STPM Penggal 2

Alhamdulillah tepat jam 10 pagi tadi, tamatlah STPM Penggal 2 dengan hm ntah tak tau nak cakap apa. Memandangkan dah jadi kebiasaan aku untuk share moment yang terjadi sepanjang peperiksaan yang aku duduki, so kali pun samalah. Perut pun dah kenyang, santai gitu.

Paper pertama mula pada Selasa, 19 Mei. Pukul 8 pagi. Pengajian Am. Sebelum ni aku pernah share kan, kisah yang terjadi masa peperiksaan peringkat sekolah, aku spent masa banyak untuk graf. Struktur tak jawab, esei buat dalam tempoh 10 minit je. Sejarah berulang kembali. Cuma kali ni, struktur jawab yang 1st and 2nd je. Lagi 3 aku tinggalkan. Jadilah dari takde. Lepas tu terus baca teks graf. Pilihan pertama, aku rasa was-was gitu. Kalau dah was-was baik jangan... Terus tengok pilihan kedua. Macam tau je jawab soalan ni... Rupanya carta pai bertingkat. Okay, now baca petikan. Masa baca petikan tu, tiba-tiba was-was balik, konfem ke ni carta pai bertingkat? Tapi hati cakap, buat jelah soalan ni. Akal kata, baik baca jugak petikan pertama tadi. So bacalah yang pertama tadi. Masa baca petikan pertama, mscam-macam jenis graf aku teka, graf garis, graf bar.. Dah jadi macam tu, proceed ajelah soalan kedua.

Dalam masa baca petikan kedua tu, sibuk pulak nak membayang macam mana jadual dan rajahnya. Carta pai bertingkat ada 2 aspek. Satu untuk negara asal PATI dan lagi satu untuk program yang dijalankan. Cikgu cakap, lepas kata kunci "mengikut", itu untuk carta pai dan selepas dan untuk tong. Mula buat jadual. Dah buat jadual tu, rupanya lupa letak Bilangan(orang). Kuang hajo! Terpaksa betulkan balik. Bila tengok jam dah pukul 8.30 pagi... Esei belum buat lagi... panik semacam dah tapi cuba bertenang. Setel tulis, baru paham macam mana jadual tu nanti. Senang je rupanya. Soksek soksek dah nak pukul 9. Makin bertambah la kepanikan aku. Cepat-cepat ambik pembaris. Ukur 10cm untuk tong. Masa nak kasi tacap tong tu, rupanya aku tak bawak pemadam masuk dewan exam. Ya Allah syukur Alhamdulillah bawak pensel tekan yang ada pemadam kat atas dia. Selamat. Kalau tak, entah apalah nasib aku. Ni kes kelam kabut la ni nak masuk dewan.

Dalam keadaan aku sibuk melakar tu, pengawas exam dah sebut tinggal 30 minit lagi. MasyaAllah... dah la belum mula mewarna ni. Esei tak mula lagi.. Berpeluh-peluh dah masa tu. Walhal lokasi aku ngam-ngam bawah kipas. Panik punya pasal. Syukur la masa letak sudut pai tak menyusahkan sangat. Siap semua, cepat-cepat mewarna. Cikgu cakap tak payah ralit sangat mewarna, so aku pun warna simple-simple aje. Sesuai untuk tahap darjah 3. Ahahahahahah. Ngam-ngam 9.10 pagi, terus mula esei. Syukur jugak masa tu idea datang melimpah-limpah. Tak mampu nak tulis macam-macam, cukup jugak 5 isi so ada 7 perenggan. Paling penting ada kesimpulan. Selamat. Ngam habis masa, aku dah selesai ikat kertas. Lejen tak? Hahahahah

Sementara tunggu next paper, Geografi pukul 11 pagi, rehat kejap. Di persimpangan jalan nak ke kantin, jumpa cikgu Pengajian Am kelas sebelah, cikgu Geoffery. Katanya, petikan graf kedua tu carta pai banding. Masa tu dah risau tahap gaban. Kalau betul la tekaan cikgu tu, sah-sah 20 markah untuk graf hilang macam tu aje. Tapi lepas tu fikir balik, salah kot apa yang cikgu tu cakap. Sebab dalam petikan ada 2 negara yang takleh nak pisahkan dia punya program. Mula lega balik dan fokus untuk Geo. Sambil-sambil tu cikgu-cikgu datang dan tanya-tanya pasal paper sebelumnya. Paling nervous, cikgu Geografi sendiri la. Sebab bila dengar anak murid semua tension disebabkan Pengajian Am, dia mula rasa tak sedap hati takut akan mengganggu paper seterusnya.

Lepas abis rehat, 10.45 terus bergerak ke dewan exam. Berdebar campur stress gitu. Mana taknya, kan dah bingung separuh nyawa masa jawab paper pengajian am tadi. Jadi emosi tu macam terganggu sikit. Tudung yang selama ni aku pakai selesa tiba-tiba rasa nak bukak sebab kepanasan sangat hahahah. 

Ada satu insiden yang bagi aku agak kelakar la jugak. Masa pengawas exam cakap boleh bukak kertas soalan untuk pastikan muka surat adalah cukup, aku pun bukak la then scan soalan. Tiba-tiba nampak soalan mintak buat carta pai. Aku pun apalagi, cepat-cepat minta izin keluar nak ambik segala jangka lukis dengan protactor. Sayang kot kalau lepaskan 9 markah macam tu aje. Yang lawaknya, lepas aku selesai semua tu, satu persatu rakan lain keluar jugak ambik barang yang sama. Masa tu belum mula lagi. Aku rasa nak gelak besar-besar je. Nampak sangat semua orang tak nak lepaskan peluang untuk jawab soalan carta pai yang boleh dikatakan sangat senang tu.

Masa menjawab, not bad. Cuma aku hairan, bab yang aku ambil mudah itu yang keluar. Yang aku baca siap aku catit kat kertas lagi nak kasi ingat, itu tak pulak keluar. Pandai betul. Last sem pun macam tu. Cuma ada satu soalan tu memang ketepap ngam betul dengan apa yang aku baca. Pasal pulau haba. Aku asyik belek yang tu sebelum exam. Nasib ada. Alhamdulillah. Nampaknya nilah yang Haikal katakan kebetulan sebelum peperiksaan. Aku dah jumpa. Hahahah. Kali ni masa menjawab memang berpeluh jugak. Sebab aku kat tepi tingkap dan kipas jauh dari aku. Tengah hari kot masa tu, mana ada angin.

Rabu, 20 Mei. Paper Bahasa Melayu. Kalau nak tau, malam sebelum paper BM tu aku tak study pun. Sibuk meratap nasib diri. Menjaja kisah kesedihan dan kepedihan sepanjang menjawab 2 paper pada waktu siangnya. Lagipun paper BM start pukul 11 pagi. Kengkononnya ada masa lagi nak belajar. Kemain set alarm. Alarm tutup, aku sambung membongkang tidur. Hahaha. Pukul 8 lebih baru celik. Terus gi mandi then siap-siap. Sampai sekolah baru bukak balik kitab BM.

Paper BM tu aku no komen. Dahlah nyawa aku selama ni iaitu esei kali ni takda. Esei dah masuk jadi kerja kursus. Huhu. Cuma pasal tatabahasa je. Sedih... Dapat pulak cikgu yang serba baik hati, memang tak fokus sangatla belajar dalam kelas. Tapi aku rajin jugak buat latihan cuma ilmu tu aku tak serap. Pening guwe. Yang penting aku tak tinggal kosong pun mana-mana ruang. Reasoning kesalahan pun aku gasak jugak. Betultak betul, mak tak kesah!

Hari ni, Khamis. 21 Mei. Ekonomi. Malam sebelum tu memang study. Lepas abis drama D...ILB kat tv3. Heheh. Tapi, apa yang aku baca, satu habuk pun tak lekat. So aku decide untuk sambung study pada pukul 3 pagi. Alarm 3 pagi diset. Ya aku celik jam 3 pagi. Tapi suasana begitu indah untuk berjaga sebab kat luar hujan. Sejuk gitu. Tapi demi azam untuk tak nak repeat Semester 2, aku gagahkan diri. Selimut tolak tepi. Keluar dari bilik, answer nature call dulu. Pastu minum sikit. Baru masuk bilik balik. Maka bermulalah proses study Ekonomi.

Masa turun sekolah, aku berada dalam keadaan high sebab tak cukup tidur. Dan rupanya, input yang aku belajar jam 3 pagi tu tak banyak sangat sebab aku lebih kepada nak tidur. Lesu sangat. Lepas tu, masa tengah tunggu jam 7.45 pagi, duduk dulu kat kantin. Bacalah apa yang patut walaupun aku dah dalam keadaan yang sangat mengantuk. Tiba-tiba, datang Cikgu Tan dengan 2 plastik besar. Aku syak itu makanan. Betul, memang ada biskut dengan susu Dutch Lady. Ya Allah dia ni.... kenapa baik sangat ni? Maka datanglah satu azam, tak nak gagal Ekonomi. Cikgu ni dah bazirkan begitu banyak duit. Satu pek Dutch Lady yang ada 6 kotak tu bukan murah. Dia risau sangat takut kami tak ambik breakfast. Laa takyah risau la cikgu, aku dah telan roti bakar 4 keping kot pagi tadi. Terus join geng-geng muka lulus ekonomi. Ada Daisy, Bridget dan Michael. Serap ilmu la konon.

Ngam 7.45 pagi, terus pegi dewan. Jumpa lagi dengan pengawas suara lantang ni. Hari tu masa 1st day, dia jugak. Dalam keadaan kalut ribut tu, tiba-tiba hairan. Kenapa macam tak cukup orang aje dalam squad ni kan. Jerrold. Ada. Marwan. Ada. Haikal. Tak ada! Ah sudah. Mana pulak si tiang lampu ni. Dah kat dalam dewan exam pun, dah selamat duduk pun dia masih tak ada. Risau la jugak. Bukan aku sorang aje. Satu squad tu risau. Jerrold try call, henfon dia tutup. Dah... So masing-masing pun mula berharap, mudahan budak tiang lampu ni ingat exam mula pukul 8, bukan pukul 11. 5 minit sebelum mula, dia muncul. Lega semua orang.

Yang kelakarnya, masa tu pengawas exam akan check setiap IC dan slip meja. Aku ditanya oleh pengawas exam, betulkah Arif itu Arif yang sebenar, kawan kamu. Aku cakap ya. Rupanya si Haikal tu tak bawak IC. Kalau jahat tadikan, aku cakap bukan. Hahahahah. Kejam gitu. Tak terfikir pulak.

Exam mula. Soalan not that bad. Tapi tak senang. Lagi-lagi aku yang tak tau apa guna aku bangun sebelum subuh tadi dan aku langsung tak da input tentang apa yang aku study. Cuma aku jawab je semua soalan. Betul ke tak, aku tak tahu. Dan nampak jugak aura orang yang berusaha nak jawab semua soalan dengan baik sampai mintak helaian tambahan. Eleh, helaian tambahan yang dia bagi bukan cukup pun. Esei kena jawab 4. Kuantitatif  2 soalan. Mana cukup 3 helai. Dahla sehelai tu salah buat. Tinggal 2. Hahahahah pengawas tu takleh duduk sebab selang beberapa minit ada je yang mintak kertas. Lagi satu, masa dia edar tali untuk ikat kertas, dia tak bagi tali kat aku. Amboi. Terlepas pulak. Tapi aku masa tu rushing hitamkan jawapan kat OMR so aku biarkan dulu. Masa tinggal 5 minit. Dah siap double check, baru mintak tali. Dia pun hairan, macam mana boleh lupa nak bagi tali kat aku. Tapi ku maafkan sebab dia cikgu veteran. Heheheheheh.

Maka, berakhir sudah segalanya untuk penggal kali ni. Harapan nak dapat best result tu, hm tak berapa nak letak harapan. Cuma sebaiknya janganlah ada ulangan untuk penggal ni. Tapi kalau dah harap tak nak ulang mana-mana paper, sure la tak nak dapat result teruk kan.

Ada antara rakan dah tau macam mana result nanti. Termasuk la Jerrold dan Haikal. Diorang cakap, kalau teruk sangat, quit ajelah. Aku tak nak diorang quit. Seronok la bergaul dengan diorang termasuk dengan si Marwan. Tu yang aku kata, kami ni squad sebab dalam kelas memang rapat. Bincang jawapan pun sama-sama (sangatla bincang jawapan, berbual je kot) hahahahah. Entahlah, harapnya result diorang tak teruk so takyah quit. Nanti sunyi. Huhuhu.

Esok dah dapat kebenaran cuti. Paper dah tamat. Buat apa turun. Jumaat je kot. Takyah la. Alang-alang. Tidur lagi penting. LOL. Sekian entri kali ni. Okbai.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian