Seminggu.

Rasanya dalam seminggu ni aku langsung tak contact Norai sejak pertemuan kami Jumaat lepas. Norai pun tak contact aku. Sama-sama sibuk. Aku memang selalu sibuk. Sibuk menyibuk hal orang hahah takdelah. Memang seminggu ni aku cukup sibuk sebab kedatangan Pengetua baru memang menghuru-harakan waktu rehat aku. Kalau dulu hari Rabu dan Khamis aku boleh balik rumah lebih awal ataupun diberi masa untuk rehat sekejap sebelum perjumpaan kelab. Sekarang, janganlah nak harapkan apa-apa. Hati sendiri yang berdarah lebih dalam.

Isnin Selasa takpayah sebut sebab memang sampai rumah pukul 2 atau 2.30 petang. Setengah jam untuk makan, 40 minit mandi, duduk depan kipas untuk keringkan diri. Apa? 40 minit mandi? Memang. Kalau boleh biar kecut satu badan. Aku buat life decision masa mandi.

Hari Isnin dan Selasa memang dah terbiasa dengan tutorial so bapak aku pun no hal. Yang Rabu dan Khamis ni, seriyesli aku jarang turun untuk Ko-K. Sebab masa arwah mak masih ada dulu, dia selalu komplen aku asyik balik lewat. So untuk mengelakkan kena bebel, aku ponteng Ko-K sejak dari zaman sekolah rendah lagi. Paham-pahamlah kalau kaum mak mak ni. Kita nak aktifkan diri dalam Ko-K dikatanya tak jugak pandai-pandai walaupun hari-hari balik lewat. Syukurlah aku ni tebal telinga. Kalau tak, dah lama putus. Selain aku nak aktifkan diri dalam Ko-K, aku nak hilangkan kesunyian sebenarnya. Balik rumah pun bukannya ada orang. Tak habis-habis pegi belai Bujang ngan Oncet. Tak pun Ketot. Errr... Bujang, Oncet dan Ketot tu kucing aku sebenarnya hahah.

Hari ni (Jumaat) pun sama. Join Badminton je lah sebab aku tak pernah tau pun bila perjumpaan Petanque. Aku dah gantung raket sebenarnya tapi aku start balik. Kaku jugakla awal-awal tadi. Asyik tak boleh tangkap je. Lama-lama, okey dah sikit. Tapi aku paling tak suka part kami kena berlari sekeliling dewan. Aku ni part berlari memang benci betul. Aku ni terlalu comel untuk disuruh berlari.Hahah.

Since Super Senior (Form 6) ada bahagian Ko-K masing-masing, kami ada keistimewaan untuk tidak bercampur dengan pelajar lain. Kecuali Unit Beruniform. So, masalah pelajar dikurung dalam pagar sekolah tu tidak melibatkan kami yang dah... ehem...tua ni. Aku nak share pasal pelajar yang dikurung dalam perkarangan sekolah ni jugak sebenarnya.

Pada kali pertama bersua muka dengan pengetua baru ni ketika perhimpunan pertama bersama beliau. Minggu kedua atau ketiga persekolahan kalau tak silap aku dia mula mentadbir sekolah ni. Memang aku sayangkan dia sebab dia kasi student duduk ketika perhimpunan. Pengetua perempuan memang ramai camni. Dia nak suruh orang fokus dengan apa yang dia nak sampaikan.

Tapi sejak insiden dia awalkan waktu perhimpunan hari tu, aku mula rasa Pengetua ni perfectionist. Sudahlah orang bawak beg berat-berat, ingat nak pegi letak kat kelas pastu boleh la bersandar kejap lat kerusi sebelum mula perhimpunan, tapi dia kunci setiap pagar ke tingkat bilik darjah. Melampau sungguh. Itu masih okey. Paling tak tahan, dia pergi kurung semua pelajar pada Rabu lalu. Dalam perkarangan sekolah. Sekurang-kurangnya, maklumkanlah dulu. Mak ayah ramai tunggu kat luar pagar tu. Kenapa kejam sangat tindakanmu, Puan Pengetua? Ingat student semua datang sekolah mak ayah yang hantar? Bagaimana dengan student yang gunakan van atau bas? Sepanjang pengalaman aku yang pernah guna van dan bas ke sekolah suatu ketika dahulu, begitu payah nak cari pemandu yang sanggup ambik budak dalam kuantiti sikit. Setakat sorang dua, mana ada yang nak. Budak sesi petang lagi susah. Ko-K diorang mula pukul 10 pagi. Bayangkan mak ayah yang bekerja ikut waktu pejabat. Bukan ke susah diorang nak keluar kalau bukan waktu rehat untuk hantar anak?

Macam- macam perkara yang dia nak tukar. Penatla macam ni. Semua benda nak ditukar. Waktu perhimpunan, susunan jadual, nama kelas, waktu Ko-K dan ntah apa-apa lagi. Kalau macam tu, baik suruh guru ALD sesi petang henti seret rotan. Aku gerun betul tengok rotan tu. Rasanya kalau ukur guna badan aku, rotan tu panjangnya dari paras atas pinggang ke tapak kaki. Bapak aku selalu pesan, kalau aku kena rotan dengan cikgu, mesti terus lapor kat dia. Sebab dia paling tak suka ada orang berkasar dengan aku kerana, dia sendiri mana pernah jentik aku. Garang bapak aku cuma guna ayat je. Tindakan tak mungkin sekali-kali pun. Sebenarnya bapak aku jarang marah ngehngeh. Tapi walaupun aku dah kena 4 kali rotan cikgu Ekonomi, aku tak lapor apa-apa pun. Takut nanti jadi masalah besar pulak kalau dia serang sekolah sebab masih guna sistem rotan dan sesuka hati rotan anak orang.

Okay terlebih cerita lak aku ni. Dalam seminggu ni macam -macam hal jadi. Dan rasanya minggu ni memang aku banyak dosa. Mengumpat NH la, apalagi. Hari ni tak gosip sangat sebab partner in crime aku, si Tracy takde mood sebab dia mengantuk. Tapi aku memang dendam betul dengan 3 sekawan yang jadi sasaran NH tu. Diorang tau aku memang tak nak duduk semeja mahupun bersebelahan dengan NH, tapi diorang pegi halau NH supaya duduk sebaris dengan aku kat kelas BM tadi. Memang cari nahas betul. Cubalah suruh NH pegi duduk tempat lain atau ajak aku duduk satu baris dengan diorang. Anggap jelah aku lelaki yang berpakaian wanita. Bukan asli sangat pun aku ni. Kepala lebih kurang je cuma perlu censored sikit. Tak kesian langsung dengan aku. Sampai hati. Huh!

Terakhir tapi bukan yang tersikit, (baca : Last but not least,) esok dah cuti! Happy Chinese New Year kepada yang menyambut terutama sekali classmates aku yang merangkap partner in crime serta mangsa buli, Tracy Liong dan Jerrold Wee. Raya, raya jugak. Homework jangan lupa.

Bai!

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak