Susah aku nak kata!

Rajin pulak aku menge'post' sampai 3 hari ni. Kali ni aku nak serius sikit. Asyik nak main-main je. Aku teringatkan sorang insan ni. Masih hidup lagi. Dia ni kadang-kala susah nak percaya kebenaran kata-kata yang terlontar keluar dari mulut. Suka sangat cakap ikut sedap mulut sampai aku pun naik risau. Tak penat ke asyik jaja cerita itu ini? Dia tak umpat orang. Cuma dia suka reka cerita tentang dirinya yang langsung tak wujud pun sebenarnya. Macam durian tunjuk pangsa. Lebih kurang macam itulah. 

Depan mak ayahnya, elok je bertudung lilit sana sini. Aku tengok pun manis je. Tapi, disebabkan dia jauh dari keluarga, keluar tembelang sebenar. Keluar rumah dengan dress takat paha je. Seksi meksi bagai. Tak semua laki boleh tahan benda tu. Even Haikal si deskmate aku pun tak tahan bila tengok sorang klasmet perempuan pakai seluar yang ketat kat bahagian bontot. "Ya Rabbi, ketat juak!" Aku takleh kata apa-apa.

Paham tak apa yang aku cuba nak sampaikan? Okey macam ni. Aku kupas dari segi anak perempuan. Aku ambik contoh diri aku sendiri. Aku satu-satunya anak perempuan pada bapa aku. Apa yang aku perlukan, InsyaAllah dapat. Kalau tak dapat tu maknanya bukan rezeki akulah. Bapa aku tak pernah sentuh pasal pakaian apa yang aku nak pakai melainkan aku yang tanya. Sejak dari dulu-dulu lagi. Arwah mak aku je yang pentingkan semua tu. Kalau aku ni jenis anak yang tak fikirkan bapa, aku pakai je pakaian yang seksi meksi tu semua. Takyah pakai tudung. Tapi kerana bapa akulah, aku serius dalam berhijab. Cuma kadang-kadang tu ambik ringan la dalam soal aurat. Aku keluar ke mana-mana, aku tak lupa pakai tudung. Dengan track suit dan long sleeves t shirt, aku dah ready untuk pergi mall. Bapa aku tak pernah komplen macam-macam. Cuma satu je dia akan tanya, bila dia nampak baju yang tak pernah dia tengok sebelum ni. Masa tu je dia kisah. 

Sebagai perempuan, lebih-lebih lagi kita yang dah elok beragama Islam sejak kecil, menjadi satu KEWAJIPAN utama kita untuk sentiasa menjaga kehormatan diri. Kehormatan diri kita sangat mahal! Ingat dengan jaga pergaulan je kita dapat jaga diri kita? Tak! Salah sama sekali. Jangan sekali-kali cakap, "memang la aku tak pakai pakaian tutup aurat tu semua, tapi et lis aku tak keluar sembarangan. Aku pun tau jaga kehormatan diri aku apa?!" Awak ingat, lelaki ni malaikat semuanya ke? Kebanyakan kes-kes cabul dan rogol terkena pada perempuan yang pakaiannya tidak mengikut syariat agama. Dengan seluar skinny, skirt ketat bahagian paha, baju ketat part dada, siapa tak tergoda? Aku pun kadang-kadang malu dengan kaum perempuan sekarang ni. Pakai seluar pendek yang takat tutup bahagian wanita je. Kalau ada pesen seluar ala-ala seluar dalam, agaknya ramai yang pakai sebab semua pakat nak tunjuk peha gebu putih melepak tu. Cuba fikir, sekiranya pakaian kita ikut syariat Islam, bukan ke kita takyah nak bazir duit untuk segala produk memutihkan kulit? Kalau produk kecantikan muka tu, lain ceritalah. Yang tu kalangan perempuan memang jadi kewajipan, kecuali aku. 

Jangan kata kalau nak tutup aurat ni, mesti dengan hati yang rela... Kebanyakan orang guna alasan ni. Aku sendiri dulu pun dipaksa oleh arwah mak. Taklah dia push, cuma pertanyaan mak dah cukup buat aku rasa terpaksa. Sebab tu aku pakai tudung sampai sekarang. Kalau rasa pakai tudung biasa tak trendy, bukan ke sekarang TiubAnda bersepah dengan tutorial pakai tudung? Jadi ler hijabista dulu, stylish sikit tapi yang penting tudung labuh dari dada. Jangan lilit sampai tersembul gunung kat dada. Lama-lama akan rasa, "boring pulak pakai style ni. Style biasa jelah. Senang lagi.." Aku bercerita soal ni bukan saja-saja. Aku hidup sebagai seorang yang suka memerhati sekeliling. Pengalaman aku pun banyak walaupun baru hidup 18 tahun kat dunia ni. Banyak perkara yang pernah terjadi dalam hidup aku. 

Kalau rasa tak sayangkan diri, ingatlah pada orang yang telah melahirkan kita. Mak ayah. Kalau rasa hati tu keras sangat, tenung wajah mereka. Cuba selami harapan mereka pada kita. Setiap mak ayah yang mempunyai anak, masing-masing meletakkan kepercayaan dan harapan terhadap anak agar suatu hari nanti, anak yang dulu lahir terjerit-jerit, tak akan menconteng arang ke muka orang tua bila dah meningkat dewasa nanti. Kita ni pun dah reti fikir baik buruk sesuatu hal.

Dalam hati, aku sangat risaukan kakak aku. Aku betul-betul tak paham macam mana kehidupan dia yang sebenarnya. Hidup jauh dari parents, depan mak ayah lengkap tudung, tapi kalau pergi kelas, dengan dress paras paha dia, aku betul-betul risau. Boyfriend pun aku tak tahu yang mana satu betul-betul dia cinta. Ramai sangat. Aku cuma takut dia terjebak dengan benda yang tak betul. She's a nice girl cuma itulah... susah nak cakap...

Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak