Pergilah kau wahai PBS

Hari ni memang the best day lah sepanjang tempoh sebulan yang menyusahkan ni. Sebulan yang begitu rushing, mana nak siapkan homework bertimpa-timpa, kerja kursus berulang kali hantar, nak study untuk trial lagi.... memang super stress dan orang kata aku semakin kurus. Takdela kurus mendadak. Cuma berbeza dari tahun lepas. Entah, aku rasa biasa je kot. Mungkin betul jugak sebab aku betul-betul kurang masa rehat. Makan boleh je sehari sekali, tidur kurang, takde masa nak tengok tv, asyik buat kerja, dan orang sekeliling dah anggap aku ni lifeless bila aku tak tau lagi sekarang kat tv main cerita apa. Hahah!

Tapi dalam penat-penat aku, tak pulak stres teruk sangat. Biasa sahaja. Yang tu memang okeylah. Sebab aku kalau stress, orang sekeliling memang kena libas semua. Paling pressure 2 minggu ni. Trial dan semua orang sibuk siapkan kerja kursus. Siapa ingat nak study bila semua dah letak mindset, "markah PBS lagi penting!". Betul sangat la tu. Last minute sebelum exam pun cikgu pengajian am boleh pulak kembalikan kerja kursus dan kena betulkan semula. Esoknya kena hantar. Pressure tak? Hmmm.

Then hari ni pulak ada presentation. Semalam abis je exam, aku rehat. Penat siapkan PBS then awal pagi pukul 3 kena study untuk BM. Sebab malam sebelumnya aku dah tak larat nak stay up lagi. Minda aku dah betul-betul penat memikirkan apa lagi yang kena tambah dalam PBS pengajian am yang cukup menyusahkan hidup semua orang.  Balik sekolah tu, aku tak nak fikir dulu pasal presentation. Aku nak rehat je. Sampailah pukul 7 malam, aku bukak moment WeChat, then nampak moment classmate aku yang dia stress buat slide sebab panjang sangat dan quite complicated. Tiba-tiba aku rasa cemas. Then cepat-cepat bukak laptop dan start buat slide. Sambil-sambil tu, download gambar pasal adat makan Nasi Temuan.

Seriously memang under pressure semalam. Rushing nak siapkan. Kena bukak Whatsapp berkali-kali jugak since nak jaga hati sorang classmate yang sesuka hati sesedap rasa cakap orang dalam group tu robot. Bukan orang tak nak jawab segala soalan dia tapi masing-masing busy dan tak tau nak jawab apa untuk setiap soalan dia tu. Memandangkan aku online dan aku jugak tahu, so aku jelah yang layan. Tapi seriously aku harap sangat dia dapat IPG so kami tak perlu disusahkan lagi dengan segala amarah dia yang datang mengejut tu.

Punya berusaha aku siapkan slide. Slide aku simple aje. Tak ada nak colourful, just guna theme yang ada. For the first time aku buat slide tak guna apa-apa hiasan pun. Pengajian am je kot. Nak bling lebih-lebih dah kenapa... menyusahkan hahah! Start 7 lebih sampai almost 12 a.m. Dah siap slide tu semua, sibuk pulak nak print. Printer lupa nak bawa masuk bilik, sebab printer tu duduk kat ruang tamu depan tv. Bapak aku belum tidur lagi. Aku rasa memang dia pelik tengok aku yang serba kalut masa tengah malam gitu. Slide tu semua kena print sebagai handout untuk pentaksir nanti. Alhamdulillah printer tak cari pasal dengan aku. Mungkin takut kena tumbuk kot. Sebab dulu pernah jadi bila printer tu buat hal, aku tumbuk printer tu. Lepas tu terus bapak aku akan perhatikan masa aku tengah print something in case kalau printer tu buat hal, aku tak tumbuk printer tu hahah.

Siap sebelum 12 malam. Dah landing kat katil, tak pulak nak tidur. Punya payah aku paksa mata ni. Dapatjugak akhirnya. Alarm berbunyi pukul 5 pagi, boleh pulak aku tak sudi bangun. Kebiasaannya mata aku automatik terbuka luas sebelum pukul 5 lagi. So before alarm, aku boleh la buat senaman ringan dulu. Pagi ni, memang betul-betul tak sudi bangun. Alarm dah bunyi, aku tutup. Then boleh pulak mata ni terkatup sendiri. Payah nak paksa, bangkit jugak dari katil. Effect semalamlah ni. Terlalu lama tenung laptop. Terus mata macam tak clear vision. Bersiap untuk sekolah, aku pilih untuk pakai baju tak lawa. Kira tak lawa la tu sebab warna dull je. Syukurlah semalam sempat rembat shawl instant. Tak payah sibuk nak atur bawal. Memang dah rasa malas sangat dah tu.

Awal pagi lagi dah ada listening test. Lupa nak korek telinga semalam. Konfem khazanah banyak. Kira okeyla sebab soalan tu dah pernah buat so boleh jawab dengan senang hati. Cikgu BM takde, so apalagi, dalam kelas sibuk la atur slide dan bersedia untuk present lepas rehat. Then tiba-tiba ada sehelai kertas sampai ke kelas. Rupanya, list nama dan guru yang akan mentaksir nanti. Sebelum tu, memang harap dapat Cikgu Geoffery sebab dia nampak baik. Taknak cikgu Hii atau Cikgu Kow. Cikgu Azizah pulak konfem tak akan mentaksir kami sebab dia adalah guru pengajian am kelas aku. Tau tak aku dapat siapa? Cikgu Hii Nguok Ho. Masak la nak oi. Aku memang betul-betul tak nak dengan cikgu ni. Sebab masa orientasi dulu dia paksa student untuk jawab soalan sampai dapat. Then kalau student tu mengalah, dia sindir naw naw! Huhu sejarah tu.

Paling epic pulak, nama aku adalah yang pertama dalam list yang akan ditaksir oleh cikgu Hii. Memang epic. Si Haikal pulak kena yang terakhir dalam senarai under Cikgu Kow Pei Hoon. Memang masa tu rasa otak takleh fungsi dengan betul. Why???? Untuk lepaskan rasa tak puas hati, aku bukak lagu yang ada dalam laptop dan bukak besar-besar. Meh dengar OST Fast 7. Feeling gitu. Lepas rehat, dah mula presentation. So kami semua bergerak ke kelas 6 Bawah. Kebetulan masih kosong kan... Budak Lower 6 belum masuk lagi so buat masa sekarang, kelas-kelas tersebut kosong pada sesi pagi. Dah elok duduk kat kerusi tu, semua dihalau keluar. 1 on 1. Pentaksir dan pembentang. Yang lain pulak menunggu penuh debaran. Aku macam biasa, kalut. Dan aku dipaksa untuk jadi yang seterusnya. Mati-mati aku taknak. Sampai satu tahap, aku kalut sampai rasa nak kencing. Sementara tunggu Marilyn U6S1 siap bentang dalam tempoh 10 minit, aku pergi tandas. Lepaskan apa yang patut.

Keluar dari tandas, tiba-tiba confident level aku naik mendadak dan mula yakin untuk jadi pembentang kedua lepas Marilyn. Almaklumlah, muka dah fresh, tudung senget benget dah atur. Naik ke atas, ingat Marilyn belum selesai. Rupanya dah dan nama aku dipanggil. Tapi sebab aku ke tandas so Veronika klasmet aku menawarkan diri. Mulalah rasa kalut balik. Nervous gitu. 10 minit sementara tunggu pembentang lain selesai. Ruang menunggu pulak di kawasan tangga. Ada yang duduk kat tangga, ada yang bersila, ada yang bersandar. Dah rupa orang nak pergi interview. Dengan handout slide kat tangan, serupa macam sijil hahah. Memang kalau capture guna camera, kenangan habis!

Aku pulak mundar mandir. Cuba cari ketenangan, sambil gurau-gurau dengan Jerrold dan tengok drama sebabak Diana tengah pujuk Marwan. How sweet. Selesai Veronika, aku cepat-cepat ke kelas di mana Cikgu Hii berada. Yang lain semua wish luck. "Good luck Nina!" Depan pintu kelas, hendap dulu. Baru ketuk pintu. Cikgu yang greet selamat pagi kat aku. So, aku pun jawab la dengan sopan santun. Ni kalau si dia nampak aku nampak aku yang begitu sopan santun, memang dia amazed. Kacau ah dia takde. Hahah. Masa tu, memang aku dah bersedia untuk mula. Cikgu tanya siapa nama, aku jawab la nama aku then bagi tau dari kelas mana. Nampak profesional gitu. Hahah. Aku pass handout kat dia then dia puji, "macam nilah. Ada handout. Senang saya nak ikut presentation kamu.kawan kamu yang tadi tak ada..."Confident level aku dah naik ke tahap yang bagus. So aku mula bentang, agak risau jugakla kalau lebih 10 minit sebab aku ada 53 slides. Sepanjang membentang, cikgu menguji tahap kefokusan aku dan jugak confident level. Dia nak main psikologi pulak.... Handout yang aku bagi dia tengok sepintas lalu, sambil-sambil belek kerja kursus aku pulak tu. Sampai satu tahap, dia tengok pemandangan luar. Dia tak tengok aku pun!!! Tapi aku teruskan. Kata profesional kan.. hahah.

Selesai bentang 53 slides, cikgu kata aku ngam 10 minit. Pergh gila laju. Sampai ke saat di mana sesi soal jawab bermula. Part nilah yang buat aku sungguh tak sudi dengan cikgu ni. Aku risau takut dia bagi soalan killer dan aku payah nak jawab. Aku diminta untuk pergi ke slide Agama Responden. Dia tanya, "kenapa kamu mengedarkan borang soal selidik kepada responden beragama selain daripada Islam?" Nasib baik pernah terfikir pasal benda ni dulu. So aku jawab dengan confidentnya, "saya ingin tahu pandangan mereka mengenai adat makan Nasi Temuan berdasarkan majlis perkahwinan yang pernah mereka hadiri..." Cikgu agak puas hati dengan jawapan aku. Pergh itu je soalan dia tanya. Aku lah yang risau bagai nak rak.

Keluar dari kelas tu, aku rasa lega dan diriku dalam keadaan tersenyum dan puas hati. Rasa macam segala lelah yang aku rasa sepanjang menyiapkan slide tu terbayar sepenuhnya. Tak sia-sia. Alhamdulillah. Next pembentang, Ann. Aku pulak blah pergi kelas atas. Nak rehat. Lega sangat. Hmmm

Itulah dia. Pertama kali aku rasa sebegini confident dalam presentation. Moga terus kekal begini. Selamanya... cehhh. Mengada gitu.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak