Selesai

Hajat di hati nak buat H sedar yang dia tak boleh main-main dengan aku pasal NH. Tapi nampaknya, dia pulak yang ada emosi perempuan. Aku saja ignore dia, buat dia sedar yang dia jangan sesuka hati bergurau dengan aku lebih-lebih lagi melibatkan NH. Tapi dia buat benda yang aku tak suka dan perkara tu buat aku sangat marah. Lebih-lebih lagi ketika kejadian tahap kemarahan aku berada pada takat maksimum. Akhirnya aku ignore dia.

Hari pertama memang dah nampak muka masam dia. Tapi aku sengaja buat tak nampak. Perasaan bersalah dan sedih mula hadir masa Pengajian Am. Bestfriend dia blah ke kelas sebelah untuk join kelas Pengajian Am cikgu Hii. Biasanya, ketika Pengajian Am, memang dia ikut aku. Walaupun aku memang duduk dalam kelompok perempuan. Tapi dia tak kisah langsung pasal hal tu. Lain pula situasinya hari tu. Dia tak bergerak pun dari tempat asalnya. Situ je. Sorang. Diam. Pura-pura faham dan fokus. Wajahnya sangat jujur. Tak susah langsung aku nak faham raut muka dia yang tengah sedih. Ketika itu pun aku dah rasa lain. Aku pulak tetiba rasa bersalah. Tinggalkan dia sendirian. Tapi kerana ego, aku batalkan hasrat hati untuk ajak dia join komuniti partner in crime aku, T.

Hari kedua, aku nampak dia semakin teruk. Wajahnya memang sangat sedih. Masa tu aku dah pun sejuk sepenuhnya. Cuma aku tak reti cara nak mula tegur dia. Lagipun aku nampak dia letih. Tak berani. Mungkin semalam malam dia fikir pasal hal tu kot. Entah. Siapa aku nak teka orang. Walaupun aku agak mind reader orangnya. Cuma bila aku dapat tahu dia ada post moment kat WeChat, dan dia hide moment dia dari aku. Mula-mula masa baca tu, aku rasa sedih. Dia rasa terpinggir dan diabaikan. Memang aku akui, aku dan 3 jejaka tu memang boleh dikatakan sangat rapat. Bila dah jadi macam tu, seolah -olah dia kehilangan. Terus aku tak dapat nak join badminton. Aku rasa lemah. Bila aku start pegang raket pun, rasanya minda aku dah jauh melayang sampai aku langsung tak dapat nak balas balik bulu tangkis. Thanks to you, J. J bagi semangat pada aku. You are such a good brother.

Akhirnya, selepas banyak air mata jatuh, aku ambik keputusan untuk pujuk dia. Itupun sebab N,T dan J bagi sokongan dan dorongan. Paling kerap bagi sokongan ialah T. Sebab kami sama-sama perempuan dan dia memahami sepenuhnya situasi aku. Malam tu jugak, aku karang satu karangan dan aku send pada H. Lepas je selesai send, badan aku mula rasa tak sedap. Aku ambik keputusan untuk rest. Sebelum tu jugak, J tetap dengan peranan dia sebagai abang. Katanya, mungkin aku mengalami simptom kemurungan. Dan aku kata, aku kurang kasih sayang agaknya. Balasnya, You hv us. Terharu sangat tapi aku dah tak larat nak balas. Aku penat sangat. Pertama kali hujung minggu, aku tidur sebelum pukul 9. Mental aku dah tak larat nak tampung semuanya.

Pagi ni, aku dapat tahu H dah pun maafkan aku. Alhamdulillah dah selesai konflik tu. Harapnya H sedar yang dia tak boleh lagi nak buat perkara macam tu dengan aku. Mungkin dia ingat aku ni separuh perempuan, aku tak punya perasaan perempuan. Fitrahnya aku ialah perempuan walau macam manapun perwatakan aku di matanya. Hakikat sebenar, sebab konflik tu, kami sama-sama terseksa. Aku terseksa tengok dia sendirian dan berpura-pura kuat, dan dia terseksa kerana rasa dipinggirkan dan terabai. Mudahan tak berlaku lagi perkara ni.

Oh, pasal NH, aku putuskan untuk jadi lebih profesional. Relakan saja apa nak jadi sekalipun. Aku dah pun minta maaf pada dia. Harapnya okey sajalah apa nak jadi.

Nampaknya, lepas ni aku perlu lebih bijak kawal emosi. Emosi aku sekarang memang lebih teruk dari dulu. Mungkin efek lepas mak pergi kot. Aku di bawah jagaan bapa yang biasa-biasa saja tanpa ada apa-apa reaksi. Mungkin rasa kosong tu menjadikan aku rasa nak menguasai semuanya. Hm. Ada pulak mak sedara yang gemar menjentik kemarahan aku dengan soalannya yang tak pernah habis. Penat gini.

Situasi meminggirkan, mengabaikan dan akhirnya sendiri yang sakit memang payah. Lebih-lebih lagi orang tu dah dapat tempat dalam hati kita dan dalam masa yang sama jugak, orang tu memang rapat dengan kita... sakit sangat.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian