Posts

Showing posts from February, 2015

Selesai

Hajat di hati nak buat H sedar yang dia tak boleh main-main dengan aku pasal NH. Tapi nampaknya, dia pulak yang ada emosi perempuan. Aku saja ignore dia, buat dia sedar yang dia jangan sesuka hati bergurau dengan aku lebih-lebih lagi melibatkan NH. Tapi dia buat benda yang aku tak suka dan perkara tu buat aku sangat marah. Lebih-lebih lagi ketika kejadian tahap kemarahan aku berada pada takat maksimum. Akhirnya aku ignore dia. Hari pertama memang dah nampak muka masam dia. Tapi aku sengaja buat tak nampak. Perasaan bersalah dan sedih mula hadir masa Pengajian Am. Bestfriend dia blah ke kelas sebelah untuk join kelas Pengajian Am cikgu Hii. Biasanya, ketika Pengajian Am, memang dia ikut aku. Walaupun aku memang duduk dalam kelompok perempuan. Tapi dia tak kisah langsung pasal hal tu. Lain pula situasinya hari tu. Dia tak bergerak pun dari tempat asalnya. Situ je. Sorang. Diam. Pura-pura faham dan fokus. Wajahnya sangat jujur. Tak susah langsung aku nak faham raut muka dia yang tengah s…

Isnin

Aku rasa bapak aku dah kembali ke zaman bujang la. Takde melekat kat rumah pun. Asek lesap aje kerjanya. Aku malas nak tanya. Kang aku tanya, takdenya dia nak menjawab soalan aku. Buat muka toya lagi adalah. Janganla satu hari nanti dia bawak bakal bini pulak ke rumah. Memang aku cekik bakal bini dia tu nanti. K merapu.Jumaat dah. Esok Sabtu. Lusa Ahad. Tulat Isnin. Hm Isnin. Sekarang dah pukul 11.20 pagi. Kejapnya cuti. Kerja rumah tak siap lagi. Rasa nak hire orang je mintak tolong buatkan homework. So aku boleh la rehat sikit. Tiap malam berusaha nak siapkan homework sampai sanggup tidur pukul 12 malam. Itupun tak siap jugak. Sebabnya, kerja mengira aku memang lemah sikit. Aku malas nak buat kerja rumah esei. Walhal itu yang paling senang. Salin karangan berdasarkan rangka yang cikgu dah bagi. Bahaya betul penyakit malas. Datanglah jenis penyakit parah pun, tetap jugak penyakit malas ni yang teruk. Tiap malam meja penuh dengan rujukan jenis-jenis graf yang lama. Sampaikan bapak aku…

Malas

Maksud cuti dalam mazhab aku ialah, bermalas-malasan dan hanya buat tak tahu. Tapi nampaknya maksud cuti macam tu tak valid dalam Kamus Dewan. Patutnya cuti ni takyah la bagi homework. Dah bagi masa hari biasa, tak kan cuti pun nak ganggu student. K aku merapu. Dalam aku sibuk bergolek-golek, terlentang kat sofa, rupanya dah hari Rabu? Aih tak sedar langsung. Hahah. Tinggal 5 hari lagi nak buka sekolah. Hm kejapnyeee. Aku masih nak menikmati cuti. Kenang pasal sekolah nak bukak, terus teringat pasal kuiz Ekonomi hari tu. Sah-sah gagal aku ni. Memang rotan ler jawabnye. Mampus la nak~ Lepas tu dengan macam-macam homework kena submit. Tenung wajah kecewa cikgu Lily lagi ohhh, plis I masih nak cuti huhu. Penat la gini. Langsung takleh berehat tenang mental aku. Berkenaan topik malas. Sebenanrnya aku tau ada banyak homework nak buat. Tapi aku tak mampu nak buat siang-siang ni. Ntah kenapa. Baru tenung je, rasa menyampah nak buat. Aku lebih suka buat waktu malam. Suasana lebih nyaman walau…

Benda dah lalu

Hancur berderai. Cuma itu yang mampu aku sebut sekarang. Geografi yang aku harap-harap dapat gred baik, itulah yang paling menghampakan aku. Terbayang wajah cikgu Lily. Sangat sedih. Bingung aku fikir, apa yang aku jawab masa tu? Rasanya aku langsung tak tinggalkan walau satupun ruangan kosong. 0.00. Sakit betul hati aku. Nasib baik Pengajian Am dan Bahasa Melayu dapat B dan B+. Aku tahu bapak kecewa. Tapi, sebab dia nampak mata kembang aku, dia tahan dan bagi dorongan. Itulah bapak. Tak marah, walaupun kecewa. Tak melenting, walaupun dilukai. Tetap dengan kata-kata semangat dia. Rasanya kalau mama masih ada, memang dah kena berdas-das. Memang tak patut aku cakap macam ni, tapi terpaksa sebut jugak kat sini. Syukur dia dah takda. Kalau masih ada, memang hati dia hancur. Tak pernah-pernah sebelum ni aku gagal, aku dapat 0 aje. Memang ni kali pertama. Kekecewaan bapak, nampak sangat. Cepat je dia rawat hati. Awalnya, dia tanya, "susah sangatkah Geografi?". Aku cakap, "mem…

Seminggu.

Rasanya dalam seminggu ni aku langsung tak contact Norai sejak pertemuan kami Jumaat lepas. Norai pun tak contact aku. Sama-sama sibuk. Aku memang selalu sibuk. Sibuk menyibuk hal orang hahah takdelah. Memang seminggu ni aku cukup sibuk sebab kedatangan Pengetua baru memang menghuru-harakan waktu rehat aku. Kalau dulu hari Rabu dan Khamis aku boleh balik rumah lebih awal ataupun diberi masa untuk rehat sekejap sebelum perjumpaan kelab. Sekarang, janganlah nak harapkan apa-apa. Hati sendiri yang berdarah lebih dalam. Isnin Selasa takpayah sebut sebab memang sampai rumah pukul 2 atau 2.30 petang. Setengah jam untuk makan, 40 minit mandi, duduk depan kipas untuk keringkan diri. Apa? 40 minit mandi? Memang. Kalau boleh biar kecut satu badan. Aku buat life decision masa mandi. Hari Isnin dan Selasa memang dah terbiasa dengan tutorial so bapak aku pun no hal. Yang Rabu dan Khamis ni, seriyesli aku jarang turun untuk Ko-K. Sebab masa arwah mak masih ada dulu, dia selalu komplen aku asyik bal…

Weekend tapi hmph!

Image
Dah Ahad. Kawan-kawan matrik pun dah mencicit balik ke kolej masing-masing. I wonder how is that feeling when your are leaving your family with all those big luggage dan dibekalkan dengan bekalan roti kering dan ciuman kasih sayang mak kat pipi dan usapan tangan kasar bapak kat kepala. Well, for me, yang ada sekarang cuma tangan kasar bapak dan bebelan mak cik. Heh. Ahad gini pun masih lagi sibuk ngan homework yang tak reti-reti nak habis. Kalau habis pun hari ni, esok datang lagi kerja rumah. Dan seterusnya sampai habis Form 6. Kalau aku tau gini, tak ku pilih Tingkatan 6. Hahah gurau. Bila sibuk buat homework, taulah apa rupanya meja study. Meja study aku 1 Malaysia ada. Bukan setakat peralatan menulis, anak tudung pun ada. Novel toksah sebut. Konfem ada. Tebal bak hang. Aku panggil tu sebagai terapi. Kalau penat buat homework, boleh belek jap novel. Pastu sambung balik dengan homework. Lampu belajar penuh dengan tampalan sticky notes. Sebagai peringatan untuk siapkan homework. Tang…