. Ada je dia tak puas hati. Elok nama Ujian Kemajuan, dia tukar jadi Ujian Progresif. Tau la cogan kata sekolah tu PROGRESIF. Untuk pengetua, kelas aku sama-sama kutip RM2 sorang untuk belikan hadiah untuk pengetua. Dengar kata, tali leher dengan pen. Ntah le. Aku tak peduli pun. Kelakar pulak masa tengah cadang nak belikan hadiah apa untuk pengetua. Yang paling tak tahan tu, ada yang cadang bagi boxer! Amboi. Macam pengetua tak mampu nak beli boxer sampai kena hadiahkan.

So, tu jelah untuk post hari ni. Kebetulan takde apa-apa nak buat kan. Pasni nak pergi korek almari, prepare baju dengan tudung untuk esok. Iron tudung je pun. Baju tak yah. Hahah bai.





Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian