Countdown to STPM Penggal 2

Pergh, tak sangka sebegini singkat penggal 2. Mana taknya, banyak cuti. Lantak le nak, banyak cuti tu la yang best muahahahahah.

Sekarang pukul 3.30 pagi. Sesuai beno nak bukak lagu U-Kiss, 0330. Oh, lagu tu takde lagi. Apa aku buat pagi-pagi buta ni? Sebab dah sedar diri yang ilmu Penggal 2 tu tak reti-reti nak cukup, itu yang tetiba insaf. Sebenarnya minggu ni memang aku selalu set untuk bangun pagi-pagi buta camni. Tapi kebiasaannya tutup alarm lepas tu tutup balik mata. Mengantuk punya pasal la. Ngahahahahahah.

Nanti first paper untuk budak-budak Physics yang 6 orang je sekelas tu. The most unlucky one. Kesian korang. Aku lagi kesian kot. Direct 4 paper 3 hari berturut-turut. Uuu taksabarnya untuk duduk paper terakhir so boleh la simpan kejap buku-buku dan nota penggal 2. Takleh bakar dulu, in case perlu repeat kan. Harap tak perlu repeat. Kesian duit. Huhu. Pergh, 1st paper pun belum dah fikir untuk last paper.

Semalam (petang) dah beli nombor pin untuk ulangan Penggal 1. Terbang RM100. Nasib bapak dah prepare awal-awal duit. Syukur alhamdulillah. Sememangnya dari awal aku dah pesan kat bapak, aku nak repeat 2 paper. Lepas tu semalam kat sekolah boleh pulak aku terfikir untuk uoang 1 paper aje iatitu Geo. Tak nak repeat Ekonomi. Nak sangat ikut kepala kawan-kawan kan. Jerrold punya pasal la ni. "Are you sure to repeat Economy? Tak rasa terbebankah dengan subjek untuk Sem 3 nanti? Kan banyak kerja kursus ada untuk setiap subjek..." Mulalah rasa ragu-ragu. Dengar lagi cadangan si Haikal. "Kau repeat Geo nak? Bagus kau repeat jak Geo, Eko sik perlu. Kau tinggikan gred Geo. Dakya jak cara..." Budak 2 orang ni memang pengaruh betul. Nasib baik aku putuskan untuk mintak nasihat cikgu Tan. Dan Cikgu Tan cakap, "repeatla awak.."  Kgak.

Balik rumah, bincang dengan bapak. Rupanya selama ni dia tak paham macam mana sistem STPM yang baru. So terangkan la seterang-terangnya kat dia dulu. Barulah senang sikit nak bagitahu masalah yang satu ni. Soksek soksek, bapak kata, "ulang  2. Tinggikan pointer." Bapak aku jawapannya memang pendek. So, ulang jelah 2 paper. Lepas makan, terus pegi BSN. Beli nombor pin. Selesai urusan.

Nanti hari Jumaat hantar kat TTC, penyelia Form 6. Kebetulan nak bertapa kat sekolah, sedut ilmu Pengajian Am dengan cikgu Jijah. Haih risau betul aku dengan P.Am ni. Ilmu karangan aku sejak akhir-akhir ni memang kurang berkesan. Sudahlah dasar-dasar negara untuk soalan struktur cikgu suruh revise sendiri. Seriously, bila cikgu bagi ayat "study sendiri", aku pilih untuk tak payah study pun. Payah betul. Aku banyak mahir graf. Adalah satu dua jenis graf yang aku belum hafal lagi apa keyword dia. Boleh dikatakan 80% ilmu graf aku dah mahir. Pengajian Am ni kaitan dia dengan masa jugak. Masa 1st exam dulu, 1 jam lebih buat graf. 10 minit buat karangan. Markah aku masa tu, ngam-ngam lulus. Struktur tak sentuh pun. Masuk percubaan hari tu, pandai dah bahagi masa. Takyah nak ralit sangat mewarna graf. Hahah.

BM pun masalah jugak, takde karangan. Semua main objektif dan struktur. Pasal Tatabahasa. Pening aku nak hafal segala jenis kata tugas, ragam ayat, konstituen pulak dan ntah apa-apa lagi nama. Tak tau nak stat dari mana. Untuk pengetahuan, aku memang dah lama mula study BM kali ni. Sebab banyak sangat benda perlu dihafal dan difahami. Kalau baru nak mula, sure aku takleh survive untuk BM kali ni.

Ekonomi pun. Masalah bila jumpa cikgu yang takda tone suara tinggi rendah, yang flat je manjang, haram aku nak paham pasal rizab la, bank pusat la, deposit dan ntah apa lagi namanya. Nasib baik tau pasal Bab 2 dan 3. Sebab cikgu Tan punya tone suara, pitching dia boleh menggegar langit. Cikgu Wong, ibarat bercakap dengan semut. Semut pun tak sudi nak dengar. Bosan giler. Tapi bab yang cikgu Wong ajar jugak yang banyak sumbang markah. Nasiblah sejak akhir ni, aku dah mula sedar diri dan fokus dalam kelas dia. Sebelum ni, aku boleh tunduk tertidur dalam kelas dia.

Geografi, harap kali ni lulus. C ngam-ngam prinsipal pun jadilah. Tak mintak A+ pun. Tapi kalau dapat, alhamdulillah. Terbayar lelah aku bangun pagi-pagi buta camni. Plus, banyak bab yang menyeronokkan kali ni so aku takda masalah untuk cover. Cuma, masalah nak menulis kat struktur tu. Aku selalu lupa definisi. Mampus la nak oi.

Pendek kata, aku meletakkan sepenuh harapan pada Penggal 2 ni. Harapan untuk reach pointer baik dan jimat beberapa keping RM50 bapak aku agar aku boleh buat beli tudung dan skirt labuh baru. Eh? Lol. Lagipun, kalau betul la aku akan repeat Penggal 2 jugak, aku mungkin akan masuk hospital lepas tu sebab mengalami stres yang sangat teruk dan mungkin pengsan bila-bila masa. Direct tu. Lepas abis paper Penggal 3, masuk untuk Ulangan Penggal 1 sekali dengan budak lower 6. Abis budak lower 6 duduk paper diorang, terus Ulangan Penggal 2. Memang betul-betul rest in pieces la aku.

Maka sekian. Pagi buta pun nak update blog. Nampak sangat takleh fokus. Gahahahahahah okbai.

Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak