Cuti lagi

Seronok ah taun ni. Asyik jumpa cuti je. Dulu dapat cuti free seminggu sebab banjir. Pastu, cuti CNY pulak. Baru je sekolah 2 minggu cuti lagi. Yang ni aku tak tau cuti apa. Aku gelar dia cuti seminggu.

Nama pun cuti, mesti la bunyi seronok. Tapi thrill cuti tu dah dimusnahkan oleh homework. Ada 10 esei MUET untuk disalin, lengkapkan Buku LP Geografi dari tutorial 11 sampai 16, sediakan esei BM untuk kerja kursus, latihan ekonomi dan geografi, slide presentation untuk geografi, temubual untuk kerja kursus Pengajian Am pergh! Rasa nak naik roket dan tinggal kat angkasa je. Tak nak balik ke bumi dah. Belum lagi kelas tambahan Geografi dan Ekonomi. Yang latihan 2 jenis tu nanti bincang kat kelas. Mampus nakkk~

First night cuti, aku dah setelkan 2 esei MUET. Hari ni, aku buat kat library, dapat siap lagi 2. Kalau tak sebab tetiba si Lvyna terpacul sama kat library, mungkin aku dapat siapkan 3 esei. Sebab dia adalah, aku tak fokus. Bercakap aje. Hahah. Sengaja siapkan MUET dulu. Sebab dia masuk kategori senang. Salin je.

Aku tengah fikir cara untuk tahan diri dari beli online. Tak leh tengok benda lawa, mesti mengada nak jugak. Pasal duit, bukanla masalah sangat. Masalah terbesar kalau nak beli online ialah penghantaran. Abam posmen selalu hanta barang masa tak da orang kat umah. Terpaksa pegi ke post opis nak tebus barang. Bapak aku malas part yang tu. Tu lah, aku request nak ambik lesen motor, tak nak. Nak jugak susahkan diri.

Dan dalam aku tengah fikir nak tahan diri, aku dah oder satu skirt kaler grey. Harga exclude postage RM29. Masuk postage to SS, RM39. Murah tu. Susah cari skirt murah dan sesuai untuk orang macam aku ni yang plus size. Kalau ada pun, mesti lebih RM50. Memula aku ingat bapak aku tak kasi aku oder. Pastu aku tanya second time, dia suruh rupanya. Suka betul buat aku seram nak request.

Amboi perut aku. Jam ni jugak nak mintak dibawak ke tandas. Kbai

Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak