#Laptop Barew

Ada orang yang berenti sengih sejak tadi. Akulah orang tu. Wahahahah! Akhirnya, benda yang ku impi-impikan sejak Disember tahun lepas akhirnya jatuh ke ribaku. Alhamdulillah. Mungkin orang belikan aku laptop ni sebab penat dengar aku asyik merengek payah nak buat kerja. Alasan sungguh tak lojik. Wehehehehe. Saja nak bikin panas. Bukan takde laptop makcik. Cuma ku mengada-ngada tak sudi nak pakai dengan alasan takleh print kerja. Aku jugak yang bengap sebab tak install HP kat laptop tu. Alasan lainnya, old pesen sangat laptop tu. Ntah zaman bila punya Acer la tu. Nak klik pun payah. Kena tekan benda alah tu pulak. Mouse pulak canggih terlebih. Sanggup aku salin balik guna pen kat kertas. Sengaja nak tunjuk rebel. LOL

Pandai pulak mak cik nak kenakan aku. Kemain lagi bikin mood guwa panas. Oh ya, laptop ni ditaja sepenuhnya oleh MakNgah Sdn Bhd. Thanks. Len kali belikan lagi ek kalau aku request. Huihui. Dia pegi ajak konon-konon nak belikan tudung raya. Aku yang berkeras tak nak walaupun dia paksa. Yelah, tadi dia buat aku menggelegak dengan segala bentuk komentar sampai aku naik stress dan akhirnya cuma guna angguk geleng kalau diajukan pertanyaan. Paling baik pun aku cakap, "hmmm~". Kuang hajo betul. Rupanya, cari gaduh tu tadi sengaja nak kenakan kita. Suwit la sangat mak cik oi.

Memandangkan ada laptop ni, segala kerja rumah telah kuabaikan sepenuhnya! Biar sibuk godek-godek segala benda alah yang ada dalam laptop ni dari buat homework. Sungguh ku sedar esok banyak yang kena hantar kat cikgu. Tapi, kerana U6A1 ni dalam kalangan yang bersatu hati, telah dipatrikan segala ikrar dan janji untuk tak mahu hantar homework esok hari. Masalahnya nanti si Daisy tu. Konfem dia hantar dan cikgu ingat segala jenis homework perlu dihantar esok hari. Kena fikir cara macam mana nak halang Daisy hantar homework. Hmmm. Mungkin kat kerusi Daisy perlu dilekat gam UHU. Once it melekat, forever kenot be shuh shuh. Lewlz.

Esok sekolah dah. Ku sangkakan cuti ada lagi 3 bulan sebab homework dibagi dalam tempoh seminggu ni serupa untuk cuti 3 bulan. Tengok, jam dah pukul 10. Takleh nak berangan lagi sebelum tidur. Kena tidur terus. Bai.

p/s : Post ni ditulis guna laptop #barew. Riak giler seh! Hahahah!

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak