Permintaannya.

Hari ni, supposed to be mom's 44th birthday cuma dia dah takde kat sini untuk sama-sama duduk depan tv, santai-santai dengan layanan superb.

Banyak perkara yang dia tinggalkan pada aku. Amanahnya, barangan miliknya, segala nasihatnya dan paling utama, kenangan bersamanya. Semua tu masih berbekas di hati. Dia ajar aku pelbagai perkara dalam hidup. Hampir semua aku dapat praktikkan dalam hidup. Tapi sayang, dia tak pernah ajar aku macam mana nak hidup tanpa dia.

18 tahun bukan satu tempoh singkat. Ditambah lagi dengan 9 bulan dia tanggung aku dalam rahim kecilnya. Pelbagai jenis sakit pernah dia rasai. Penat lelahnya. Kerisauannya yang tak pernah tamat. Besarnya jasa mak kepada anak-anaknya. Sampai ke mati pun, budi tak terbalas.

Ada satu perkara yang perlu kami lunaskan setiap kali tiba ulang tahunnya. Jangan sesekali lupa hantar buah tangan ke Haemodialysis unit setiap kali tiba 23 Mei. Tahun lepas, dia sendiri yang share rezeki dengan rakan-rakan yang senasib dengannya. Kami tunaikan permintaannya kali ini. Hantar buah tangan yamg berbentuk air, biskut dan asam kesukaannya. InsyaAllah tahun depan, aku nak hantar nasi ayam pulak untuk mereka. Sebab mak suka masak dan makan nasi ayam.

Sampai bila-bila, biar waktu berjalan tak berhenti, kenangan bersamanya tak akan hilang. Kasih sayangnya sentiasa hidup dalam hati. Saat diri ingin berputus asa, aku lihat refleksi di cermin. Ada wajah aku dan wajah mak. Aku melihat wajah aku. Yang ada semuanya perkara negatif menyelubungi. Kemudian terganti dengan satu wajah yang serupa, namun kali ini lebih tenang. Itu wajah mak. Yang tak pernah kenal putus asa, tak pernah lelah dan tak mungkin putus semangat. Lalu apabila wajah itu mula tersenyum, maka tertiup satu semangat baru. Untuk aku. Dan tak mungkin berpaling lagi. Semangatnya hidup. Membara.

Selamat Ulang Tahun yang ke 44, Mak. Al-Fatihah.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian