Malas

Maksud cuti dalam mazhab aku ialah, bermalas-malasan dan hanya buat tak tahu. Tapi nampaknya maksud cuti macam tu tak valid dalam Kamus Dewan. Patutnya cuti ni takyah la bagi homework. Dah bagi masa hari biasa, tak kan cuti pun nak ganggu student.

K aku merapu.

Dalam aku sibuk bergolek-golek, terlentang kat sofa, rupanya dah hari Rabu? Aih tak sedar langsung. Hahah. Tinggal 5 hari lagi nak buka sekolah. Hm kejapnyeee. Aku masih nak menikmati cuti.

Kenang pasal sekolah nak bukak, terus teringat pasal kuiz Ekonomi hari tu. Sah-sah gagal aku ni. Memang rotan ler jawabnye. Mampus la nak~ Lepas tu dengan macam-macam homework kena submit. Tenung wajah kecewa cikgu Lily lagi ohhh, plis I masih nak cuti huhu. Penat la gini. Langsung takleh berehat tenang mental aku.

Berkenaan topik malas. Sebenanrnya aku tau ada banyak homework nak buat. Tapi aku tak mampu nak buat siang-siang ni. Ntah kenapa. Baru tenung je, rasa menyampah nak buat. Aku lebih suka buat waktu malam. Suasana lebih nyaman walaupun tak sejuk sangat. Aku patut request satu bilik gelap la kat rumah ni. So aku anggap sebagai malam je selama 24 jam hahah. Jadi homework pun boleh siap lebih cepat dan kemas. Buat homework siang-siang buta ni buat aku jadi lagi pemalas. Nanti ntah pape rupa tulisan aku.

Hari ni, aku rasa malas nak masak. Takde bahan. Malas ah. Mungkin patot request KepSi je nanti. Bapak pun naik kapal ari ni. Konfem dia dah dijamu ngan pelbagai hidangan oleh kapten kapal. Aku ajelah yang kebulur ni kang

Tapi, aku rasa malas pulak nak makan. Hahah haram jadah perangai. Memang macam ni kalau hari cuti. Malas makan memang wajib sebab anggap pagi tadi dah melantak sepinggan so kekal kenyang sampai malam. Malas makan, tapi mana datang lemak terkumpul tu? I kenot brain dis hahah.

Bapak patut bersyukur ada anak macam aku. Yang pemalas nak tengok tv. So dia takyah bayar bill Astro memahal setiap bulan. Tapi, tab 24/7. Hahah. Bil letrik yang melibatkan aku cumalah penggunaan oven selama 10 minit tiap pagi, kipas, pengecasan tablet dan lampu study setiap malam. Itu je. Hahah. Untung tau dapat aku. Bukan kaki bazir letrik.

Dah malas ah nak sambung. Nak cuba muhasabah diri supaya buat homework masa siang benderang ni.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak