Posts

Showing posts from June, 2015

Tak raya kot tahun ni

Hari tu aku tanya bapak aku, sebab kengkawan suma dah cop nak datang rumah masa hari raya. Bukan kawan yang Form 5 tu. Yang Form 6 sekarang ni. Bising dah tanya, rumah kat mana, rumah rumah kat mana... Maka diriku ini hanya mampu menjawab, "InsyaAllah... kalau ada, nanti jemput k?"

So aku tanyalah kat bapak, "tahun ni agak-agak kita raya tak?" Lama kot tunggu reply dia nak jawab. Last last dia jawab, "tak perlulah". Aku tak tau la nak describe perasaan tu macam mana. Tapi macam rasa ada 2 side yang berbeza. Satu side cakap, "pergh lega takyah susah payah nak kemas rumah susun itu ini.." Yang lagi satu cakap, "tapi nanti kawan-kawan asyik tanya, tak kan nak jawab, oh, guwa tak raya la tahun ni bro.." Tapi elok ah takyah sibuk-sibuk nak raya. Kerja kursus bersepah nak siapkan. Nak repeat lagi kot hujung tahun ni. Kalau nak raya sangat, pegi buat open house kat umah makcik kat sebelah. Biar meriah sikit. Silap-silap kalau ajak kawan-kawan…

An old friend

Bertahun dah tajuk post ni terperam dalam draft muahahah. Mood cuti maka guwa malas nak fikir ayat. Sekarang dah sekolah balik maka bermulalah proses membangunkan otak yang dah lama tidur sepanjang 2 minggu cuti. Hari tu ada kawan lama mak bapak aku datang. Abang Eko nama dia. Asal indonesia. Pernah kerja di Malaysia. Tu yang jadi kenal ngan mak bapak aku. Dah 5 tahun tak jumpa, sekarang dia kembali semula ke Malaysia. Nak cari rezeki lebih sempena Ramadhan dan Syawal katanya. Dalam pencarian dan perjalanan Abg Eko ke rumah aku, dia terpaksa turun di kawasan airport lama. Sebab dia tak exactly ingat mana satu rumah ni. Maka dia jalan kaki menyelusuri denai-denai yang tebal. Tade ah. Tipu je. Dari airport lama, lalu jambatan. Lepas tu masuk simpang belah kanan. Tiba di simpang tu, dia blur. Betul-betul lupa mana satu la rumah aku. So dia pegi tanya budak-budak yang tengah sibuk pam basikal diorang. Dia tanya, "kenal nggak yang namanya Nina? Tinggalnya juga di kawasan sini.." …