Weekend tapi hmph!

Dah Ahad. Kawan-kawan matrik pun dah mencicit balik ke kolej masing-masing. I wonder how is that feeling when your are leaving your family with all those big luggage dan dibekalkan dengan bekalan roti kering dan ciuman kasih sayang mak kat pipi dan usapan tangan kasar bapak kat kepala. Well, for me, yang ada sekarang cuma tangan kasar bapak dan bebelan mak cik. Heh.

Ahad gini pun masih lagi sibuk ngan homework yang tak reti-reti nak habis. Kalau habis pun hari ni, esok datang lagi kerja rumah. Dan seterusnya sampai habis Form 6. Kalau aku tau gini, tak ku pilih Tingkatan 6. Hahah gurau. Bila sibuk buat homework, taulah apa rupanya meja study. Meja study aku 1 Malaysia ada. Bukan setakat peralatan menulis, anak tudung pun ada. Novel toksah sebut. Konfem ada. Tebal bak hang. Aku panggil tu sebagai terapi. Kalau penat buat homework, boleh belek jap novel. Pastu sambung balik dengan homework.

Lampu belajar penuh dengan tampalan sticky notes. Sebagai peringatan untuk siapkan homework. Tanggal satu, naik lagi 3. Tandanya, kerja sentiasa datang dan tak reti-reti nak tamat. Pergh. Matai. Nak tak nak, kena siap. Bapak panggil pegi makan pun tak dengar sebab busy. Last last, bapak yang fed up. Penat panggil sebab aku tak reti nak berenti buat kerja. Syukur bapak aku bukan kaki membebel.

Patutnya Ahad gini aku rehat. Petang nanti baru sambung homework. Tapi, semalam tetiba angin rajin nak datang tolong gotong royong kat sekolah. Rare tu. Tak pernah-pernah aku sudi lend a hand kat cikgu-cikgu. Salah, bukan tak pernah, jarang. Hahah. Lepas siap semalam, ingat nak balik rumah. Tapi bapak aku sengaja nak kasi aku kerja lebih hari ni. Dia bawak aku pergi round satu Parkcity Mall yang aku dah hafal tiap ceruk kedai. Naik muak lagi adalah. Agaknya tutup mata pegi situ pun aku tau mana MarryBrown atau naik 2nd floor pegi Popular.

Lagi satu semalam, bapak aku punya angin baik punye sampai sanggup belanja coklat. Vochelle lagi. Ambik jelah. Pepero pun aku tapau 2 kotak. Yang kecik je. Malam tu makan terus lepas letak lam fridge. Post kat wechat, sambil siapkan homework, makan pepero. Semangatlah konon. Rupanya, Pepero tu tak disahkan halal oleh mana-mana jabatan pengiktiraf halal di mana-mana negara. S*it! Sedap aku balun 2 kotak tu. Hikmah di sebaliknya. Huhu.

Lumrah kalau buat homework, aku mana reti nak duduk diam. Kejap-kejap pegi tukar lagu. Lepas tu g bukak Hay Day. Sambung homework. Lepas 10 minit, g refill air sirap lam cawan. Bawak masuk bilik. G ambik elixir ngan money kat Clash Of Clans. Menyerang jap. Sambung homework. Dan seterusnya. Dalam sibuk gedebak gedebuk itu ini, siap 4 esei panjang geografi. Sengih.

Hari ni pun sama. Ada 5 esei untuk dibuat dan ntah berapa soalan struktur. Reasons why aku suka buat geografi ialah, aku suka geografi. Dan jawapan disertakan sekali. Salin je. Janji faham dan ingat. Err aku faham je. Ingatnya belum. MUET Writing tak setel lagi. Ekonomi setel. Tapi minggu ni kuiz. Matai. Gagal rotan. Mati la nakkk~ Pastu meeting kelab dan persatuan setiap Rabu dan Khamis. Pengetua la ni. Bagi pekeliling, siap letak Akta ntah apa ntah namanya, nak suruh student ingat Ko-K tu wajib. Tau lah. Antara malas dan rajin jer tuh.

Argh esok jadual baru berkuatkuasa. Aku rasa jadual SMK Bandar kali ni pakai buang. Sedihnya esok, ada MUET. Sedihnya esok, ada Ekonomi. Dan paling perit, esok Ekonomi turn sape ajar? Sedihnya sedihnya. Sedihnya huhu~

p/s : esok nak pakai baju serba hitam. Tanda berkabung kerja rumah tak reti nak siap.

pp/s : aku penat mental ni. Bawak aku outing pliz

ppp/s : sekian terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak