Akhirnya!

Pergh! Lega giler speaking test dah tamat. Dan aku berjaya ambik semua paper MUET. Bukan main aku nervous melampau beberapa minggu lepas. Rasanya lepas je abis Ujian Progresif 1, aku dah mula tak senang duduk sebab anytime Speaking test akan dijalankan dalam kelas. Tekaan aku betul. Bridget dan Vero dah sedia nampaknya. Aku je yang terlebih stress walhal diorang rilek aje.

Semalam, aku cakap kat diri sendiri, "jangan pentingkan diri. Budak 2 tu dah sedia awal-awal. Dah tak sabar nak selesaikan segala urusan Speaking. Buat apa aku nak tangguh-tangguh lagi.." Lagipun rasanya aku dah hafal kot benda yang perlu disebut masa test tu. So malam tu jugak, aku janji dengan diri, tak akan cuba untuk melambat-lambatkan masa. Penat Bridget pujuk aku supaya jadi kumpulan pertama, tapi aku yang tak nak. So aku cakap la, better kita ambik turn yang ketiga. Since memula aku ingat, aku boleh mintak point dari group pertama. Rupanya, soalan kami lain. Nasib banyak elaboration. Alhamdulillah.

Test tu berjalan dengan lancar. Tapi, Candidate D ada masalah. Dia dari kelas sebelah since kami tak cukup orang. Si Mag kan dah blah ke politeknik. So kami tinggal bertiga ajelah. Candidate D ada point tapi dia sendiri tak paham apa soalan tu. Masa diberi peluang untuk bertanya, tak pulak dia tanya. Syukur je lah aku punya mood baik sikit lepas dah lama dalam test tu. Walaupun hari ni pakaian aku macam ada aura negatif. Suram abis hahah. Nasibla aku tak tersekat dan suara pun okey. Masa Task B tu aje aku diminta untuk kuatkan suara. Gasakla klasmet yang lain terdengar point of view aku. Geram tu. Tak sangka aku tak teruk sangat tersekat. Adala sekat-sekat tu tapi sekurang-kurangnya lebih baik dari yang last time punya. Syukur.

Cikgu MUET pun nampaknya tak sabar-sabar nak abiskan urusan MUET. Aku pun rasa tak sabar nak tahu keputusan. Mudahan Band 3 la sekurang-kurangnya.

Dalam aku gelak besar tiap hari, melalak, pura-pura fokus dalam kelas Ekonomi cikgu Wong, rupanya tinggal 6 minggu je lagi. Masak aku. Kerja kursus Pengajian Am belum selesai lagi. Progress masih yang itu-itu jugak. Dulu kata kalau dah ada laptop sendiri, boleh la buat kerja. Sekarang dah ada laptop, belum jugak start lagi. Sibuk nak buat presentation Geografi pulak. Nanti, kerja kursus P.Am tu pun perlu buat presentation jugak. Adoi. Penat aku.

Okay, perlu kembali membuat kerja. Selamat malam.

Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak