Posts

Showing posts from July, 2015

Susah

Sebab tu aku nak sangat lesen sendiri. Tapi takde orang paham. Aku nak ambik lesen kereta. Tak dapat ambik lesen kereta, lesen motor pun aku tak kisah. Sekarang dah payah, nak pergi mana-mana terpaksa harapkan orang. Aku tak suka nak susahkan orang. Tapi apa nak buat, dah sendiri tak ada kelebihan tu semua. Sikit-sikit kena tanya orang, "wei kau boleh tak bawak keta?" "Dapat ambik aku kat rumah tak?"

Aku nak sangat gi beraya semua rumah member-member aku. Keluar jalan-jalan. Tanpa perlu bersyarat,"ambik aku kat umah". Plan dahlah tak betul, kejap itu kejap ini. Rosak mood aku dah nak belanja kawan makan esok petang. Dahlah segan tak ajak diorang datang beraya rumah aku. Sebab tu aku nak sangat belanja kawan-kawan makan. Tapi semua ada masalah transport.

Yang plan nak beraya rumah member lama tu la yang rosakkan semua. Rancang betul-betul la. Lambat sangat respon. Jam dah nak pukul 9 malam. Ingat bapak aku nak percaya ke keluar rumah nak dekat 9 malam. Eso…

Alkisah tak bertajuk

Image
Isnin hari tu, dah keluar keputusan semester 2. Awal-awal pagi sebelum turun sekolah, aku dah bulatkan hati taknak check result kat sekolah walaupun setiap Isnin bawak laptop untuk urusan kerja kursus. BM, Geografi, Ekonomi semua discuss hari Isnin. Isnin memang bad dress day. Pakai je selekeh. Monday Blues kata orang. Walaupun awal pagi tu konon dah azam, mana ada tercapai.

Mula-mula aku sengaja buat taktau walaupun The Bros semua gerak ke meja sebelah nak join tengok result. Masa tu dalam kelas BM, aku sibukkan diri tanya itu ini kat Cikgu Sidi. Tapi Cikgu Sidi pulak lagi tertarik nak tengok result anak murid dia. Penat aku panggil dia. Lepas tu aku dah tak tahan, aku tinggalkan laptop dan pegi join skali tengok result orang. Kebetulan pada masa yang sama Bro Marwan pun check result dia. Cantek result dia. Ekonomi A-. Terus aku dengan Bro Jerrold tak puas hati. Pesal budak ni terer sangat. Lepas tu aku pun curious. Shirley terus suruh aku check result. Dia punya ketaq-ketaq jari nak…

Putus nyawa (Almost!)

Moga terus diberi kekuatan untuk diri ini menghadapi cabaran draf-draf direject dengan sengihnya oleh cikgu-cikgu. Moga.

Malam semalam macam orang sewel nak siapkan hasil kajian untuk bahagian 5.1 yang berkaitan dengan objektif pertama iaitu mengenal pasti arah aliran kadar inflasi dari tahun 2006 hingga 2012. Macam orang gila kot baca pasal Dasar Monetari dari hari sabtu sampai Ahad siang. Rupanya, cara orang, cari je perkataan inflasi then baru fokus pada isi. selagi tak jumpa word inflasi, yada yada je semua tu. Aku tau teknik tu pun Ahad malam. Barulah otak aku berfungsi sikit. Nampaknya sejak akhir-akhir ni aku memang selalu lost connection.

Dan bermulalah segala operasi nak mencari sebab kenapa kadar inflasi pada tahun tersebut meningkat atau menurun. Kadang-kadang apa yang aku nak tu, takde dalam Dasar Monetari. Sakitnya hati ini~ Terpaksa lagi surf internet. Nasib sekarang dah ada wifi. Takyah aku nak cucuk-cucuk broadband lagi dan quota pun dapat dijimatkan. Walaupun sebenarn…