An old friend

Bertahun dah tajuk post ni terperam dalam draft muahahah. Mood cuti maka guwa malas nak fikir ayat. Sekarang dah sekolah balik maka bermulalah proses membangunkan otak yang dah lama tidur sepanjang 2 minggu cuti.

Hari tu ada kawan lama mak bapak aku datang. Abang Eko nama dia. Asal indonesia. Pernah kerja di Malaysia. Tu yang jadi kenal ngan mak bapak aku. Dah 5 tahun tak jumpa, sekarang dia kembali semula ke Malaysia. Nak cari rezeki lebih sempena Ramadhan dan Syawal katanya.

Dalam pencarian dan perjalanan Abg Eko ke rumah aku, dia terpaksa turun di kawasan airport lama. Sebab dia tak exactly ingat mana satu rumah ni. Maka dia jalan kaki menyelusuri denai-denai yang tebal. Tade ah. Tipu je. Dari airport lama, lalu jambatan. Lepas tu masuk simpang belah kanan.

Tiba di simpang tu, dia blur. Betul-betul lupa mana satu la rumah aku. So dia pegi tanya budak-budak yang tengah sibuk pam basikal diorang. Dia tanya, "kenal nggak yang namanya Nina? Tinggalnya juga di kawasan sini.." Maka budak-budak tu semua nampak ketakutan dan cepat-cepat escort Abg Eko ke rumah aku. Biasa ah, aku kak long kawasan tu. Terkenal dengan kekejaman tak kasi budak-budak main di halaman rumah aku. Sapa berani-berani masuk tanpa tujuan, memang sah kena pelangkung aku. Hehe tipu lagi. Mana de budak-budak tu tau nama aku.

Abg Eko punya effort la cari sendiri rumah ni. Kalau salah katanya, dia akan kembali semula ke tempat di mana dia turun tadi. Gigih jugak dia ni. Abg Eko ni baik orangnya. Sopan santun. Hormat orang. Hari tu masa dia datang, aku aje kat umah. Dia sanggup tak masuk rumah. Kira dia jaga pergaulan jugak. Tu yang mak bapak aku suka kat dia. Abg Eko ni pulak bukan calang-calang anak muda. Memang suka bisnes. Dia kat Indonesia tu bukan buat satu kerja aje. Macam-macam dia buat. Untuk tanggung isteri ngan mak katanya. Lagipun sekarang ayah dia pun dah meninggal. Beberapa hari sebelum mak aku pergi.

Ada sesetengah orang cakap, tak elok kawan dengan orang Indonesia ni. Sebab mereka suka berhutang dengan kita. Tak semualah. Diorang datang sini nak cari rezeki halal. Kat negara mereka, hidup tak senang sangat. So kena ada effort sendiri nak baiki hidup. Lagipun hasilnya untuk keluarga diorang jugak. Banyak yang kerja kat sini, dah boleh bagi hidup senang kat keluarga diorang kat sana. Nama pun manusia, ada ups and down. Lumrah..

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak