Result dah out Jahhhh

Lupa pulak aku yang hari ni result SPM diumumkan. Walhal tadi kat sekolah kemain lagi gurau-gurau ngan kengkawan berapa A dalam tangan. Hampehh punya jenaka.

Tahniah buat adek sepupu dapat 4A . Okey la tu dik oi. Akak kau ni dulu, 2 ekor Ayam. Pastu bawak pulak 2 ekor Gajah balik rumah. Tu yang memerap kat form 6 ni. Wahahahahaha *sembunyi duka di lubuk hati yang terdalam...*

Buat semua adik-adik SPM leaver batch '97, bertenanglah. Berjaya ke tak berjaya ke, tolak tepi. Yang penting nampak buah usaha. Tadi nampak sorang friend lam Facebook, stret A gittew. Nak terjojol bijik mata aku. Semua jenis A ada. Memang tahap hebat la tu. 11 subjek pulak tu, MasyaAllah... kalau aku dapat camtu dulu, pergh. Parents aku buat kenduri kesyukuran agaknya. Tapi, aku tak dapat so jimatla duit diorang nak belanja jiran-jiran makan. Hahaha!

Sekarang nilah masanya untuk tentukan pilihan. UPU kalau belum isi, sila isi sekarang. Pilih bebaek tau. Baca betul-betul. Kang salah isi, jadi cam hakak ni hah. Pasal aku salah isi ler, aku tak terima tawaran politeknik batch pertama. Dapat batch kedua tapi kursus yang ditawarkan tak direstui oleh sesiapa. Kira okey la aku tak dapat poli kot, kalau tak kemungkinan besar aku masuk engineering. Plis la. Not mai tes.

Sila bersabar dengan semua tawaran kolej swasta yang tiap hari masuk mailbox rumah korang. Tu suma banyak pakai duit. Kalau tak dapat-dapat jugak tawaran dari IPTA atau matrikulasi, meh ikut langkah akak masuk form 6. Biar korang mereput wahahahahaha! Okey maaf. Kejam sikit. Masa pengajian form 6 pun sebenarnya ada jugak beberapa kali tawaran kemasukan ke politeknik dibuka. UiTM pun ada... Nak senang, masuk je Pra-Diploma. Abis Pra-Diploma, masuk diploma. Okey gak. Yang stok terer-terer tu, apply Asasi. Lagi best kalau lepasan MRSM dapat result gempak gilorsss uolss, bersedialah untuk ke obersi (Baca : Oversea).

Nak jadik cekgu, try apply IPG. Aku dengar untuk pelajar Sabah Sarawak, syarat kemasukan dilonggarkan sedikit. Grab the chance. Rugi tak amek. Kalau aku ni bukan setakat Kibod Worior, mesti aku apply IPG bulan lepas. Tapi apakan daya, ku sembang kencang di alam maya. Masa MUET Speaking Test lam kelas, menikus hahah. LOL.

Untuk pelajar SMK Bandar Bintulu, SMK Baru Bintulu dan SMK Kemena Bintulu, kalau takde peluang sambung ke mana-mana, meh masuk form 6. Boleh jumpa ngan aku. Nanti orientasi insyaAllah aku akan join seksa korang. Sekarang dah ada sistem Majlis Perwakilan Pelajar. Senang citer, Tingkatan 6, Suara Kami Hak Kami. Ceehhhhh. Apa-apa yang nak disuarakan, boleh sembang minum kopi ngan kitorang para senior yang dah nak berambsss dari sekolah ni. Kira hebat la kitorang nak perjuangkan hak kita untuk tidak terikat sepenuhnya dengan rules bebudak form lain. Hebatkan citer aku? Memang. Kibod Worior memang citer lebih. Bahahahah.

Kbai

Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak