Nak sambung cuti lagi, boleh?

Cuti dah ditambah seminggu. Tapi aku rasa nak mintak ditambah lagi seminggu heheh. Malas lak rasa nak turun ni. Dah dimanja dengan cuti terlebih seminggu ni. Kehkehkeh. Lagipun nampak macam tahun baru ni aku rajin pulak nak selak buku masakan, masak untuk makan tengah hari.

Satu hal yang aku pelik bab memasak ni, tepung jagung tu lah rasanya aku dah isytiharkan sebagai musuh utama. Letak sikit, nampak macam masakan aku tak pekat. Kang tambah lagi sukatan, terlebih pekat lak dia. Rasanya dah lari tajuk ni ahah..

Seronok wei cuti ni. Diorang kena banjir, negeri-negeri yang tak banjir pun budak-budak dapat cuti free. Aku oun rasa untung sebab kawan-kawan lain yang kat matrik, universiti, Poli, kolej apa semua tu tak dapat cuti. Tapi tak silap aku UiTM pun sambung cuti gak kan? Walau apapun jadi seronok cuti ni.

Semangat nak pakai baju formal tu pun dah pudar hahah. Buat penat aku je dok rancang nanti 5 Januari nak pakai baju kaler apa, sama ada nak pakai blaus atau baju kurung ataupun jubah.. pump shoes pun dah beli. Syarat pekeliling tu kena pakai kasut bertutup. Tapi kasut tu awal-awal dah bagi bencana kat kaki aku masa Maulidur Rasul hari tu. Masa kat KK ari tu pun masa awal-awal pakai, rasa nak penyek jari kelingking kaki aku. Nasib baik beli wedges sepasang awal-awal. Ahaks.

Disebabkan cuti dah disambung lagi seminggu, seronok pulak duduk rumah sambil belek-belek buku resipi. Setakat ni aku dah cuba Shepherds Pie, Daging Goreng Black Pepper ngan esok InsyaAllah cuba Stew Daging. Bapak aku pulak dah try Mee Goreng Mamak. Dia dengan kepakaran goreng mee memang takleh tanding. Kadang-kadang bosan pulak aku makan mee goreng dia hahah. Nasib baik sekarang dah jarang buat. Kalau nak nasi goreng, suruh kakak dia. Yang tu memang terer dua-dua. Nasi ngan mee memang tiptop. Cuma mak cik aku tu dah fed up buat Mee Singapore untuk aku sebab aku memang geli tengok rupa mee yang takde rupa kicap tu hahah. Kena ada kaler sebab tekak aku ni memilih gak hahah

Cuma satu jelah, aku bosan gak sini. Tak abis-abis bukak Clash of Clans ngan Hay Day. Kalau idea datang bertenggek, blog update la. Dah, idea lari. Nak sambung tengok Maharaja Lawak Mega 2014. Ahaks bai.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak