Alkisah tak bertajuk

Isnin hari tu, dah keluar keputusan semester 2. Awal-awal pagi sebelum turun sekolah, aku dah bulatkan hati taknak check result kat sekolah walaupun setiap Isnin bawak laptop untuk urusan kerja kursus. BM, Geografi, Ekonomi semua discuss hari Isnin. Isnin memang bad dress day. Pakai je selekeh. Monday Blues kata orang. Walaupun awal pagi tu konon dah azam, mana ada tercapai.

Mula-mula aku sengaja buat taktau walaupun The Bros semua gerak ke meja sebelah nak join tengok result. Masa tu dalam kelas BM, aku sibukkan diri tanya itu ini kat Cikgu Sidi. Tapi Cikgu Sidi pulak lagi tertarik nak tengok result anak murid dia. Penat aku panggil dia. Lepas tu aku dah tak tahan, aku tinggalkan laptop dan pegi join skali tengok result orang. Kebetulan pada masa yang sama Bro Marwan pun check result dia. Cantek result dia. Ekonomi A-. Terus aku dengan Bro Jerrold tak puas hati. Pesal budak ni terer sangat. Lepas tu aku pun curious. Shirley terus suruh aku check result. Dia punya ketaq-ketaq jari nak type number IC. Daisy tolong genggam tangan aku, bagi semangat katanya.

Loading tu punyalah lambat. Mana taknya, ada 3 laptop masing-masing sambung ke WiFi sekolah. Nasib baik ada sorang tu save password sekolah walaupun sebenarnya takleh pandai-pandai guna wifi skolah tanpa kebenaran. Peduli apa hahahah. Skali keluar... jeng jeng jenggggg


Apa lagi, keluarla aura keperempuanan aku yang selama ni berperangai cam jantan hahaha. Takde F doooo! Sape tak gembira. D+ je yang paling kuman. Ekonomi. Nampak sangat tak layak nak jadi ahli ekonomi :D Pengajian Am kekal konsisten macam last semester. The Bros geram dengan aku. "Kamu jawab apa dalam PA haritu?????" Aku pun tak tahu apa aku jawab. Tapi yang aku ingat, aku banyak spend masa jawab graf. Untuk subjektif aku jawab soalan 1, soalan 2 aku tinggalkan. Esei rasanya buat dalam tempoh 10 minit dan cukup 7 perenggan. Mungkin pemeriksa tu baik hati kot. Mekasih buat anda ye Sang Pemeriksa kertas jawapan. :)

Paling happy bila tengok Geografi lulus dengan B-. Dulu ada F. Sakit hati betul menengoknya. Sekarang dah boleh sengih. Jauh tu melompat dari F pegi B-. Bangga jap ngan diri sendiri. BM turun dari B+ pegi B-. Mengada tak nak singgah kat B. Hmmmpphh. Ekonomi last sem C-. Sekarang jatuh tersungkur ke D+. So nampaknya hujung tahun nanti, berturut-turut 3 minggu jawab paper Ekonomi semedang. -_-

Semalam pulak sibuk beratur kat BSN. Masuk BSN, mau tak terkejut beruk tengok betapa ramainya klasmet sendiri kat BSN. Tuju ke tempat isi borang, ada Diana dengan Vannesa. Pusing belakang, Bro Jerrold dengan Bro Marwan. Kat tengah-tengah, ada Tracy, Erica, Michael dan Bridget yang baru selesai urusan pembelian nombor pin. Bapak aku dah tersengih tengok betapa ramainya "bala-bala rusak" dalam BSN. Mau tak riuh bila almost satu kelas kumpul dalam tu. Duduk pun dekat-dekat. Tak lama lepas tu, datang Bro Haikal dan dengan selambanya menyebut kuat, "satu kelas!" All of us be like, "diam bro. Takyah kau nak sebut benda tu kat sini.." 

Lama jugakla menunggu turn. Sementara tu sempat lagi gaduh itu ini, gelak-gelak, gurau-gurau kat BSN. Rasa macam buat field trip kat BSN pulak hahahah. Habis je turn aku, terus nak pegi skolah. Nak hanta terus. Masalah datang bila lupa angka giliran. Dah full isi borang. Kang kalau tak letak nombor angka giliran dan terus letak gitu je dalam fail tu, mau kena bomb cikgu Jus. 

Terpaksa pulak pagi ni pegi sekolah balik. Terserempak pulak dengan Budak Galah. Si Haikal tu lagi. Pesal ke mana-mana pegi jumpa mamat galah ni. Dia lagi tanya, Marwan mana? Manalah aku tahu. Kan ke rumah dia tak jauh dari rumah kau? Tanya aku pulak dah kenapa hahahah. 

Akhirnya selesai urusan nak hantar semua tu. Kesimpulannya, aku repeat 1 paper je kali ni. Macam yang aku cakap tadi, hujung tahun ni 3 minggu berturut-turut jawab paper Ekonomi semedang. Bro Jerrold salute kat aku. Kau puji ke sindir tu syaitooonnn? hahahhaha

Balik rumah, terus mula operasi mengemas. Malam semalam baru selesai lipat kain yang berlonggok je lepas tu aku melepak depan laptop. Habis tikar-tikar tu aku tunggang terbalikkan. Debu habuk masyaAllah, tebal baq hang! Last update debu habuk tahun lepas. Masa mak aku meninggal. Tu pun bukan aku yang buat. Tetiba sendu pulak. Kalau mak ada ni, maunya sehari dia membebel kat aku. 

Dalam sibuk-sibuk membersih debu habuk tu semua, tu jugak sibuk nak sidai baju, langsir. Penat aku. Lepas habis urusan debu, sidai pun dah, terus operasi sapu-sapu rumah. Penat memang penat. Dahlah buat semua tu sorang-sorang. Bapak aku pulak kerja. So untuk hilangkan penat dan hilangkan kebosanan sorang-sorang kat rumah, aku karaoke melalak sesuka hati. Lirik semua tunggang langgang. Almaklumlah, lagu English kan. Terbelit nak nyebut betul-betul, aku langgar je lirik. Asal ada bunyi dan aku paham hahahaha. Tetiba tengah terbongkok-bongkok menjolok sampah celah dinding, sambil melalak Flashlight, tau-tau bapak aku dah kat belakang sengih-sengih. Nak lari pun dah taktau, malunya adoi.. Tapi aku terus je sibuk menyapu. Biarlah. Biar bapak kenal the other side of aku yang selama ni cuma melalak depan kawan-kawan je.

Akhirnya, selesai jugak kawasan ruang tamu. Aku takdelah hias-hias macam tahun-tahun lepas. Tak de nak buat sambutan raya. Malas lagipun, Syawal dah hilang seri sebab orang kuat yang selalu nak sambut raya ni dah takde. So, budak-budak jangan harap boleh masuk rumah akak sebab akak tak akan kasi korang lepas pintu pagar tu. Kalau masuk jugak, ada mercun meletup kat situ. Muahahahahah takdelah aku nak aniaya anak orang,gurau je... 


Dah la kot. Penat aku. Nak tidur jap. Selamat hari rayeeee

Comments

Popular posts from this blog

Minah sekut

Majlis Perwakilan Pelajar

Rabak