Susah

Sebab tu aku nak sangat lesen sendiri. Tapi takde orang paham. Aku nak ambik lesen kereta. Tak dapat ambik lesen kereta, lesen motor pun aku tak kisah. Sekarang dah payah, nak pergi mana-mana terpaksa harapkan orang. Aku tak suka nak susahkan orang. Tapi apa nak buat, dah sendiri tak ada kelebihan tu semua. Sikit-sikit kena tanya orang, "wei kau boleh tak bawak keta?" "Dapat ambik aku kat rumah tak?"

Aku nak sangat gi beraya semua rumah member-member aku. Keluar jalan-jalan. Tanpa perlu bersyarat,"ambik aku kat umah". Plan dahlah tak betul, kejap itu kejap ini. Rosak mood aku dah nak belanja kawan makan esok petang. Dahlah segan tak ajak diorang datang beraya rumah aku. Sebab tu aku nak sangat belanja kawan-kawan makan. Tapi semua ada masalah transport.

Yang plan nak beraya rumah member lama tu la yang rosakkan semua. Rancang betul-betul la. Lambat sangat respon. Jam dah nak pukul 9 malam. Ingat bapak aku nak percaya ke keluar rumah nak dekat 9 malam. Esok pulak pagi-pagi ada kelas tambahan. Member yang nak dilawat tu esok dah nak balik ke Matrik. Aku paling nak raya rumah dia sebab bertahun-tahun sekelas, sekalipun tak pernah ke rumah dia sebab sibuk. Dia pulak selalu jemput. Tapi aku tak pernah dapat nak pergi.

Dalam masa yang sama, aku betul-betul nak belanja kawan rapat makan-makan. Percayalah, kalau aku sendiri dapat bawak kereta, ada lesen sendiri, biar aku je ambik sorang-sorang kat rumah. Janji diorang ada permission mak ayah aje. Hal transport biar aku sendiri setel. Ni tak. Kengkawan yang boleh bawak keta ada masalah. Sorang tak dapat sebab mak pakai. Sorang lagi kena tanya betul-betul boleh ke tak bawak keta.

Habis rosak semua mood aku. Movie yang bukan main kelakar pun aku dah takde selera nak tengok. Tau-tau, dah hujan sendiri. Benci gini. Aku agak sekarang, team beraya tu semua diam-diam kutuk aku. Aku paham. Memang aku sendiri pun memang mudah kecik hati. Aku dari kecik diajar, kalau susah sangat, baik tak perlu. Sebab tu semua orang anggap aku ni kuat merajuk. Walhal situasi sebenar, aku tak berminat dengan plan yang dibuat secara tak terancang. Kalau betul-betul nak, buat biar bersungguh sikit.

Tengoklah sekarang. Nangis sorang-sorang. Yang lain gelak tak ingat dunia. Kawan semua kecik hati dengan aku. Plan elok nak gi makan-makan, aku tarik baik. Mood aku betul-betul dah hancur. Rosak semua.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Perwakilan Pelajar

Minah sekut

Rabak