Tak raya kot tahun ni

Hari tu aku tanya bapak aku, sebab kengkawan suma dah cop nak datang rumah masa hari raya. Bukan kawan yang Form 5 tu. Yang Form 6 sekarang ni. Bising dah tanya, rumah kat mana, rumah rumah kat mana... Maka diriku ini hanya mampu menjawab, "InsyaAllah... kalau ada, nanti jemput k?"

So aku tanyalah kat bapak, "tahun ni agak-agak kita raya tak?" Lama kot tunggu reply dia nak jawab. Last last dia jawab, "tak perlulah". Aku tak tau la nak describe perasaan tu macam mana. Tapi macam rasa ada 2 side yang berbeza. Satu side cakap, "pergh lega takyah susah payah nak kemas rumah susun itu ini.." Yang lagi satu cakap, "tapi nanti kawan-kawan asyik tanya, tak kan nak jawab, oh, guwa tak raya la tahun ni bro.." Tapi elok ah takyah sibuk-sibuk nak raya. Kerja kursus bersepah nak siapkan. Nak repeat lagi kot hujung tahun ni. Kalau nak raya sangat, pegi buat open house kat umah makcik kat sebelah. Biar meriah sikit. Silap-silap kalau ajak kawan-kawan datang rumah dia, dapat angpau. Kalau dia nak kasi ah. Sebab semua dah standard sesuai nak kawen dan beranak pinak.

Tak raya kat umah takpe. Yang penting, beraya kat umah sedara mara tu penting. Ada gak terpikir nak balik ke kampung sana. Tapi tak nak bebankan bapak dulu ah. Banyak kena bayar ni. Manalah tahu (tak doa tau!) repeat semester 2 tu lagi. Tanya ngan cikgu Ting, dia cakap result Sem 2 akan diumumkan pada bulan 7 nanti. Sekarang dah hujung bulan 6... Homaigad homaigaddd! Nak masuk Julai dah rupanya!!!! Sapsapsoi sibuk bergaduh tiap hari ngan Bro Marwan n Bro Jerrold meja belakang, rupanya dah nak masuk Julai. Boleh tak aku nak pengsan sekarang?????

Sebut pasal nak kumpul duit, teringat lak pasal majlis konvokesyen Form 6 yang diadakan pada hujung Oktober nanti. Julung-julung kalinya diadakan setelah lama Tingkatan 6 ditubuhkan di SMK Bandar yang "permai" itu... Aku tak kutuk tau. Korang jangan lebihlebih. Hari tu ada meeting Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Ingatlah nak bincang apa. Rupanya agenda nak buat Pilihan Raya MPP pertama. Dan calon-calon nanti akan disertai oleh dak dak lower 6. Nampaknya Puan Pengerusi kena letak jawatan ah lepas ni. Kehkehkeh. Dengan adanya muka-muka baharu yang akan menduduki kerusi-kerusi hot MPP itu, maka akan terlaksanalah angan-angan siang hari hakak hakak dan habang habang Upper 6 ni nak pakai jubah konvokesen. Muahahahahahahahah!

Selain dari rancangan konvokesen tersebut, jubah telah disediakan. Ada 60 pasang semuanya. Kitorang Upper dah tinggal 56 je. Ada lagi 4 pasang. Kot kot puan Pengetua mengada nak pakai jugak maka silakan. Kami tak jemput pung. Wiwiwiwiwi. Pastu, aircond jugak akan dipasang di Dewan Teratai. 2 beli, lagi 2 sewa. Ada red carpet JAHHHHHH! Kelas gitu. Ada photographer profesional sekali nak ambik gamba ada background blakang. Sijil berhenti sekolah yang dikhabarkan bakal diletak dalam frame. Dan dinner juga bakal diadakan pada hari yang sama. Wuuuuuuu~ Silakan jeles ye pembaca sekalian. Disebabkan event ni pertama kali bakal diadakan, maka semua pelajar Upper 6 akan menyertai tak kira berapa pun pointer terkumpul. Dulu cakap dari 2.5 dan ke atas. Kalau aku tak salah ah. Maka aku yang tak diketahui berapa pinter terkumpul dan bakal dikumpul ni, join gak. Seronok wuuuuu.

Tetapi, disebalik semua tu, dana amat diperlukan sebenarnya. Ada je PIBG tapi memandangkan kebanyakan encik dan puan G semua cukup tak menyenangi kehadiran Tingkatan 6 yang dianggap sering memijak henyak kepala diorang, maka hm payah sikit la nak lebih-lebih. Maka terpaksalah semua student start kumpul duit dari sekarang yang berjumlah RM100. Takpe. Ku relakan segalanya. :D

Pasal encik dan puan G jeles kat Form 6, aku story lain kali aje ah. Buat sakit hati je masa diri tengah melompat di awan tinggi yang lembut bak gula-gula kapas tu. Pendek kata, MPP akan menggunakan kuasa yang dimiliki untuk menghalang encik dan puan G yang agak dengki mendengki ngan keistimewaan form 6. Budak form lain bawak henpon, tak pulak sibuk nak rampas. Yang kami-kami ni bawak henpon bukan suka-suka. Dah public phone tu bangang sangat, disuruh baiki tak mahu pulak. Ingat kita bawak henpon gi sekolah nak selfie ke? Nanti semua pakai nokia 3310 nak? Padan muka takleh nak tuduh kitorang meniru atau menyalahgunakan henpon.

Hm ni lah aku malas nak bukak tenet kat laptop. Kemain nak siapkan draf kerja kursus. Tau-tau menyimpang ke blog. Tadi nak gugel pasal inflasi di Malaysia, macam mana boleh sampi ke blogger lak ni hahahahaha. Ok bai.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

I Am Popularian