Isnin

Aku rasa bapak aku dah kembali ke zaman bujang la. Takde melekat kat rumah pun. Asek lesap aje kerjanya. Aku malas nak tanya. Kang aku tanya, takdenya dia nak menjawab soalan aku. Buat muka toya lagi adalah. Janganla satu hari nanti dia bawak bakal bini pulak ke rumah. Memang aku cekik bakal bini dia tu nanti.

K merapu.

Jumaat dah. Esok Sabtu. Lusa Ahad. Tulat Isnin. Hm Isnin. Sekarang dah pukul 11.20 pagi. Kejapnya cuti. Kerja rumah tak siap lagi. Rasa nak hire orang je mintak tolong buatkan homework. So aku boleh la rehat sikit. Tiap malam berusaha nak siapkan homework sampai sanggup tidur pukul 12 malam. Itupun tak siap jugak. Sebabnya, kerja mengira aku memang lemah sikit. Aku malas nak buat kerja rumah esei. Walhal itu yang paling senang. Salin karangan berdasarkan rangka yang cikgu dah bagi. Bahaya betul penyakit malas. Datanglah jenis penyakit parah pun, tetap jugak penyakit malas ni yang teruk.

Tiap malam meja penuh dengan rujukan jenis-jenis graf yang lama. Sampaikan bapak aku pun tak sanggup nak masuk bilik aku sebab peralatan sekolah dah merebak sampai ke katil. Meja 2 buah tak cukup, kenalah letak kat katil. Nasiblah tempoh penggal cuma 6 bulan je. Kalau setahun, memang dah lama aku arwah.

Aku memang tak lalu nak buat homework siang-siang camni. Kalau malam, baru ada thrill sikit. Hahah yelah tu. Siang camni aku biasa santai-santai. Ambik tenaga untuk malam kang.

Penat la weh tiap malam tido lewat.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian