Posts

Showing posts from May, 2015

Permintaannya.

Hari ni, supposed to be mom's 44th birthday cuma dia dah takde kat sini untuk sama-sama duduk depan tv, santai-santai dengan layanan superb. Banyak perkara yang dia tinggalkan pada aku. Amanahnya, barangan miliknya, segala nasihatnya dan paling utama, kenangan bersamanya. Semua tu masih berbekas di hati. Dia ajar aku pelbagai perkara dalam hidup. Hampir semua aku dapat praktikkan dalam hidup. Tapi sayang, dia tak pernah ajar aku macam mana nak hidup tanpa dia.18 tahun bukan satu tempoh singkat. Ditambah lagi dengan 9 bulan dia tanggung aku dalam rahim kecilnya. Pelbagai jenis sakit pernah dia rasai. Penat lelahnya. Kerisauannya yang tak pernah tamat. Besarnya jasa mak kepada anak-anaknya. Sampai ke mati pun, budi tak terbalas. Ada satu perkara yang perlu kami lunaskan setiap kali tiba ulang tahunnya. Jangan sesekali lupa hantar buah tangan ke Haemodialysis unit setiap kali tiba 23 Mei. Tahun lepas, dia sendiri yang share rezeki dengan rakan-rakan yang senasib dengannya. Kami tunai…

STPM Penggal 2

Alhamdulillah tepat jam 10 pagi tadi, tamatlah STPM Penggal 2 dengan hm ntah tak tau nak cakap apa. Memandangkan dah jadi kebiasaan aku untuk share moment yang terjadi sepanjang peperiksaan yang aku duduki, so kali pun samalah. Perut pun dah kenyang, santai gitu. Paper pertama mula pada Selasa, 19 Mei. Pukul 8 pagi. Pengajian Am. Sebelum ni aku pernah share kan, kisah yang terjadi masa peperiksaan peringkat sekolah, aku spent masa banyak untuk graf. Struktur tak jawab, esei buat dalam tempoh 10 minit je. Sejarah berulang kembali. Cuma kali ni, struktur jawab yang 1st and 2nd je. Lagi 3 aku tinggalkan. Jadilah dari takde. Lepas tu terus baca teks graf. Pilihan pertama, aku rasa was-was gitu. Kalau dah was-was baik jangan... Terus tengok pilihan kedua. Macam tau je jawab soalan ni... Rupanya carta pai bertingkat. Okay, now baca petikan. Masa baca petikan tu, tiba-tiba was-was balik, konfem ke ni carta pai bertingkat? Tapi hati cakap, buat jelah soalan ni. Akal kata, baik baca jugak peti…

Countdown to STPM Penggal 2

Pergh, tak sangka sebegini singkat penggal 2. Mana taknya, banyak cuti. Lantak le nak, banyak cuti tu la yang best muahahahahah. Sekarang pukul 3.30 pagi. Sesuai beno nak bukak lagu U-Kiss, 0330. Oh, lagu tu takde lagi. Apa aku buat pagi-pagi buta ni? Sebab dah sedar diri yang ilmu Penggal 2 tu tak reti-reti nak cukup, itu yang tetiba insaf. Sebenarnya minggu ni memang aku selalu set untuk bangun pagi-pagi buta camni. Tapi kebiasaannya tutup alarm lepas tu tutup balik mata. Mengantuk punya pasal la. Ngahahahahahah. Nanti first paper untuk budak-budak Physics yang 6 orang je sekelas tu. The most unlucky one. Kesian korang. Aku lagi kesian kot. Direct 4 paper 3 hari berturut-turut. Uuu taksabarnya untuk duduk paper terakhir so boleh la simpan kejap buku-buku dan nota penggal 2. Takleh bakar dulu, in case perlu repeat kan. Harap tak perlu repeat. Kesian duit. Huhu. Pergh, 1st paper pun belum dah fikir untuk last paper. Semalam (petang) dah beli nombor pin untuk ulangan Penggal 1. Terbang…